Bab-7

6K 283 9
                                    

"Kau nak beli apa?" tanya Izz sambil menilik Tuxedo yang digantung kemas di kedai befjenama itu. Warda berpaling kearah Izz yang tekun menunduk.

"Saya? Eh tak payah lah, Rafiqi. Saya teman je ni. Lagipun saya datang sini pun tak dirancang," ujar Warda dengan senyuman hambar diberikan.

"Aku tak terima bantahan. Aku bukan tanya kau soalan." Izz berlalu pergi meninggalkan kedai baju suit itu. Dengan Warda yang berlari anak untuk menyamakan langkahnya. Dia cuba untuk tenang dengan sikap CEO Izqi Holdings itu. Sampai sejarang dia tak tahu, berapa umur Izz?

"Err, tak... Saya taknak beli apa-apa. Awak dah dah dapat ke apa yang awak nak tu?" tanya Warda dihujung ayatnya. Izz mengangkat beg plastiknya keatas dan Warda hanya melihat. Oh, dah dapat.

"Kau lapar tak?" tanya Izz sejurus itu berhenti dari melangkah sehingga Warda berhenti mengejut dan terlanggar sedikit bahu Izz.

"Huh? Takpe, saya boleh makan dekat rumah nanti," ujar Warda perlahan. Alah, ajaklah Izz!

"Jom," Izz menarik hujung lengan bju Warda. Walaupun gadis itu tak bertudung, namun dia memakai pakaian longgar. Kira bukan package gadis diva dan acah hot tu.

Bunyi sudu dan garfu sahaja kedengaran berlanggaran. Aura Izz ni sampai Warda takut nak angkat muka dia. Izz menyimpan senyuman. Seram sangatkah dia?

"Jadi, kau anak Dato' Thaqid?" tanya Izz tiba-tiba. Warda dengan cepat melihat Izz. Oh, ya. Rakan perniagaan mesti tahu nama.

"Yelah, habis tu saya tak akan sampai dalam Office awak tu," kata Warda dengan malas.

"Yeah, Memang kau tak akan sampai pun kalau kau tu adik dia."

Warda mengelipkan mata beberapa kali. Dia nak kata rupa Warda ni macam adik Dato' tu? Ew.

"Memang tak lah,"

"Jadi, awak ni umur berapa? Dah lama ke dalam industri ni?" giliran Warda menanyakan soalan. Seperti sesi ice breaking pula.

"28. Ya, dah lama."

Warda angguk. Muda-muda dah jadi CEO. Huhu.

"Oh,"

Suasana kembali sunyi.

"Jom balik," Warda angguk. Mereka berjalan seiringan dan sampai sahaja di satu kawasan, ada satu tembakan dilepaskan keudara. Dengan pantas Izz menarik Warda kedalam pelukannya. Dia mencari arah tembakan itu dengan nafas laju.

Seorang lelaki dengan topeng diwajah memegang pistol yang diacukan keudara.

"Ada penyangak nak rompak bank," ujar Izz perlahan. Dia menarik keluar telefon dan mendail nama Zack.

"Zack, aku perlukan backup dekat sini. Lokasi, aku hantar dekat Amsyar. Move!" jerit Izz diakhir ayat dengan nada berbisik. Tak mahu didengari kuat.

"Rafiqi, apa yang berlaku ni?" tanya Warda dengan getaran suara.

"Ada penyamun gila nak rompak bank, kau jangan pergi jauh. Duduk dekat dengan aku. Bahaya kalau redah kawasan ni macam tu je," kata Izz dengan mendatar. Ada sekali matanya dilirikan ke kanan dan kiri. Takut-takut masih ada serang hendap. Penyamun ni bukan musuh mafia macam Izz.

Tetapi masih bahaya kalau berti dak luar kawalan.

"Okey..." Warda semakin mendekat dengan Izz.

"Tolong! Tolong!"

Suasana di Mall itu menjadi kacau. Dari pemerhatian Izz, tiada seorang pun yang tercedera. Izz menarik senyum sinis. Makin mudah kerja dia.

"Tunduk atas lantai! Kalau korang taknak aku bunuh!" jerit perompak itu. Nampaknya bukan seorang, tetapi dua. Atau tiga?

"Warda... Ikut aku," dengan pantas Izz menarik lengan Warda mencari tempat sembunyi. Mereka melihat dari jauh. Dah tiada tempat lain ke kau boleh menyamun, dasar penyangak?

"Kita...kita okey ke?" tanya Warda perlahan. Rasa seperti harini hari terakhir dia.

"Kau jangan risau," kata Izz. Warda semkin percaya bahawa Izz bukan orang biasa. Dengan dua kali diselamatkan olehnya. Dan senjata yang pernah dipegang oleh Izz dahulu. Oh, Warda... Kau kenal orang yang salah.

"Ewah, ewah. Ada gadis cantik sembunyi dekat sini lah. Oh! Ada teman lelaki dia... Berani ya korang..."

Izz dan Warda menoleh kebelakang. Darah Izz meledak. Dia jumpa.

"Raf..." Warda mengenggam baju Izz dihujung.

"Keluar." Perompak itu mengacukan mata pistol murahnya kearah Izz. Mereka berdua menuruti.

"Siapa lagi yang berani menyorok!" jerit perompak itu dengan mata pistol dikepala Izz.

Kesemua yang berada di situ hanya menikus. Takut dibunuh.

"Keluar cepat!" jerit seorang lagi perompak.

Izz tersenyum.

"Kenapa kau senyum ha!"

"Kau memang lawak lah," ujar Izz perlahan.

"Yow, kami dah keluar ni," kata seseorang dihujung. Semua menoleh.

"Tepat pada masanya?" tanya Zack dengan sengihan.

"Ya..."

"Tepat pada masanya,"

Amsyar menekan telefonnya dan dihalakan kearah perompak bank itu. Warna merah.

"Aku dah tanam bom dalam poket kau tu. Eh, jangan tanya macam mana. Tapi memang nahas lah kalau aku tekan ni," amaran Amsyar. Dasar hacker.

"Who are you..." kata perompak yang satu lagi.

"Your sweet and sour dream?"

"Am..."

"Ye lah, ye lah." Amsyar mengeluh. Nak main sikit pun tak boleh.

"King!" jerit Amsyar.

"Wait... King?" tanya si perompak bank itu.

"Yeah... Depan kau tu lah bodoh." Zack mengetuk lantai dengan kaki. Nak menyamun pun lembab.

"Hello..."

♚♚♚

To Be Continued...

Dear Mr Mafia Where stories live. Discover now