Bab-6

6.5K 285 5
                                    

Kereta Honda Civic merah itu laju membelah jalan raya. Warda hanya diam tidak berkutik. Terasa bulu romanya meremang apabila duduk disebelah Izz Rafiqi. Rasanya dia ada terlihat muncung senapang dibawah kerusi kereta.

Atau itu imaginasi dia?

"Kenapa?" kata Izz sepatah kepada Warda. Atau lebih kepada soalan kepadanya. Warda tersentak apabila Izz menegurnya.

"Takut?"

"Huh? Ma--mana ada saya takut." Warda cuba tersengih. Senyuman yang dibuat-buat itu jelas ketara di mata Izz. Warda membetulkan kedudukannya apabila kereta yang dipandu Izz itu berhenti di traffic light.

"Dahtu? Kenapa diam?" tanya Izz mendatar. Eh, dah kira bagus dah ni jejaka ini bercakap 'sedikit' lembut dengan perempuan yang masih dia tidak dikenali.

"Salah ke? Dah saya nak jadikan awak ni kawan bual? Nak borak pasal apa? Cakap macam la kita kenal lama," ujar Warda dengan lancar kepada Izz. Dia menekup mulutnya apabila sedar keterlanjurannya bercakap dengan ceo Izqi Holdings itu.

Mati lah nak!

Izz tersenyum nipis. Tetapi tidak lama dan dia kembali beriak biasa. Warda Risteena ini bukan calang-calang orang. Izz tahu semuanya tentang gadis ini.

"Kau memang kuat membebel kan," kata Izz sinis dan menyambung pemanduannya. Warda masih menekup mulutnya dengan tapak tangan.

"Tak payah tutup. Bukan aku nak cium kau pun," sambung Izz dengan nada mendatar. Cepat-cepat Warda menjatuhkan tangannya. Dia membulatkan matanya apabila mendengar apa yang ditutur oleh Izz sebentar tadi. Gila ke!

"Awak jangan macam-macam ha," kata Warda cuba memberi amaran. Jujur, Izz nak tergelak mendengar kata-kata dari Warda. Kalaulah dia tahu siapa Izz yang sebenarnya...

"Kisah pulak aku?" ujar Izz dengan nada mengejek. Izz tak macam Izz dah ni.

"Rafiqi!" jerit Warda. Entahlah, dia seperti selesa sangat dengan Izz. Sampai terlupa siapa diatas dan siapa dibawah.

Izz diam.

"Kau... Panggil aku apa?" Izz merenubg Warda dalam.

"Err, Ra--Rafiqi? Kenapa? Tak boleh ke? Nama tu comel apa," ujar Warda lancar.

Izz mengemam bibir merahnya. Sudah lama dia tidak mendengar seseorang memanggilnya dengan nama itu.

"Tak... Kau boleh panggil."

Warda pelik. Seperti ada sesuatu yang disoroknya.

"Turun," kata Izz sepatah. Warda yang masih didunianya tersentak apabila Izz mendekatkan dirinya kearah Warda. Tali pinggang dibuka oleh Izz. Wajah mereka sangat dekat. Nafas pudina terasa di wajah Warda. Dengan reflek Warda menolak badan Izz.

"Kenapa datang sini?" tanya Warda apabila melihat Mall besar dihadapan.

"Aku nak cari barang. Jangan tanya,"

Warda angguk. Walaupun Warda tidak kenal Izz, tetapi Izz kenal semuanya tentang Warda.
Tapi boleh dikatakan semua data Warda ada padanya.

Terima kasih kepada Amsyar.

♚♚♚

"Haachum!"

Zack melihat Amsyar denngan cepat kerana terkejut. Dah kenapa mamat ni bersin tiba-tiba. Suspek virus ke? Ah, lantak.

"Ah, aku rasa macam ada orang sebut nama aku," ujar Amsyar dengan menonyoh hidungnya. Zack berjalan kearah Amsyar dan memegang bahunya.

"Am... Aku nak cakap satu kenyataan dekat kau," kata Zack dengan perlahan. Muka diseriuskan membuat Amsyar cuak.

"Aku tahu kau kejar populariti. Tapi sampai sekarang tak dapat-dapat. Sedarlah, Am... Takde siapa pun nak sebut nama kau."

Amsyar ternganga. Zack tergelak kuat melihat reaksi Amsyar.

"HAHAHAHAHA!"

Amsyar sudah berkira-kira mahu mengejar Zack.

"TAK GUNA KAU SIAL!" Zack masih ketawa berdekah. Suka la kita!

Setelah habis main 'kejar-kejar' Amsyar terduduk di sofa.

"Apalah Syamir buat dekat sana."

Tiba-tiba rindu kepada lelaki hanat itu membuak-buak.

"Eee, mestilah tengah buat masalah kat sana," kata Amsyar denngan wajah tidak bersalah. Ni kalau Syamir tahu ni...

"Eh, sial. Dia bukan macam kau! Buat kerja pun terhegeh-hegeh." Amsyar mencebik mendengar ayat dari Zack. Dia memeluk lutut seperti kanak-kanak ribena tidak dapat gula-gula.

Hinanya aku!

"Dahla. Malas aku layan kau. Baik kau pergi godam cctv syamir ke apa," ujar Zack menyampah.

Dua kali lima sepuluh.

"Okey, boleh. Nanti dia mengamuk, aku cakap kau." Amsyar bersedia membuka lappy di meja kopi itu. Zack sudah mengurut pelipisnya. Pening jadi babysitter ni. Kalaulah Izz beri izin keluar dari rumah ini sudah lama dia keluar. Tetapi keadaan sangat tidak mengizinkan. Amsyar yang serius menekan papan kekunci itu dilihat.

Sebab anak sial ni seorang lah.

Syamir! Baliklah!

♚♚♚

Syamir masih duduk bercangkung di atas bumbung. Matanya sekarang ini tajam seperti helang. Tiada satu pun yang dapat terlepas dari pandangannya.

Earpiece di telinga dibetulkan sedikit kedudukannya. Mendengar segala butir bicara. Setekah semua ini selesai, dia mahu balik.

Ramai upah Syamir bekerja untuk mereka. Tapi kena bayar lumayan lah.

King lagi suka proses mangsa mati lebih cepat. Tanpa apa-apa dia akan terus menembak dengan kejam.

"Dah ke?" tanya Syamir dengan menyentuh earpiece dan Sniper khasnya dipegang erat. Kawasan yang dia duduki ini juga diperhati sekali-sekala. Takut-takut ada yang naik sampai sini.

"Almost..." kata orang disana.

"Roger that,"

Dan musuh dilihat keluar dari bangunan.

"Nice,"

♚♚♚

To Be Continued...


Dear Mr Mafia Where stories live. Discover now