hi ! sorry lambat..
enjoy reading 💗kalau ad typo or mana2 tk paham, pls drop your komen ;)
ㅡㅡㅡㅡ
"sayang.. kenapa tak bersiap lagi ni ? flight kita pukul 12 sat lagi " tegur yunho pada hana yang masih duduk atas katil bersama yuna dan hansung. melepaskan rindu.
" ala kejap lah, hana tak puas lagi lepas rindu ni " ujar hana, mencebik bibir.
" yuna dengan hansung tu rilek je haa awak yang melebih ni " yunho ketawa kecil. ni anak tak boleh berpisah dengan mak ke mak yang tak boleh berpisah dengan anak ?
yuna dan hansung pula rilek je atas katil tu bermain dengan ipad yang memang khas yunho belikan pada mereka untuk buat hilang bosan. ralit dengan ipad sampai mama kat sebelah pun diorang dua lupa dah.
" pergi siap cepat sayangku intan payung.. ke awak nak saya yang siapkan awak ? "
" lempang kang " balas hana geram.
sebelum hana bangun, dahi yuna dan hansung dikucup terlebih dahulu. tanpa banyak bunyi dia menganbil dress berwarna hitam dibawa masuk tandas.
" yuna.. " panggil yunho. dia duduk disebelah yuna. rambut yuna yang serabai diikat.
" nanti jangan adik elok-elok tau sepanjang mama dengan papa takde ni. jangan susahkan halmonie dengan harabojie. mereka dah tua, cepat penat. ingat tau pesan papa ni ? " pesan yunho sambil mengikat rambut yuna.
" baik papa ! akan yuna laksanakan tugas itu " ujar yuna. tangan diletak pada tepi dahi persis askar.
" bagus anak papa ni " hidung yuna dicuit lembut.
" anak papa je ? anak mama jugak lah " sampuk hana yang sudah bersiap. itu pun muka memuncung bila yunho cakap yuna anak dia seorang je.
" okay, anak papa dengan mama ni dah besar dah.. pandai jaga diri dengan adik. boleh dah jaga sorang lagi adik lepasni " yunho perbetulkan kesalahan tadi.
" eh dia ni, hansung tu setahun pun belum lagi tau. tambah sorang lagi nanti haru biru lah rumah kita. ada hansung sorang pun kemain payah nak jagaa " kepala hansung diusap lembut. meskipun bukan anak kandungnya tetapi sudah dianggap sebagai anak sendiri.
" kalau dah rezeki takkan kita nak menolak "
hana menjeling yunho yang ada saja dia nak betul. malas dah layan.
" yunho, hana ? siap dah ke ? mari lekas nanti terlepas pula. dh pukul 11 lebih dah ni. nak ke airport dh makan setengah jam "
puan jeong masuk bilik menjenguk keadaan. kang risau terlepas flight dah rugi duit beli tiket. tak sebenarnya dia nak anak dengan menantunya itu pergi honeymoon sebab boleh lah dia nak spend time dengan cucu-cucu lelama dan berharap dapat sorang lagi cucu. hihi, puan jeong ni.
" siap dah ni tapi hana ni yang berat hati nak tinggalkan prince dengan princess dia ni " omel yunho pada ibunya.
" ish awak tak paham perasaan seorang ibu ni hmph " kata hana geram.
" eh cakap macam saya bukan bapak diorang pulak " bidas yunho balik membuatkan hana mengetap gigi geram. eh melebih dah si suami ni cari gaduhhhh.
" ha tak payah nak bergaduh. cepat turun, kalau nak gaduh bak sini tiket kamu biar omma dengan appa je pergi honeymoon. kamu berdua honeymoon je kat rumah ni ha senang " kata puan jeong malas.
hana dan yunho tersengih kekok. malu pulak gaduh depan mak sendiri.
" omma tunggu kat bawah. cepat turun ! "
YOU ARE READING
[√] married student || yunho
Romance[ COMPLETE ] + berkahwin pada usia muda bukan lah satu pilihan yang tepat meskipun atas aturan keluarga, pelbagai dugaan yang perlu dilalui oleh yunho dan hana untuk mengecapi bahagia pretty cover by echa art ♡