" apa sial semua ni ! aku tengok dari episod 1 sampai habis and ending dia hero mati ?! apa celaka sangat ni sial huwaaa dah la hensem " bebel aku depan tv sorang diri.kau faham tak perasaan aku yang dah tengok drama tu sampai last episod and ingatkan dapat happy ending tapi tetiba pulak hero mati. rasa macam nak baling tv pakai kuali even aku tau tv tu tak bersalah.
" woi , pahal meroyan" tegur seseorang dari belakang.
aku tersentak. kepala dipaling ke belakang untuk lihat insan yang menegur aku tu.
" lain kali tegur baik sikit ini woi , terkejut tahu tak" aku jeling yunho yang sudah mengambil tempat duduk disebelah aku.
" tak tahu " selamba yunho membalas
" tch. diamlah " aku berdecit.
" drama apa ni ? " soalnya. tangan lelaki itu meliar mencapai potato chip yang berada pada aku ini.
" tengoklah tajuk kat atas tu sendiri. aku pun tak tahu drama apa ni" balasku malas.
kat atas tu dah tunjuk tajuk still nak tanya orang.
" jap , bukan drama ni dah ada ke masa tahun 2015 ? " soalnya hairan.
" entah. dia ulang balik la tu " balas aku.
dia hanya mengangguk faham.
" eh jap tadi kau cakap apa? " dia tiba-tiba pandang aku tajam.
" apa ? aku tak cakap apa-apa pun" berkerut dahi aku .
" haa tu apa kau gelar diri kau ? aku ? tak cium bau syurga tau " tegurnya.
aku menguling bebola mata tanda menyampah. selalu guna kuasa veto dia tu. tau tak pakai awak-saya tu buat aku rasa kekok sebenarnya.
" bagi la aku guna panggilan biasa je. guna awak-saya ni buat aku tak selesa tau" jujurku.
" nanti kau terbiasa and kau akan terlepas cakap depan parents kita. sebelum benda tu berlaku baik kita cegah dari awal. lagipun sejuk sikit telinga dengar " kata yunho.
" hm ye la. awak je betul " aku menyerah kalah.
" see ? kan sedap telinga dengar kau cakap macam tu. good " aku tidak membalas malah menjeling dia disebelah.
" hana.." panggil yunho
" apa dia ? " wajah lelaki itu dipandang sekilas kemudian kembali pada kaca tv
" dinner tadi sedap. pandai kau masak and lunch tadi pon sedap. Patut omma cakap kau pandai masak" pujinya ikhlas.
" thanks " kata aku bersama senyuman lebar.
" cheonㅡ " belum habis yunho membalas bunyi mesej masuk dari phone aku membuatkan lelaki itu terdiam.
ting !
aku mengapai iphone 11 pro yang terletak pada atas meja kecil yang terdapat di hadapan mereka.
1 unread message from Tae Oppa 👽
omg tae oppa mesej ! aku buka mesej itu dengan perasaan berdebar-debar.
aku perasan yunho disebelah cuba mrlihat skrin phone aku tetapi pantas aku sorokkan.
" kau sorok apa ? " soal nya tegas.
" apa ? mana ada apa-apa hehehe" balasku dengan segihan.
" ye ke ? meh sini phone kau nak tengok" tapak tangan diletak depan muka aku meminta phone aku.
" eh pahal pulak. ni phone saya. mana boleh " bantahku.
habis lah aku kalau aku bagi dia. chat aku dengan tae oppa juga yang dia akan selongkar and dah tentu dia akan tahu yang aku minat dengan tae oppa.
![](https://img.wattpad.com/cover/211581599-288-k228353.jpg)
YOU ARE READING
[√] married student || yunho
Romansa[ COMPLETE ] + berkahwin pada usia muda bukan lah satu pilihan yang tepat meskipun atas aturan keluarga, pelbagai dugaan yang perlu dilalui oleh yunho dan hana untuk mengecapi bahagia pretty cover by echa art ♡