Yunho's
Bunyi loceng yang berdering berkali-kali membuatkan aku mengetap gigi geram. tak reti sabar betul. ni tak lain tak bukan pastinya si wooyoung, san dan mingi.pintu utama rumah dibuka dan terpampang wajah wooyoung yang masam mencuka. pahal dia ni
" pahal lambat sangat bukak pintu ni ? aku dah la kena bawak barang ni pastu kau lembap nak bukak pintu. tau tak aku penat eei kau ni nasib ni rumah kau kalau tak lama dah kena kau ni eii " bebel wooyoung.
" kau nak masuk ke atau kau nak aku halau kau duduk kat luar ni sampai esok ? " aku menyoalnya sambil memeluk tubuh.
" eh sorry uri yunho ! takpe aku tak kesah pun kau bukak pintu lambat. aku sanggup tunggu depan pintu sambil pegang barang yang berat nokharam ni " balasnya bersama sengihan
" dah la tepi ! kitorang nak lalu ni. buat drama pulak kau ni. aku sekeh kepala karang "
seonghwa menolak wooyoung ketepi dan melangkah masuk kerumah aku diikuti yang lain dari belakangnya.
" fuh sedapnya bau. hana ke yang masak ni ? hana mana hana ? "
mingi mencari-cari kelibat hana diruang tamu.
aku memandang tajam kearah mingi. mamat ni kalau aku tendang keluar rumah memang aku tak bagi masuk dah. bukan main puji bini aku macam tu.
tapi memang tak dapat dinafikan yang gadis itu memang pandai masak. aku rasa semenjak duduk satu bumbung dengan dia ni tak pernah lagi dia masak tak sedap. makanan dia buatkan aku hilang rindu pada masakan omma.
" oi mingi, kau jangan memacam. nampak tu suami dia pandang kau tajam semacam je tu. kalau mata dia ada laser lama dah mampos kau ni HAHAHA" kata hongjoong diikuti dengan gelak tawa akhirnya.
" aku gurau aje lah. jangan ambik serius duh " balasnya.
" dekat atas ada 5 bilik. bilik first tu bilik aku dengan hana. jangan berani masuk kalau tak aku halau semua keluar biar korang tidur luar. bilik lain tu pilih la mana korang nak. yang dapat tidur sorang tu untung lerr " kata aku.
" okay " balas jongho ringkas.
" aku pergi belakang dulu , korang kalau dah siap nanti pergi dapur. aku dengan hana tengah masak "
mereka semua mengangguk faham dan mula mendaki anak tangga satu persatu.
aku kembali ke dapur dan keluar melalui pintu dapur untuk ke halaman belakang dimana disitu adalah tempat aku bakar daging tadi. hana yang sedang membakar daging itu sambil membebel seorang diri itu membuatkan aku tersengih. comel la budak ni.
" kawan awak dah sampai ? " soal gadis kecil molek itu.
" dah, diorang kat atas." balas aku.
tempat disebelah hana diambil. penyepit yang sedang hana pegang aku ambil dan kembali mengambil alih kerja aku tadi.
" bukan ke tadi kau masak something kat dapur?" soal aku.
" dah siap pun " ujarnya ringkas.
tak lama kemudian suara seseorang menganggu kami berdua. serentak itu aku dan hana menoleh memandang insan tersebut.
jongho datang mendekati kami berdua. dia duduk di tempat kosong disebelah kanan aku.
" mana yang lain ? kau sorang je ke yang turun ? "
YOU ARE READING
[√] married student || yunho
Romance[ COMPLETE ] + berkahwin pada usia muda bukan lah satu pilihan yang tepat meskipun atas aturan keluarga, pelbagai dugaan yang perlu dilalui oleh yunho dan hana untuk mengecapi bahagia pretty cover by echa art ♡