Bab-21

3.6K 191 35
                                    

KAKI melangkah keluar dari sebuah kedai butik pengantin yang diasaskan sendiri oleh Datin Faridah. Warda melihat Mamanya berbual dengan pekerjanya dari jauh.

"Haih, Warda... Tak lama lagi dah nak jadi Isteri orang...," keluh Warda sendirian. Tangan beralih menongkat dagu.

"Betul kah pilihan kau ni... Kebahagiaan atau kesengsaraan nanti akan kau dapat...," ujar Warda lagi dengan perlahan. Tangannya dikalihkan lalu menyeluk poketnya dan mendapatkan telefon bimbitnya.

"Apa khabar Aliya sekarang ya?" Nama Aliya didalam kenalan telefonnya dicari dan terus ditekan. Sudah lama sungguh dia tidak berjumpa kawannya itu sejak tragedi yang pernah menimpanya dahulu.

"Assalamualaikum, Aliya! Kau sibuk tak sekarang?"

"Tak, aku baru habis ambil order ni. Nak terus pergi buat kek rasa malas pula. Kenapa ni? Ha! Lama tak dengar khabar kau, pergi mana ha?"

Warda tersengih sendirian mendengar bebelan sahabatnya di telefon. Apa yang dia suka tentang Aliya ni ialah gadis ini berjaya dengan usaha dia sendiri. Aliya membuka kedai bakery dia sendiri. Kadang-kadang selalu juga Warda datang curi cupcake yang dibuat segar oleh Aliya.

"Aku nak jumpa kau, ada benda aku nak bagitahu," kata Warda satu-persatu.

"Hah? Okey tunggu dekat tempat biasa lepas zuhur, bye," ujar Aliya sejurus itu menutup panggilan. Warda melihat skrin telefonnya yang sudah gelap.

"Dia ni kan... Nasib member." Warda terus bangun menuju kearah Datin Faridah.

"Adik nak tema macam mana ni?" tanya Datin Faridah. Buku yang mengandungi pelbagai jenis yang warna dibuka dan dibelek.

Cantik...

"Entah lah. Rafiqi takde cakap apa ke Ma?"

Melihat gelengan Mamanya itu cukup membuat dia resah.

"Rafiqi kata ikut Adik je nak macam mana. Dia tak kisah pun," ujar Datin Faridah dengan senyuman. Warda mengeluh. Dia memang faham, Izz Rafiqi hanya berkahwin dengannya hanya kerana untuk melindungi, bukan mencintai.

"Kenapa Adik?" soal Datin Faridah, risau dengan perubahan riak wajah Warda.

"Huh? Takde apa lah. Mama... Kejap lagi Adik nak jumpa Aliya. Nanti-nanti lah Adik datang bincang cakap pasal benda ni," balas Warda dengan senyuman nipis. Datin Faridah mengangguk.

"Ah, lagi satu... Navy blue pun cantik juga... Kan?" kata Warda sekaligus meminta pendapat Datin Faridah. Dia mengambil sling bag miliknya dan meninggalkan butik tersebut.

Datin Faridah tergeleng kepala melihat anak bongsunya. Memang tak padan umur!

TUBUH seorang gadis atau dikenali sebagai Nur Aliya disergah oleh Warda dari belakang.

"Bahh!"

"Terkejut aku! Engkau ni kan! Sudahlah tak bagi salam, terkejut aku! Nasib baik aku takde sakit jantung. Kalau nyawa aku hilang dekat sini siapa susah? Kau juga! Dahlah aku tak dapat rasa jadi pengapit kau lagi. Tapi kejap. Kau ada orang nak ke? HAHAHA!"

Warda melihat Aliya dengan pandangan yang tajam. Perempuan ni membebel sudahlah macam nenek, dari telefon sampai depan mata ada je benda yang dia nak sambung dalam ayat. Penat lah!

"Eh, ewah engkau Cik Aliya... Kau kata aku takde orang nak? Hey! Kau tengok kaki aku." Warda menundingkan jarinya kearah kakinya sendiri. Mata Aliya juga turut memandang ke tempat yang sama. Namun Aliya mengelipkan mata dua hingga empat kali.

"Kenapa dengan kaki kau? Tak cukup tinggi?" Dahi Aliya dikerutkan. Warda mengurut pelipisnya beberapa kali. Ini kalau wujud sepuluh orang Aliya, rasanya Warda yang ditarik nyawa.

Dear Mr Mafia Where stories live. Discover now