Bab-27

1.4K 117 8
                                    

PINTU rumah agam dibuka luas dari luar. Tanpa melengahkan masa, Warda melangkah masuk kedalam rumah milik Izz yang sekarang menjadi miliknya juga.

Bagasi milik Warda diangkat oleh beberapa pembantu rumah setelah disuruh oleh Izz. Mereka menyambut kehadiran 'Queen' dengan sangat senang hati.

"Awak naik atas dulu. Saya nak pergi singgah pejabat kejap. Jangan buat benda bukan-bukan masa saya tiada. Kalau mahu apa-apa atau sesat boleh tanya dekat Mak Jah." Jari Izz dihala kearah seorang wanita yang tidak lah tua mana tapi keadaannya cukup meyakinkan yang dia sudah mempunyai beberapa orang cucu.

Warda mengangguk tanda mengerti arahan suaminya. Baru pertama kali menjejakkan kaki di rumah besar ini dah kena tinggal seorang diri. Apa lah nasib nya kalau nanti ditinggalkan kerana kerja Izz.

Pantas Warda menggeleng. Izz tidak akan tinggalkan dia.

Betul kan?

"Dah kenapa tu? Tadi angguk, ni geleng. Awak faham ke tak ni?" soal Izz tidak yakin. Risau pula nak tinggal bini dia ni.

"Iye, saya faham lah. Macam lah saya tak pernah tinggal dekat rumah besar. Lagipun Mak Jah ada teman saya, kan Mak Jah?" Walaupun baru sahaja mengenali Mak Jah, sudah Warda buat seperti kenal dua puluh tahun.

Lambat-lambat Izz mengangguk. Kunci kereta Audi TT hitam diambil dari gantungan dan setelah bersalaman dengan Warda, dia beredar.

Selepas kelibat Izz hilang dari pandangan, Warda memandang Mak Jah yang dari tadi diam memerhati dirinya.

Warda tersengih seperti kerang busuk.

"Assalamualaikum, Mak Jah. Nama saya Warda Risteena. Selamat berkenalan." Warda mengenalkan dirinya.

Mak Jah kemudian tersenyum. "Mak Jah tahu. Semua pembantu dalam rumah ni pun dah tahu. Puan besar, boleh rehat dalam bilik dahulu," pelawa Mak Jah. Warda mengikuti Mak Jah dari belakang memandangkan dia masih keliru dengan selingkuh jalan di rumah ini.

Cakap sahaja dah biasa tinggal di rumah besar. Tapi rumah dia besar juga lah. Jika nak dibandingkan dengan rumah Izz ini, dia kalah.

Pintu bilik dibuka kemudian ditutup meninggalkan Warda seorang diri. Kelihatan beg dia semuanya sudah berada disitu.

Bau perfume pudina milik Izz semerbak di ruangan bilik. Wangi.

Warda kemudian duduk di hujung katil memerhati segenap ruangan bilik yang dikongsi bersama seorang lelaki bernama Izz Rafiqi.

Beg bagasi dibuka kemudian dia mengemas satu persatu pakaianya dan diletakkan di dalam almari.

Satu laci di almari tersebut menarik perhatiannya. Warda terus menarik laci tersebut.

Alangkah terkejutnya disitu terdapat satu pucuk pistol bersama tiga peluru.

"Emergency only." Amaran yang ditampal di dinding laci dibacanya. Pantas dia menutup kembali laci tersebut.

"Aku lupa aku kahwin dengan Mafia. Aduhai Warda... Apa lah nasib kau nanti agaknya." Warda mengeluh berat. Dirinya direbahkan ke atas katil. Lama-lama matanya tertutup.

♚♚♚

DINDING di pejabatnya ditenung lama.

"Kau buat apa lagi dekat sini?" Suara seseorang yang dikenalinya membuatkan dia berhenti daripada mengelamun.

Izz meraup wajahnya. "Aku tertinggal dokumen aku."

Dear Mr Mafia Where stories live. Discover now