Bab-15

4.9K 243 21
                                    

Cermin mata yang dipakainya dibetulkan sedikit. Rambut yang diikat satu diperkemaskan lagi. Memperlihatkan dirinya seperti gadis Nerd. Dia duduk di bangku dengan kaki disilangkan. Sehingga targetnya memunculkan diri.

"Warda..." ujarnya dalam keadaan berbisik dan tersenyum sinis. Dhia mengorak langkahnya kearah Warda. Orang yang lalu-lalang di Mall ini tidak dihiraukan.

"Ahh!" Warda menjerit apabila gadis itu melanggar bahunya.

"Ha! Ma-maafkan saya! Sa-saya tak sengaja," ujar Dhia memainkan peranannya. Untuk menambahkan lagi keyakinan dia membetulkan cermin matanya yang hampir terjatuh dan mimik wajah dibuat seperti sangat bersalah.

'Hello, world! I'm nerd girl!' monoloh hatinya apabila Warda sudah termakan umpan.

"Uhm, it's okay. Alahai, sikit je ni. Bukan awak buat silap besar pun kan?" kata Warda untuk menyedapkan hati gadis acah nerd itu. Dhia tersenyum manis.

"Thank you! Tapi saya rasa bersalah sangat ni. Apa lah saya ni tak nampak orang lalu! Eyy!" Dhia mengetuk kepalanya. Warda bertindak untuk menghentikan Dhia dari perbuatan tak ganas itu.

"Eh apa ni. Tak elok lah pukul diri sendiri. By the way, saya Warda," ujar Warda memperkenalkan dirinya. Dia menghulur tangannya kepada Dhia. Gadis itu teragak-agak mahu menyambut salam itu.

"Uhm, saya Natasha," kata Dhia dan dia tersenyum penuh makna. Warda juga tersenyum kerana dia mendapat kawan baru.

Tetapi, senyuman mnusia ini ada dua maksud. Sama ada senyuman itu ikhlas ataupun mempunyai seribu makna terselit.

"Jom Natasha, lagipun saya shopping seorang diri je ni. Syukurlah ada awak, boleh teman saya," ujar Warda dengan teruja.

"Saya pun... Bersyukur dapat dekat dengan awak," bisik Dhia perlahan.

♚♚♚

Sebuah kereta memasuki kedalam kawasan kediaman rumah agam. Ada ukiran di pagar besar itu yang tertera
'Xavier Legacy' yang membawa maksud kepunyaan keluarga Xavier.

Pintu di bahagian pemandu dibuka dan Izz keluar dari situ diikuti Rizqi di bahagian sebelah.

"Aku ketuk pintu, kau bagi salam," ujar Rizqi apabila mereka berdua berada di hadapan pintu rumah. Dengan tangkas Izz menempeling kepala Rizqi.

"Kau ingat ni sekolah? Nak masuk pejabat guru besar?" tanya Izz dengan nada sakarstiknya. Rizqi tersengih tidak bersalah. Orang nak main-main je. Tak rilek la.

"Assalamualaikum," Izz memasuki rumah secara perlahan-lahan.

"Waalaikumsalam. Tu dah kenapa masuk macam pencuri tu." Seorang wanita menjengah dari ruang tamu.

"Kan Mama kan. Dia ni ada rupa pencuri kan?" sampuk Rizqi yang baru sahaja meloloskan dirinya dan melabuhkan pungungnya di sofa empuk.

Izz menyangkut kunci kereta di tempat khas di dinding. Dia bersalam dahulu dengan Mamanya atau namanya Puan Rashida.

"Balik pun kamu Izz, Rizqi pun. Tak ingat dah kami yang tua ni," kata Tuan Xavier berjauh hati.

"Rilek la Papa. Benda boleh gaduh," ujar Rizqi selamba badaknya. Rizqi mengelipkan matanya beberapa kali apabila suasana di dalam rumah itu berlainan. Ditolehnya kebelakang, semua orang disitu merenungnya tidak berkelip.

Dear Mr Mafia Where stories live. Discover now