Bab-13

5.4K 240 36
                                    

"Aku menang!" jerit si penunggang motosikal itu. Amsyar, Amanda, Zack dan Syamir yang baru sahaja keluar dari kereta menutup pintu serentak. Amanda menyesal bagi Amsyar bawakan kereta itu. Tak pasal-pasal mereka kena ikut serta perlumbaan haram tidak diiktiraf itu.

"Eleh kau ni Riz. Kau naik motor memang lah boleh selit sana selit sini." Amsyar menjeling.

"HAHAHA! Marah ke bro. Rilek lah." Rizqi memalingkan tubuh kebelakng apabila kereta Audi A1 yang dinaiki Izz dan Warda tiba.

"Apa bising-bising depan rumah orang ni?" Izz menutup pintu keretanya sambil menarik keluar cermin mata hitam dan diselit di bajunya.

"Takde apa lah. Rizqi ni hah dah macam budak rempit melalak sana-sini," ujar Zack dengan geram. Salah Amsyar sebenarnya pergi sahut perlumbaan itu. Rizqi memang suka mencabar tahap kesabaran Amsyar. Nak marah, adik boss sendiri. Kita iyekan jelah.

"Yow bro. Abaikan anjing melalak dekat belakang itu." Rizqi mendekati Izz dan mereka membuat salam antara lelaki.

Amsyar membulatkan matanya mendengar ayat yang menjemput bala itu.

"Kejap, jadi inilah kan yang cun tu?" Rizqi mendekati Warda pula dan gadis itu menolak dahi Rizqi dengan hujung jari telunjuknya. Tanpa disedari kepala Rizqi diketuk oleh Izz membuat Rizqi mengaduh kesakitan.

"Kau memang kan," Izz melihat kearah Warda dan membuat gerakan bibir 'Abaikan semua sialan ni' kepadanya. Warda yang tidak mengetahui apa-apa hanya angguk.

"Tak. Masalahnya sekarang ni awak semua nak hantar saya balik rumah dah macam nak buat rombongan tahu tak?" Warda bercekak pinggang dan meluru kearah pintu pagar besar rumah agam tersebut. Dia berdiri di hadapan pengesan itu dan pintu pagar terbuka luas. Terus Warda masuk kedalam.

"Bukanlah. Kejap lagi kitorang semua ada benda penting nak dibuat." Amanda tersenyum. Warda hanya mengangguk. Tahu sangat apa benda yang Mafia akan buat. Dia bukan benci tapi semua ni bahaya kut! Membunuh tanpa lesen. Eh kena ada ke? Ah lantaklah.

"Tunggu apa lagi? Jom lah, dipersilakan." Sempat Warda pusing kebelakang apabila Mafia itu masih tercegat.

"Dah kenapa tu?" tanya Zack kepada Syamir dalam keadaan berbisik.

"Datang bulan lah tu." Syamir berkata dengan yakin yang teramat.

"Selamat tengahari, Dato' Thaqid," Izz bersalam dengan Dato' Thaqid iaitu ayah kepada Warda diikuti mereka yang lain.

"Ni siapa ramai-ramai ni, adik?" tanya Dato' Thaqid kepada Warda. Gadis itu membuat roll eyes dan memeluk tubuhnya sendiri.

"Alhamdulillah. Warda ada bodyguard tanpa dipinta," ujar Warda dengan keluhan. Dalam fikirannya terfikir kenapa tidak Izz sahaja yang hantarnya? Ataupun dia boleh sahaja panggil Grab macam Jep dan Faiz tu.

"Iyelah. Duduk lah dulu. Kalau Izz dengan adik dia ni memang saya kenal sangat. Yang lain ni samar-samar pula saya nak ingat," kata Dato' Thaqid yang tidak lekang dengan senyuman dari tadi. Warda berkerut dahi. Rajin betul nak ingat wajah-wajah suci mereka ini.

Perbualan diantara Izz dan Dato' Thaqid berjalan dengan lancar. Lama juga dari Warda naik kebiliknya untuk menyucikan dirinya dan menukar baju.

"Matilah aku kalau Papa berkenan nak buat menantu, haih." Warda bermonolog sendirian. Bukan dia tidak tahu yang Dato' Thaqid mahu dia cari suami diusia ini. Sudahlah Izz semakin ngam dengan orang tua itu. Nanti dimasukkannya dalam list calon-calon suami Warda Risteena.

Mati lah nak.

"Hmm kalau macam itu, okeylah. Kami pun nak gerak dah ni. Assalamualaikum, Dato'." Izz dan yang lain bersalaman dengan Dato' Thaqid itu. Segera Warda ke ruang tamu dan berdiri tercegat di tepi dinding.

"Adik? Buat apa berdiri lagi dekat situ. Ni kawan-kawan adik dah nak pergi dah ni. Apa ni anak dara ni,"

Warda sempat mengerling kearah yang lain. Mereka menahan ketawa mereka membuat Warda menarik nafas panjang. Rambut hitamnya dibetulkan dari atas sehingga bawah. Warda menunduk 30° kearah Izz.

"Menganjing betul dia ni," gumam Izz perlahan. Warda mengangkat kepalanya dan tersengih.

"Hehe. Dah, kata ada urusan kan? Hah, cepatlah." Warda mengaduh sakit apabila Papanya mencubit sedikit isi di bahu tangannya.

"Maafkan anak saya." Dato' Thaqid tersenyum kearah mereka.

"Tidak mengapa. Dah biasaaa sangat dah Dato'," ujar Zack dengan nada yang meleret.

"Aku pergi luar dulu ya," pinta Syamir lalu berjalan keluar rumah.

"Siapa itu?" tanya Syamir pada dirinya sendiri. Sebuah kereta Mercedes-AMG yang berwarna hitam dan bercermin gelap berhenti di hadapan kediaman ini. Syamir hanya menghantar pemergian kereta itu dan menimbul banyak tanda tanya. Mengintip?

"Bro, jom lah." Amsyar menepuk bahu Syamir dari belakang.

Izz menaiki kereta dengan Syamir. Manakala Amanda, Amsyar dan Zack menaiki sebuah lagi. Dan Rizqi menunggang Kawasaki hitam miliknya.

Matahari mula melabuhkan tirainya.

Ketiga-tiga kenderaan itu berhenti dihadapan sebuah gudang. Dengan bergaya mereka turun dari kenderaan masing-masing dan berjalan kearah pintu gudang tersebut.

"Gudang kecil. Dalam hutan. Gangster miskin. Huh, klise!" kata Amsyar dengan keluhan. Sesungguhnya dia sungguh malas untuk melihat kesungguhan mereka yang bersungguh ini. Eh?

Amanda yang memakai baju kulit hitam itu berjalan masuk dengan bergaya. Izz juga turut serta gadis singa itu. Singa? Pfft.

"Hoi, tekong!" jerit Zack kuat sehingga bergema suaranya. Izz, Zack, Amsyar, Amanda berdiri sebaris.

Seorang lelaki yang penuh dengan tatu menampakkan dirinya disebalik kegelapan.

"Tekong. Bila kau nak bayar duit kau pinjam?" ujar Izz mendatar.

"Lu ingat wa tak bayar kah? Wa bayar la nanti ma." Tekong tersengih. Amsyar pun pelik, dalam banyak nama ganas nama Tekong juga dia pilih. Dah macam Teko panas letak air teh!

"Kau ingat kau pinjam dengan Ah Long? Tekong... Tekong... Kau berurusan dengan Mafia, Tekong," kata Izz sinis.

"Wa tak takut sama lu, King!" kata si Tekong dengan bongkak. Amanda menyentuh bahu Izz dari tepi dan tersenyum.

Amanda bergerak perlahan-lahan kearah Tekong. Lelaki bertatu itu menarik rokok di mulutnya. Amanda tersenyum menggoda dengan bibir merahnya. Rambut coklatnya yang tidak diikat sengaja dia sentuhkan kearah Tekong.

"Banyak cantik anak buah lu, King." Tekong tersenyum gatal. Dia mahu memegang tangan Amanda. Dengan pantas tangan itu dilipat oleh Amsyar yang senyap-senyap bergerak kearah Tekong.

"Jangan kau sentuh adik aku la bongok!" Amsyar masih melipat tangan Tekong sehingga merah. Dia mengaduh sakit. Amanda tersenyum dan dia berjalan kembali kebelakang.

"Hahaha! Mati kau King!" Satu tangan Tekong yang masih bebas menyeluk poketnya. Glock biasa dihalakan kearah Izz.

Bang! Bang! Bang!.

"Mati!" Darah memercik merata-rata tempat.

♚♚♚

To Be Continued...


Dear Mr Mafia Where stories live. Discover now