4 years later.." mama, wake up ! " kejut jeong yuna, kanak-kanak berusia 4 tahun itu kepada ibunya park hana. wajah ibunya itu dicium bertalu-talu sehinggalah hana tersedar dari lena tetapi masih mamai.
" gimme five minute more, eung ? " kata hana dengan mata yang masih tertutup. hanya tuhan yang tahu betapa mengantuknya dia ketika ini.
" noo ! mama dah janji dengan yuna yang today we will go out together " rengek yuna.
bibir yuna sudah muncung sedepa tanda dia sedang merajuk dengan ibunya itu. masih dia ingat lagi yang hana pernah berjanji yang selepas saja hana gradute, dia akan keluar membawa yuna bersiar-siar.
" okey sorry dear.. mama dah bangun ni"
hana mengeliat sebelum tubuh yuna dipeluk masuk ke dalam pelukan. dahi yuna dicium lembut. memang rutin harian hana lah tu setiap pagi.
" yeay ! jom mama, cepat bersiap. uncle wonu dah tunggu dekat bawah " teruja yuna berkata. bibirnya menarik senyuman selebar yang mungkin.
" bwo ?! " membulat mata hana mendengar nama itu.
tidak lama lepastu bibir hana mengukir senyuman nakal. otaknya sudah memikir cara untuk cari pasal dengan wonwoo. hana memang suka kacau wonwoo, rakan baik hana selama duduk di australia ini.
" yuna.. kita bersiap lama sikit. biar uncle wonu tunggu kita lama "
" eung ! " yuna mengangguk saja. memang dua anak beranak ni suka cari pasal dengan wonwoo. sudahla mamat tu paling tak suka orang yang lambat.
hampir satu jam hana dan yuna bersiap, akhirnya mereka berdua turun. hana menahan ketawa apabila wajah wonwoo kemerahan menahan geram. tahulah dia bahawa wonwoo sedang marah terhadapnya.
" lamanya ! penat aku tunggu dekat bawah ni tau. sakit pinggang aku dibuatnya " kata wonwoo dengan cemikan.
sebab ini lah hana suka kacau wonwoo. marah macam mana pun dia, wonwoo tidak akan menengking atau maki tapi hanya merengek saja. tch macam budak kecil !
" uncle wonuuuuu ! "
yuna berlari terkedek-kedek untuk mendapatkan uncle kesayangannya yang berada di ruang tamu itu. suka sungguh dia dengan wonwoo. maklum lah sepanjang menetap di bumi australia ini yuna banyak luangkan masa dengan wonwoo.
" jangan lari sayang.. nanti jatuh ! " tegur hana kepada yuna. hana mengeleng melihat yuna yang teruja dengan kehadiran wonwoo itu.
" kaja yuna ! kita pergi jalan-jalan wohooo " kata wonwoo pada yuna yang sudah berada dalam dukungannya itu. sesekali pipi tembam yuna digomol oleh wonwoo. geram sungguh dengan pipi pau si yuna tu.
" stop it uncle.. hahaha yuna geli "
mengeliang liut yuna apabila digomol oleh wonwoo sebegitu. tak berhenti ketawa yuna dibuatnya.
" woi sudah lah tu. mati kejung anak aku tu karang. senak dah perut dia " tegur hana. dia mengambil yuna dari wonwoo.
" aigoo kesian anak mama ni kena kacau dengan uncle wonu sampai senak perut dia " omel hana sambil masuk dalam kereta. wajah yuna dielus lembut.
" kita nak pergi mana ni ? " soal wonwoo. dia mula start enjin kereta.
" MALL ! " sampuk yuna yang tengah selesa duduk atas peha ibunya itu. hana ketawa kecil melihat telatah yuna yang nampak terlebih hyper hari ni.
" nae.. arraseo kita pergi mall "
selepas wonwoo berkata begitu, yuna merangkul leher hana dan melentokkan kepalanya diatas bahu hana. tak sampai 5 minit, yuna sudah terlelap.
YOU ARE READING
[√] married student || yunho
Romance[ COMPLETE ] + berkahwin pada usia muda bukan lah satu pilihan yang tepat meskipun atas aturan keluarga, pelbagai dugaan yang perlu dilalui oleh yunho dan hana untuk mengecapi bahagia pretty cover by echa art ♡