Bab-9

5.6K 294 28
                                    

"Err," Zack menggaru kepalanya yang berasa gatal-gatal sejak dari tadi. Dia melihat Faiz dan Jep yang tersadai.

Syamir yang berada di kerusi hadapan menyandarkan kepalanya di bantal kerusi kereta itu. Penat dan malas sudah nak kisahkan. Cukup dia ambil penerbangan peribadi untuk sampai ke Malaysia dengan cepat.

"Biarkan. Sampai rumah nanti adalah aku nak buat dengan diorang ni," ujar Izz dengan mendatar. Sesekali dia melirikkan matanya kearah Warda disebelah.

Amsyar tidak melepaskan pandangan tajamnya kearah Jep dan Faiz yang elok di kakinya. Dia angkat kakinya dn bersila diatas kerusi kereta.

"Tak hingin aku nak sentuh benda haram," kata Amsyar dengan jelingan.

"Habis? Menembak, membunuh, bom, tu bukan benda haram?" tanya Syamir malas. Dia masih memejamkan matanya. Menikmati pendingin yang menyapa diawajahnya.

"First blood!" jerit Zack separa kuat. Amsyar terdiam.

"Majuk ah gini," lirih Amsyar dengan cebikan. Dia memeluk dirinya sendiri.

"Ermm, boss."

Izz mengangkat mukanya.

"Yang perempuan tu nak kena hantar balik ke macam mana?" tanya pemandu mereka ataupun lebih tepat anak buah. Izz melihat Warda. Dia tak takut ke dengan situasi ni? Warda menyekitkan rambutnya sedikit ke telinga.

"Its okay. Papa saya tahu yang saya duduk rumah saya sendiri sekarang ni. Jadi, kalau tak balik tu tak jadi masalah lah. Tapi, satu soalan." Warda membuat isyarat satu jari dengan kedua matanya disepetkan. Izz menjongketkan keningnya tanda 'apa'.

"Dekat rumah awak tu... Ada perempuan tak? Macam ni, tak manis lah kalau saya seorang je perempuan dalam rumah tu. Nanti jiran kata apa?" soal Warda dengan panjang berjela.

"Eii! Tak hingin la aku nak buat benda dekat kau," kata Amsyar dengan menggeliat geli.

"Eh, aku pun tak hingin la dekat kau," jawab Warda selamba. Amsyar ternganga. Dengan riak wajah tidak percaya dan tidak puas hati, dia menundingkan jari telunjuk kearah Warda.

"Eii, kau... Eii!" Amsyar kembali merenung ke luar tingkap kereta. Zack disebelah Amsyar menggelengkan kepala beberapa kali. Dah lali, tidak mengapa.

"Avin, pandu ke rumah Amsyar," kata Izz putus. Amsyar sekali lagi ternganga.

"Wey, agak-agak la. Ada singa kot dalam rumah tu," ujar Amsyar bersungguh-sungguh. Zack menahan gelak. Syamir juga turut begitu. Menahan gelak ketawa dari terletus.

"Ooo, singa. Besar ke?" tanya Warda polos. Zack akhirnya meletus jua ketawanya.

"Ahahaha, dia tak besar tapi ganas. Singa tu comel je tapi itulah, Am tak suka." Zack mengetuk dan menampar kusyen kereta depan.

"Weh, weh, aku bawak kereta kot ni," ujar Avin di tempat memandu apabila kusyen yang didudukinya bergegar.

"Hmm, nanti kau tengok lah singa tu. Kakau dia ngap, aku cabut dulu," kata Amsyar penuh pasrah dan rela hati.

"Nanti jangan gomol singa tu. Dia pandai merajuk," ujar Syamir perlahan. Avin tersengih. Matilah nak, kalau 'singa' tu tahu.

"Haa, okey dah sampai." Kereta dipakirkan.

Warda berhati-hati berjalan dan matanya tidak lepas dari melihat permandangan rumah tersebut. Amsyar dengan megah berjalan kehadapan.

"Eh, kau. Ni yang haram ni siapa nak bawak?" tanya Zack sambil menarik tali dari dalam kereta itu. Amsyar berhenti.

"Semua aku. Nasib baik rumah aku, kalau bapak aku? Makan kapak la kau," bebel Amsyar sambil mengheret Jep dan Faiz diheret oleh Zack. Syamir hanya mengikuti mereka di belakang.

"Dah jom, jalanlah. Aku bawa kau rumah Am dulu lah. Jangan risau, ada perempuan dekat rumah ni," ujar Izz perlahan. Warda tersenyum namun pudar beberapa saat.

Amsyar tak main perempuan kan? Oh tidak, dia terlalu kebudakan untuk itu.

Warda hanya berfikir positif.

"Assalamualaikum..." Amsyar memberi salam dan menyambung mengheret Jep masuk.

"Oh, reti bagi salam?" tanya Zack selamba sebelum melepasi Amsyar.

"Kau... Haih."

"Waalaikumsalam, siapa?" suara kecil seorang perempuan menjawab salam tersebut. Menjadi tumpuan utama untuk Warda. Adakah itu perempuan yang dimaksudkan?

"Oh, engkau." Selepas dia turun dari tangga dan melihat wajah Amsyar terus tidak berminat.

"Eh, Izz, Zack ada, Syam pun ada! Yow Avin!" Mereka yang disebut itu hanya angguk dan senyum tanda sapaan.

Warda mengelipkan matanya beberapa kali.

"Ni... Siapa?" Dia berhenti kearah Warda.

"Warda... Warda Risteena," ujar Warda dengan senyuman segaris. Dia hulur tangannya kepada gadis itu.

"Uuu! Nama saya Amanda Iklima. Adik Amsyar kembar Amsyar," kata Amanda penuh mesra. Warda angguk faham.

"Jadi, mana singa tu?" tanya Warda sekali lagi.

Tawa Zack meletus sekali lagi.

"Siapa singa?" tanya Amanda kepada Amsyar. Dia perlahan-lahan kearah Amsyar dan jejaka itu juga berundur setapak demi setapak kebelakang.

"Maaf dik, aku gurau je tu. Uwaa! Jangan la!" jerit Amsyar kuat atau lebih tepat, rintihan kalbu seorang jejaka.

"Astaghfirullah, ni benda haram mana bawa balik ni?" soal Amanda setelah melihat Jep dan Faiz di atas lantai.

"Bakal suami kau la tu," jawab Amsyar selamba.

"Menyesal aku jadi adik kembar kau." Amanda menggumam perlahan.

Warda angguk faham. Jadi, singa tu adik dia lah ni.

"Amda, nanti siapkan bilik untuk Warda," arah Izz kepada Amanda.

"Werk, Am. Aku nak naik atas dulu. Jangan rosakkan barang Amda!" Amanda melangkahkan kakinya naik ke tangga. Amsyar menjelir lidahnya.

"Ergh, aku... Dekat mana ni," kata Faiz perlahan. Matanya berkelip beberapa kali untuk menyesuaikan dengan cahaya.

"Ma Rabbuka!" jerit Amsyar kuat di depan wajah Faiz. Faiz dengan spontan terbeliak matanya melihat Amsyar.

"Oi gila la kau," kata Syamir dengan ketawa kecil.

"Apa dah jadi ni?" tanya Jep yang mamai seperti Faiz tadi.

"Welcome back to your hell," ujar Zack dengan sinis. Izz tersenyum sinis juga. Warda sudah lama mengikuti Amanda naik ke bilik atas.

"your sweet and sour dream,"


♚♚♚

To Be Continued...




Dear Mr Mafia Where stories live. Discover now