Bab-16

4.7K 239 22
                                    

Syamir dan Zack berpandangan serentak. Kemudian pandangan mereka dikalih kearah Rizqi semula.

"Aduh, dah jadi satu masalah. Cik Warda tu pun satu. Kenapalah bendul sangat? Senang je percaya orang," rungut Rizqi yang sudah menyerabaikan rambutnya. Ni mesti pernah mintak lolipop dekat pakcik-pakcik ni sebab itu senang je ikut game. Lepastu ikut pakcik tu pergi mana-mana.

"Alah biasalah, perempuan. Kau tu lelaki apa tahu," sampuk Zack selamba. Rizqi dan Syamir pula memerhatinya tidak berkelip. Suasana menjadi senyap untuk seketika. Memproses kata-kata Zack untuk dicerna dengan lebih elok.

"What? Aku cakap benda betul kot," pintasnya laju apabila Rizqi dan Syamir masih memerhatikannya seperti mahu menerkamnya. Oh man! Zack masih lelaki tulen untuk jadi gay.

"Habis tu... Kalau macam tu lah kan. Kau tu bukan lelaki la?" soal Rizqi sambil memandang Zack dari atas hingga bawah berulang-ulang kali membuat Zack tidak selesa dan terus menutup tubuhnya dengan kedua tangannya. Eee.

"Eh, takkan kau tak tahu yang Zack tu Sajat."

Suara lain tiba-tiba menyampuk. Amsyar yang sedang menuruni tangga sambil menyedut air kotak perisa susu strawberry kini menjadi perhatian mereka. Amsyar membaling susu kotak tersebut ke belakang dengan selambanya.

"Apa kau kata? Kau nak mati?" soal Zack geram. Suka hati dia je cakap orang Sajat. Habistu Amsyar? Sejat? Susu Sejat?

"Lah dahlah ada rupa Sajat, pekak pulak tu." Amsyar menunjukkan riak simpati dan menggeleng-gelengkan kepalanya secara perlahan dari tadi. Rizqi dan Syamir pula yang berpandangan sesama sendiri. Masing-masing menjongket bahu mereka tanda tidak tahu dan tidak mahu masuk campur.

"Aku kalah. You win." Zack mengangkat kedua tangannya dan mengeluh penuh pasrah dan redha. Bak kata Izz, jangan dilayan sangat nanti makin menjadi dan keras kepala. Bila dah keras kepala? Cepatlah menindas orang. Macam sekarang ni. Zack hanyalah seketul potato hangus.

"Kalau kangen suaraku kau tinggal komen saja." Amsyar perlahan-lahan meninggalkan Zack sambil menyanyi.

"Kalau mahu bertemu kau tinggal cari aku...." Lagu yang sudah menjadi kegemaran anak muda masa kini itu dinyanyikan dengan suara kodok Amsyar.

Zack masih melihat Amsyar yang sudah berhenti dari berjalan dan pinggangnya dilenggok sedikit untuk joget.

"Apakah kamu cinta, apakah kamu sayang," Amsyar menoleh sedikit kebelakang.

"Aku mahu bersahabat sama kamuu!"

Kenyitan mata diberikan kepada Zack membuat lelaki itu menggeliat seperti ulat bulu.

"Tak comel la bodoh!" jerit Zack kuat. Amsyar hanya tersengih dan dengan pantas riak wajahnya kembali ketat lalu meninggalkan Zack dari situ.

"Tak betul dah anak ikan tu..." gumam Syamir perlahan yang dari tadi memerhati mereka dari jauh.

"Hahaha makin lama makin bengkak bodoh dia tu. Kalau tinggal lama lagi aku rasa benak terus otak dia," ujar Rizqi dan disokong penuh oleh Syamir. Mereka berdua mengeluh panjang.

Pasrah.

♚♚♚

Warda yang baru sahaja keluar dari bilik mandi itu sedang mengeringkan rambutnya di hadapan cermin. Dia masih merenung kearah cermin tiga sisi itu. Telefonnya bergetar diatas meja menandakan ada satu mesej dari whatsapp masuk. Laju dia mencapainya dan melihat siapa gerangan penghantar itu.

Rafiqi

Dah tidur ke belum?

Warda masih melihat screen itu seperti jakun teramat. Dia mengelipkan matanya beberapa kali. Tidak cukup dengan itu, dia menggosok matanya pula. Biar kebetulan?

Dear Mr Mafia Where stories live. Discover now