44☁

257 45 39
                                    

terteleng kepala hana selepas mendapat tamparan berbisa daripada yunho tanpa lelaki itu sendiri sedar. bukan  bunyi kuali jatuh ya HAHAHA

" maaf.. s-saya tak sengaja "

iris coklat yunho merenung wajah hana yang sudah bertakung air itu. perlahan-lahan tangan naik ingin mengusap perlahan pipi hana yang sudah berbekas merah akibat perbuatan dia sendiri tetapi ditepis oleh hana.

" maafkan saya... " lirih yunho apabila hana berjalan laju meninggalkan dia berseorangan didapur ini.

" tsk aku dah pesan kan sebelum ni kalau nak pujuk bini kau tu kena bersabar "

seonghwa yang tiba-tiba saja muncul bersuara. entah sejak bila dia ada dekat dapur pun tak tahu.

" pergi lah pujuk dia dan kalau boleh pergi jelaskan perkara yang belum kau jelaskan pada dia sebelum keadaan jadi semakin teruk lagi " sambung seonghwa lagi

" tapiㅡ "

yunho mengemam bibir bila seonghwa merenungnya tajam. seram wuu

" kau nak bercerai ke ? "

yunho mengeleng. jujur tak pernah terlintas langsung ingin ceraikan hana meskipun wanita itu banyak biadap terhadapnya.

" jadi pergi bagitahu segalanya. anak-anak kau aku dengan lelaki dekat depan tu jaga. aku nak bawak diorang keluar pergi bersiar "

" gumawo hyung.. "

seonghwa mengangguk lalu berjalan meninggalkan yunho untuk ke ruang tamu. dalam hati dia amat berharap hubungan rakan baik nya itu akan beransur pulih

✧ ✧ ✧ ✧

hana mengusap pipi kiri yang masih terasa pijar. air mata dikesat kasar. bunyi pintu diketuk buatkan dia tanpa sengaja mendengus kasar kerana tahu siapa gerangan itu.

hana menarik comfoter dan berselubung didalam itu, malas nak pandang wajah yang menyakitkan hati itu.

" hana.. saya betul-betul minta maaf. s-saya tak boleh dengar perkataan bercerai tu keluar dari mulut awak "

yunho bersuara setelah melabuhkan punggung di birai katil hana. dia menyelak comforter yang membaluti tubuh hana lalu dicampak atas lantai.

iris berwarna hazel menatap wajah hana yang sudah memerah dan basah dengan air mata. perlahan-lahan tangan naik ingin mengusap bekas tamparan tadi.

" jangan. sentuh. aku. " kata hana dingin.

" han seohee. dia tu gila dan psycho " yunho mula bersuara. dia tekad. tekad mahu jelaskan segalanya pada hana.

hana hanya mendiamkan diri. nama asing yang keluar dari belahan bibir suaminya buat dia tertanya-tanya tapi hana lebih memilih untuk tidak bersuara.

" jujur saya tak ada langsung perasaan dekat perempuan tu. sumpah demi tuhan ! saya kahwin dengan dia pun sebab nak selamatkan awak dan yuna "

dahi hana berkerut hairan setelah mendengar bait-bait bicara yang keluar dari mulut suaminya itu. baru lah dia tahu han seohee itu adalah manusia yang paling dia benci.

Flashback

4 years ago

Hospital Seoul
3:30 p.m

" mama.. saya turun sekejap nak pergi beli makanan, mama ada nak order apa-apa ? " soal yunho prihatin kepada ibu mertua yang dia tahu berasa amat risau.

[√] married student || yunhoWhere stories live. Discover now