11🌸

595 85 42
                                    

ting! tong!

hana dan yunho yang duduk di ruang tamu menonton televisyen itu masing-masing memandang pintu utama. hana berlari anak sehingga ke pintu utama untuk mendapatkan mamanya. manakala yunho hanya mengeleng melihat perangai manja hana.

" mamaaaaa ! "

hana memeluk tubuh puan park erat. ejak kahwin ni lama dah dia tak meet mamanya. last mereka bercakap pun 2 hari lepas tapi itu pun secara panggilan.

" aigoo anak omma "

tersenyum lebar puan park melihat anak gadisnya yang sudah lama tidak berjumpa. perasaan rindu tu jangan cakap lah mengunung dalam diri.

" annyeong mama" yunho menyapa puan park sopan. lantas yunho juga turut dipeluknya tetapi sebentar sahaja.

" jom mama. duduk dulu. hana buatkan air. mesti mama penat kan. yunho, awak bawakkan beg mama naik atas. thank you hubby"

hana mengeyit mata pada yunho dan berlalu ke dapur. gedik benor dia

" sure wifey" balas yunho bersertakan senyuman.

puan park yang melihat adegan mereka berdua berasa lega. niat sebenar dia bermalam di rumah hana dan yunho ini adalah untuk menyiasat sama ada rumah tangga mereka berdua huru hara atau tidak.

tak lama kemudian hana datang dengan menatang dulang yang berisi jus oren , khas buatan sendiri daripada hana.

hana letak gelas tersebut didepan puan park. kemudian dia duduk menempel dengan mamanya.

bunyi tapak kaki yang turun dari tangga menarik perhatian dua beranak itu. yunho yang sudah kembali ke ruang tamu itu mengambil tempat di sofa. hana pula duduk dengan puan park.

" sibuk je menempel dengan mama. pergi la duduk dengan suami kamu tu. mama rimas ni " ujar puan park

" ala dengan dia dah bosan. hari-hari hadap" balas hana selamba kemudian dia kembali memeluk pinggang mamanya.

" takbaik la hana. mama tampar mulut tu kang. pergi duduk dekat suami kamu sana, mama rimas ni " kata puan park sambil menampar perlahan bibir hana.

jana mencebik. dengan berat hati dia duduk disebelah yunho manakala yunho hanya ketawa kecil melihat telatah dua beranak yang menghiburkan hati itu.

yunho menoleh ketepi untuk melihat wajah hana sebentar. tersenyum nipis yunho apabila melihat wajah monyok hana.

" mama nak tanya kamu berdua ni "

kata-kata yang keluar dari mulut puan park mengundang rasa ingin tahu terhadap pasangan suami isteri itu.

" apa dia ma ? " soal hana ingin tahu.

yunho disebelahnya hanya senyap sambil menantikan soalan yang bakal diajukan kepada mereka.

" bila nak beri mama cucu ? "

uhuk.. uhuk !

terbatuk-batuk hana akibat tersedak air liur pabila soalan itu diajukan kepada mereka. berubah merah terus wajahnya. manakala yunho sudah mengaru kepala yang tidak gatal.

[√] married student || yunhoWhere stories live. Discover now