Bab-12

5.3K 246 20
                                    

♚♚♚

Rizqi mengeluh perlahan. Kenapa perempuan psiko tu tidak mahu menyerah dekat hospital? Adalah juga yang jaga makan minum dia daripada berharap dekat abang dia tu. Memang sampai mati abang dia taknak dekat perempuan tu. Dhia Natasha nama yang menjadi sebutan suara sumbang di kumpulan organisasi mereka. Ini pun sebab Izz pernah menjadikan Dhia sebagai kekasih waktu dahulu. Tapi sebab Dhia curang terus Izz blacklist nama dia.

Rizqi menggeleng kepala.

Lagu Bad Liar by Imagine Dragon berkumandang di Iphone6 miliknya. Tanpa melihat siapa pemanggil di atas talian itu Rizqi menolak skrin kearah warna hijau.

"Apa kau nak."

Rizqi tidak memberi sebarang riaksi. Hanya wajah poker sahaja dibuatnya.

"Kau dekat mana ni Riz,"

Rizqi melihat nama yang tertera di skrin. 'Rafi Poyo' dibacanya dan dia meletak balik Iphone6 ketelinga.

"Amboi kau call aku dahlah tak bagi salam. Baguslah sesuai dengan perangai syaitanirojim kau tu," bebel Rizqi kalah makcik Jemah jual goreng pisang. Rizqi meneguk segelas air yang baru diperahnya melalui mesen Coway di dapur.

"Assalamualaikum, kau jawab kau panas."

"Waalaikumsalam, Alhamdulillah aku tak panas. Makin sejuk je aku bila jawab salam tu," jawab Rizqi selamba tanpa memikirkan masa depannya yang bakal gelap bak awan mendung dengan burung gagak berkicau.

"Malas aku layan kau. Makin panjang nanti. Ntah-ntah separuh bab ni penuh dengan kau buat bodoh,"

Rizqi tergelak kuat. Suka dia kacau Izz. Kalau tiada orang yang berani langkah bendul dekat Izz, Rizqi berani aje nak tolong buatkan.

"Yelah, yelah. Ada apa call aku ni. Rindu? Awh! I know that, bro!"

Biarpun Izz tak dapat lihat wajah Rizqi sekarang ini. Namun Rizqi masih mengenyitkan matanya. Izz faham adiknya tu diminati ramai, perangai pun playboy kalah drama swasta. Perempuan mana tidak suka bad boy? Semua dibolot Rizqi dan beza umur 3 tahun muda dari Izz.

"Tidak ada masa aku nak rindu kau. Balik rumah family jumpa parents pun sebulan sekali,"

Rizqi dapat mendengar suara Izz yang menyampah itu. Dapat dibayangkan wajah abangnya itu sekarang.

"Auch! Sakit hati aku menusuk kedalam."

Rizqi menyentuh dadanya seperti mahu mati akibat sakit jantung. Masalahnya tu jantung, bukan hati.

"Sakit tu penghapus dosa. Baguslah kau rasa perasaan tu. Dosa kau dengan aku dah nak terhapus lah tu,"

Rizqi mengemam bibir merahnya. Deep la bodoh.

"Aku tanya kau dekat mana sekarang ni," ujar Izz dalam talian dengan selembut yang boleh.

"Aku? Aku dekat rumah aku lah."

Rizqi diam kejap.

"Oh! Hah, ya. Tadi aku dah jumpa si Dhia tu. Perempuan gila tu dah mula rancang nak bunuh kau. Tak cukup dengan kau, dia petik nama aku nak bunuh aku."

Rizqi bercakap dengan penuh emosi. Dengan abang dia sahaja dia macam ni. Orang luar boleh mati lah kalau nak tengok dia macam ni.

"Kau boleh tengokkan dia tak?" pinta Izz.

Dear Mr Mafia Where stories live. Discover now