Bab-19

3.9K 217 20
                                    

MATA dibuka perlahan dan dikerlipkan beberapa kali untuk menyesuaikan pandangannya dengan cahaya.

"Eh, jangan bangun. Nanti Izz marah I tak jaga you pula."

Ada satu tangan menghalangnya dari bangun. Tapi siapa kisah? Warda tetap Warda. Dia tetap bangun dari baringannya dan hanya bersandar di kepala katil.

Rizqi mengeluh kecil. Namun dia tetap menarik senyuman.

"I dekat Hospital? Macam mana dengan Dhia? Rafiqi mana? Dia selamat kan?" tanya Warda bertubi-tubi.

"Hahaha chill. Abang I ada je. Dia pergi belikan you makanan kejap. Dia takut you lapar bila dah bangun nanti," Rizqi kekal tersenyum. Warda mengangguk perlahan walaupun keliru.

Pintu dikuak perlahan dari luar membuat Warda menoleh melihatnya dan kelibat tubuh Izz kelihatan.

"Macam mana? Sakit lagi ke?" Izz meletakkan beberapa beg plastik di atas meja kopi dan plastik kecil dihulurkan kepada Warda. Rizqi hanya memerhatikan perilaku abangnya.

"Tak sakit dah. Cuma, sakit kepala sikit," jawab Warda perlahan kemudian tersenyum segaris. Mungkin kesan hentakkan dikepala itu masih dirasainya.

"Makan roti tu. Nanti dah habis, kau tengok lah dalam beg plastik tu. Aku ada suruh Amanda belikan pakaian untuk kau. Carilah yang mana sesuai. Aku tak tahu saiz kau."

Warda perlahan-lahan mengangguk faham. Selepas melihat anggukan dari Warda, Izz memberi senyuman nipis lalu keluar dari bilik wad bersama Rizqi dan meninggalkan Warda berseorangan.

"Kau pasti dengan semua ni?" soal Rizqi was-was. Dia merenung Abangnya dengan dahi yang berlapis.

Izz menarik nafas dalam.

"Aku pasti."

"Aku dah letakkan diri dia dalam bahaya. Dhia pun dah tahu siapa Warda. Aku tak boleh berdiam diri lagi. Dhia boleh buat lagi teruk dari sebelum ni," sambung Izz.

"Tapi... Bukan ke Ace dah meletup dekat situ?"

Perlahan-lahan Izz tersenyum sinis.

"Kau pasti? Macam lah kau tak kenal Ace. Perempuan yang paling licik dalam dunia Mafia. Kalau Tikus boleh menyelinap masuk daripada tempat tersembunyi, Ace pula Merak yang berjalan angkuh tanpa takut di kawasan terbuka."

"Itu masalahnya. Makin mencabar, makin dia suka." Rizqi mengurut pelipisnya. Pening dengan permainan Wanita yang bergelar Ace.

Bunyi pintu dibuka menarik perhatian mereka.

"Saya dah siap ni." Warda memakai dress kelabu paras lutut yang dipasangkan bersama seluar jeans hitam. Rambutnya hanya diikat satu.

"Okey, jom. Aku hantar kau balik rumah Papa kau." Warda angguk dan mendekati Izz. Mereka berjalan seiringan manakala Rizqi berjalan dibelakang.

"Single disini berasa terancam betul," gumamnya perlahan. Namun dia tetao memguntum senyuman kecil. Akhirnya Abangnya ada orang istimewa untuk dijaga.

"Assalamualaikum,"

"Waalaikumsalam. Ya Allah, adik!" Pantas tubuh Warda dipeluk dan dipegang kedua pipinya.

Dear Mr Mafia Where stories live. Discover now