Bab-17

5.1K 260 39
                                    

"Amsyar, cari location Warda sekarang," kata Izz lalu menghidupkan enjin keretanya. Enjin turbo itu dipecut, earpiece di telinga di pasangkan supaya dapat mendengar suara Amsyar yang memulakan kerja hacker dia itu.

Laju jari-jemari Amsyar menekan papan kekunci tersebut. Sehingga dia melihat titik merah yang berkelip-kelip di skrin lappy khas miliknya.

"Gotcha! Izz, aku dah dapat jejak location anak syurga tu. Nanti aku hantar koordinat dia. Kau jangan race dekat situ pula!" Sempat lagi Amsyar berpesan kepada Izz supaya tidak memecut kereta sport dengan suka hatinya.

Izz melihat sekilas skrin kecil yang memang sudah dikhaskan untuk kereta. Dia melihat titik merah yang tidak berhenti dari berkelip dan bergerak laju kehadapan.

"Kau nak bawa dia pergi mana ni Dhia..." ujar Izz dalam keadaan berbisik. Jelas kelihatan dia sangat risau akan keadaan Warda sekarang. Bila-bila masa sahaja dia Warda boleh mati ditangan Dhia Natasha.

Kerana, Dhia Natasha bukan gadis sebarangan dan tidak seperti orang lain.

"Amsyar, panggil yang lain jadi backup cepat," arah Izz dengan pantas. Amsyar terus menghubungi Syamir dan Zack lalu menghantar location terkini Izz yang sedang mengejar Warda.

"Wait... Kalau dia masuk lorong tu..." Amsyar bercakap perlahan sambil menyepetkan matanya dan merenung skrin lappy miliknya.

Titik merah itu bergerak masuk ke jalan kecil. Amsyar bersandar di kerusi dan melipatkan tangannya ke dada. Kepala disengetkan sedikit.

"Then kalau dia masuk pula jalan besar tu balik..."

Titik merah kecil itu memasuki jalan raya kembali.

"Bingo! Izz! Izz!"

"Apa dia! Aku dah lah on earpiece ni kau boleh melalak kuat gila nak mati!" jerit Izz di dalam kereta. Dia tengah tertekan kerana dia sudah tersangkut di lampu isyarat merah.

Amsyar diam seketika selepas mendengar ngauman Izz.

'Takpe Asyar... Izz tengah bulan mengambang tu. Nanti jumpa buah hati dia, dia okey la tu.'

Monolog hati kecil Amsyar. Sebenarnya, ayat untuk pujuk diri sendiri tu. Hati mula sebak mengingatinya kembali.

"Okey... I'm sorry, Am. Apa dia kau nak bagitahu tu." Izz meraupkan wajahnya perlahan.

"Dia nak bawa Cik Warda pergi bangunan terbiar sejak sepuluh tahun dahulu. Alah, yang pernah meletup sebab bahan api tu. Aku dengar cerita... Ada lagi bahan api dekat situ yang tidak meletup sebab tu polis tutup jalan pergi situ. Ambil masa juga nak jejak semua bahan api, dia dah macam periuk api. Salah pijak sikit, meletup habis." Space bar di papan kekunci itu ditekan. Memaparkan gambar bangunan tersebut. Izz juga turut melihat gambar tersebut.

"Dhia nak letupkan Warda dekat sana," gumam Izz perlahan.

"Yes! Kau nampak tak sejauh mana liciknya Dhia Natasha yang pernah kau agungkan dulu tu?" soal Amsyar dengan nada sakarstiknya.

"Aku... Argh!" Izz menumbuk bahagian tepi pintu keretanya. Lampu Isyarat kembali hijau dan perjalanannya menyelamatkan Warda diterusnya.

Teringat pula perbualan dia dengan ayah kepada Warda iaitu, Dato' Thaqid.

"Dato' pasti ke nak percayakan saya?" soal Izz tidak yakin.

"Warda tu pernah dilukai. Dia pernah berkurung dalam bilik dia selama beberapa bulan." Tekun Dato' Thaqid bercerita.

Dear Mr Mafia Where stories live. Discover now