Bab-4

8K 352 56
                                    

    KERETA Audi TT meluncur laju di jalan raya. Lampu isyarat bertukar merah.  Izz menoleh di tempat duduk penumpang sebelah kiri. Amsyar sedang bermain telefonnya dilihat. Tangan kanannya masih tidak lepas dari stereng kereta.

Triple kill!

Your enemy has been slain.

Amsyar yang merasakan dirinya diperhatikan berhenti. Izz dilihat sekilas. Dia menyambung bermain game 'Mobile Legend' dengan tekun dan penuh khusyuk.

Izz Rafiqi menggelengkan kepala melihat anak buahnya yang seorang ini. Kini mereka dalam perjalanan ke bangunan syarikat milik Izz kerana ada barang yang tertinggal. Dan Amsyar dengan baik hatinya ingin teman Izz.

Kereta diparkirkan di depan pintu bangunan yang sudah dikhaskan. Pintu kereta dikuak dan Izz keluar dengan kaca mata hitamnya. Dia masuk bersama Amsyar yang masih tidak lepas dari game nya. Pekerja yang lalu di lobi itu sanggup mengambil laluan lain asalkan tidak bertembung dengan ketua mereka yang mempunyai aura pembunuh itu. Kan dah kata, 40% pekerja disitu merupakan anak buahnya sendiri. Selebihnya orang biasa yang diambil bekerja.

Jadi tak peliklah kalau makcik cuci lantai keluarkan pistol tembak lalat.

Lift dituju oleh jejaka berdua itu.

"Mana barang yang kau tertinggal tu." Izz melihat Amsyar sambil kaki mereka melangkah keluar dari lift.

"Dalam pejabat. Aku pergi kejap." Amsyar mengangguk perlahan dan menyambung permainannya. Hoodie di kepalanya ditarik dan menutup rambut coklatnya.

Selepas kelibat Izz hilang dari pandangan, Amsyar bangun dari duduknya. Pekerja yang berada di bahagian depan pejabat Izz dituju.

"Good morning, beautiful!"

Syafiqah iaitu PA Izz mengerutkan dahinya. "Boss, Sekarang dah tengahari."

Amsyar terdiam beberapa saat. "Ye ke? Patutlah I lapar. Tak lunch lagi rupanya."

Syafiqah menggaru kepalanya. Boss dia yang seorang ni memang pelik. Nasib dia dah biasa dengan suasana ni. Bagi pekerja baru mungkin dia sudah dicop gila!

Pintu pejabat Izz dikuak dari dalam. Izz Rafiqi keluar dengan beberapa fail ditangan.

"Okey, beautiful. I pergi dulu. Kerja rajin-rajin tau." Sempat lagi jejaka itu mengenyitkan matanya.

"Hmm iyelah boss." Syafiqah layan jelah.

"Kau buat apa dengan PA aku?" Tanya Izz sambil membelek fail yang ada ditangannya. Amsyar tersengih.

"Biasalah, boss kena mesra dengan pekerjanya. Bukan macam kau. Hmmmmmm." Ayat Amsyar sengaja dileretkan dihujung.

"Menyesal aku bawa kau. Kalau aku tahu, aku bawa Syamir takpun Zack." Kata Izz dan meninggalkan Amsyar dengan lankah yang laju.

"Eh bodoh. Bersyukurlah aku nak teman kau." Amsyar menundingkan jari telunjuk ke arah Izz yang sudah jauh kedepan.

"Ada aku kisah?"

"Takdeeeeee," seloroh Izz dan masuk kedalam kereta kembali.

Rela tak rela Amsyar membuka pintu kereta penumpang dan masuk.

Bam!

Pintu kereta ditutup kuat. Tanda protes dan mogok oleh seorang insan bernama Amsyar Ikhwan Darren.

Izz menjeling.

♚♚♚

Amsyar menghentak-hentakkan kakinya di lantai sambil berjalan menuju pintu masuk rumah.

"Kau dah kenapa sial." Syamir menoleh melihat Amsyar yang berjalan laju itu.

"Tanya dia." Amsyar menunjuk kearah Izz yang baru masuk ke kediaman mereka bersama fail.

"Haha kau buat apa lagi Izz." Zack melangkah ke arah Amsyar yang masih berdiri.

"Alololo adik manje kita majuk ye." Kepala Amsyar ditonyoh.

"Aku banyak kerja lagi nak buat. Kau nak merajuk? Suka hati." Izz menaiki lift rumahnya. Sebelum pintu lift ditutup dia membuat gaya memotong leher kepada Amsyar.

"Apalaaaa nasib dirikuuuu yang malang ohh tuhan." Suara kodok itu jelas bergema dalam kediaman mereka. Syamir menutup telinganya.

"Menyesal aku tak ikut Izz tadi." Gumam Syamir perlahan. Zack hanya ketawa terbahak-bahak. "Dari kau gelak macam langsuir dekat situ baik kau buat kerja kau. Aku tahu, kau tak siapkan lagi." Muka beku Syamir membuat kedua-dua malaun itu terdiam.

"Syam." Amsyar menegur.

"Apa dia lagi."

"Ada lalat atas kepala kau." Amsyar membuat muka serius. Glock miliknya dikeluarkan dari poket.

"Berhenti."

"Tu." Sasaran dikenal pasti.

"Jangan la sial."

"Kejap je." Picu ditarik.

Bang!

"WOI BERAMBUS LA KAU. KAU NAK AKU MATI KE."

Amsyar membaling glocknya dan disambut oleh Zack. Dikejar singa mungkin.

"WEH AKU TAK BERSALAH. LALAT TU BERSALAH!"

Dari bilik Izz sudah kedengarang bertapa hebatnya gemba bumi di bawah.

"Nasib kau la Izz." Bisik Izz perlahan.

Telefonnya berdering tanda ada panggilan.

"Hmm."

"...."

"Ok."

Rambut perangnya diraup perlahan. "Haih."

♚♚♚

To Be Continued...

Dear Mr Mafia Where stories live. Discover now