Bab-10

5.8K 273 15
                                    

Warda mengikuti langkah Amanda dan memasuki bilik yang Izz khaskan untuknya. Walaupun biasa sahaja tetapi susunan perabot didalam bilik menjadikannya mewah. Tidak dinafikan walaupun rumah Amsyar biasa dan sederhana tetapi sangat elegan dan mewah.

"Jadi Amanda..."

"Just call me Amda. Diorang panggil saya nama tu. Jadi dah biasa." Amanda memotong percakapan Warda. Dia bergerak kearah langsir dan membuang ikatannya lalu mengikat langsir itu. Dia menapak kearah Warda sambil mengikat rambut coklatnya. Iris birunya melihat Warda.

"Okey. Amda ni... Macam diorang juga ke? Ah, tak. Sebab saya nampak diorang ni bukan seperti yang saya fikir dulu. Sekarang ni rasanya saya dah tahu siapa mereka," ujar Warda kemudian tersenyum sambil melihat keluar sliding door kaca yang sudah terbuka langsirnya.

"Sama je. But! I'm not a killer. I'm healer."

Amanda duduk di sofa tunggal di penjuru bilik tersebut. Dengan kaki yang disilangkan.

"Maksud Amda?" tanya Warda dengan riak tertanya-tanya.

"We are Mafia. And of course we need medical team. And I lead it. Susah nak guna bantuan luar. Saya merawat mereka dan ketuai bahagian ni," kata Amanda dengan senyuman segaris. Tetapi senyumannya mati.

"Awak patut bersyukur masih hidup. King tak akan benarkan orang luar yang tahu banyak tentang ini hidup senang-lenang. Kecuali... Awak ada apa-apa ke dengan King?" tanya Amanda dan senyumannya berubah menjadi nakal. Warda terbeliak matanya.

"Hell no. Rafiqi dan saya hanya rakan perniagaan. Kenapa dia kena bunuh saya? Saya pun taknak tahu pun pasal ni kalau boleh" nafi Warda dengan pantas. Amanda menggaru belakang lehernya. Warda sangat lurus baginya.

Ktang!

"Haih, apa lah diorang buat tu," gumam Amanda sendirian. Warda tersenyum nipis. Mereka berdua bergegas bangun untuk melihat apa yang berlaku di bawah.

"Ha! Baru duduk diam. Eh kau ingat aku ni kuli kau ke nak hadap rungutan kau tu?" bebel Amsyar sambil menghalakan kuali pan kearah Faiz. Amanda menongkatkan dagunya di pemegang tangga sambil berbongkok.

"Abang... Kau jumpa dekat mana kuali tu?" kata Amanda dengan lembut.

"Alah, aku ambil dekat dapur. Amda tak tahu punyalah kalau kau tak bagitahu," kata Amsyar dengan tangan yang memegang kuali itu masih dihalakan kearah Faiz. Manakalah Faiz melihat wajah Amanda itu sudah meremang.

"Oooo," Amanda turun perlahan-lahan dari tangga itu.Izz, Zack, Syamir, elok duduk di sofa menonton masalah yang bakal timbul.

"Argh, sakitlah! Lepas! Lepas!" jerit Amsyar kuat apabila rambut coklatnya ditarik dari belakang.

"Amsyar Ikhwan! Cakap apa tadi? Amda tak tahu? Asyar jangan ingat boleh kacau barang Amda. Ni rumah Asyar, ni pun rumah Amda. Bahagian dapur jangan kacau!" Amanda melepaskan tangannya dari menarik rambut Amsyar.

"Amda jangan lah macam ni. Asyar dahla jarang balik sini. Bagi la peluang nak meneroka rumah ni buat kali ke seratus satu." Amsyar membetulkan rambut coklatnya supaya kembali kacak. Iris birunya menikam iris yang sama dihadapannya. Inilah yang dia tidak suka.

"Err, korang..." Faiz yang berada dekat mereka bersuara.

"Diam!" jerit Amsyar dan Amanda secara serentak

"Benda ni aku akan tengok setiap kali masuk dalam rumah ni," gumam Zack perlahan. Syamir angguk setuju.

"Bila lagi kembar tu nak jumpa." Izz tersenyum nipis.

"Memang selalu macam ni?" tanya Warda yang sudah lama duduk bersama mereka.

"Selalu je. Bayangkanlah, Am yang perangai budak-budak tu jumpa Am yang matang. Kau rasa?" Zack menyandarkan dirinya di sofa.

"Hancur..."

"Dahlah. Malas nak gaduh dengan Asyar. Ni bila nak pergi sana balik?" tanya Amanda kepada Amsyar.

"Amda halau Asyar ke? Sampai hati." Amsyar mencebik bagaikan mahu menjauh hati.

"Asyar.... Nanti kita jumpa juga dekat markas. Dahlah nanti Asyar naik pergi mandi. Amda nak siapkan makanan, jom Warda." Warda angguk dan mengikuyi Amanda. Walaupun mereka selalu bergaduh tetapi hubungan darah tetap terjalin bersama.

"Asyar, Asyar, Asyar. HAHAHAHA!"

"Kau nak apa ha," Amsyar tidak suka apabila mereka memanggil namanya sebegitu. Cukuplah Amanda sahaja yang menggelarnya sebegitu. Tak cool!

"Kami ni macam mana?" tanya Jep dengan getaran suara.

"Macam mana apa? Nak mati dah?" tanya Amsyar balik. Jep mengeluh, kenapalah dia dipertemukan dengan manusia sebegini.

"Korang duduklah situ sampai kering," kata Zack sambil ketawa kecil dihujungnya. Jep ternganga.

"Siapa korang?" tanya Faiz berani.

"Kami? Kau rasa siapa kami?" tanya Syamir balik yang masih mengelap Supressed Rifle miliknya. Tidak mahu tinggalkannya didalam kereta, maka dibawa sekali untuk kecemasan.

"Pengganas? Pembunuh upahan?" teka jep dengan Faiz. Zack tergelak kecil.

"Kalau kami ni pengganas, pembunuh upahan, kau berdua dah lama mati."
Senyuman zack turut pudar membuat Jep dan Faiz meneguk air liur.

"Ha-habistu?"

"Kenal Mafia... kenal Black Shadow. Kenal Black Shadow... kenal kami," kata Amsyar dengan sinis.

"Ma-mafia?"

"Bila orang luar dah tahu siapa kami nak tahu apa kami buat?" tanya Syamir dengan nada sinis.

"Apa dia?"

"Dia akan dibunuh. Kalau bertuah, King akan bunuh dia." Jep dan juga Faiz meneguk air liur dan terasa pahit apabila mendengar nama King buat kali kedua.

Warda yang mendengarnya dari jauh juga terdiam. Habis, dia bukan orang luar?

"Jangan risau..." Amanda menenangkan Warda.

"Korang nak bunuh kami ke?"

"Kau nak ke?" tanya Amsyar laju. Cepat-cepat Jep dan Faiz menggelengkan kepala.

"Habistu? Janganlah hantar dekat polis. Kitorang merompak bukan saja-saja, kitorang takde duit," rayu Jep dengan takut.

"Hey, kalau kitorang ni post kau orang dekat polis, kau ingat kitorang pun tak kena tangkap ke? Kerja kitorang lagi meluas dari kau," perli Zack sambil menyilangkan kedua kakinya.

"Tengoklah apa aku buat nanti," ujar Izz perlahan.

"Mungkin bunuh,"

♚♚♚

To Be Continued...

Dear Mr Mafia Where stories live. Discover now