hana merenung wajah yunho yang sedang lena diulit mimpi. dia mengemam bibirnya. jam pada dinding menunjukkan pukul 3 pagi buatkan dia mencebik bibir.
punca mengapa dia bangun awal sebegini adalah disebabkan dia mengidam. mata cuma dipejam untuk kembali tidur dan melupakan cravingnya itu tapi amat susah untuk dilupakan.
seakan menghantui dirinya. jadi hana membuat keputusan untuk mengejut sang suami yang lena tidur itu walaupun ada rasa bersalah sebab kacau lelaki tu tidur tapi demi kepuasan bayinya itu dia kejut juga.
" yun... bangun la yun " hana menyentuh lembut bahu lelaki itu yang tidak berlapikkan sebarang fabrik.
" erm wae ? " soal yunho separa sedar. tetapi bukannya bangun malah dia memeluk tubuh hana erat dan berura-ura untuk kembali memejamkan mata.
PPAK !
" arkhh ! sakit lah sayang.. ehem, kenapa ni ? " pada mulanya dia mahu memarahi hana kerana menganggu waktu tidurnya tetapi disebabkan wajah masam hana itu buatkan dia tak jadi nak meneruskan niatnya.
" craving " balas hana sepatah. bibirnya mencebik. mata sayunya menatap wajah yunho lama.
" nak apa ? biar yun ambilkan dalam peti " ujar yunho sambil bangun dari pembaringan.
" nanasㅡ " balas hana takut-takut. bukannya dia tak tahu yang ibu mengandung tak boleh makan nanas tapi dia amat teringin untuk makan makanan terlarang buat ibu-ibu mengandung itu.
mata yunho yang tadinya kuyu terus membulat mendengar balasan hana itu. kepalanya digelengkan pada wanita itu dan mukanya bertukar riak menjadi serius.
" no ! hana pun tahu yang ibu mengandung tak boleh makan nanas kan ? " yunho bercekak pinggang.
" tahu tapi bukan hana yang nak. baby yang nak. ala yun bagi la hana makan sikittt je " pujuk hana.
" memang nak anak dalam perut hana tu gugur ? tak sayang anak ke ? tak pikir risiko baby dalam perut tu ? " terdiam hana selepas diperli oleh yunho.
bibirnya mencebik. air matanya sudah berkumpul di tubir mata. tunggu masa untuk jatuh saja.
" tapi hana tak boleh tahan craving ni. ala yun bagi la hana makan sikit " masih berdegil. hana bermain dengan jari. kepalanya ditundukkan ke bawah. tak berani untuk menatap wajah yunho.
" yun tanya hana sekali lagi , tak sayang baby ke ? memang nak baby gugur ke ? " soal yunho lagi dan suaranya kini semakin tegas buatkan hana seram.
" s-sayang "
" kalau hana craving benda lain yun boleh bagi tau tapi kalau hana craving benda yang jeruk-jeruk dan nanas memang yun TAKKAN bagi hana. "
yunho menyelak rambut hana yang menutupi wajah hana itu. bukan dia tak tahu yang gadis itu sedang menahan tangisan. bila-bila masa saja gadis itu akan meraung. tunggu masa je tu.
" so masih lagi nak nanas ? masih pentingkan diri ? masih tak nak fikirkan kesan dekat baby kalau hana makan nanas tu, hm ? " yunho menatap lembut wajah hana yang masih tertunduk itu.
" huh.. tak " kata hana. dia kembali baringkan dirinya. jikalau tadi posisinya berhadapan dengan yunho kini berubah. hana baring membelakangi yunho. mungkin merajuk dengan lelaki itu. dan tanpa dia sendiri sedar air mata nya jatuh.
yunho menghela nafas lega. ekor mata yunho melirik memandang hana yang membelakangi dirinya.
" tak baik tau membelakangkan suami. nak jadi isteri derhaka ke ? " ujar yunho.
hana mendengus geram. dia menukar kembali posisi tidurnya berhadapan dengan yunho lalu memejam mata serapatnya. yunho tersenyum lebar. suka dia bila hana merajuk. nampak comel pada matanya.
YOU ARE READING
[√] married student || yunho
Romance[ COMPLETE ] + berkahwin pada usia muda bukan lah satu pilihan yang tepat meskipun atas aturan keluarga, pelbagai dugaan yang perlu dilalui oleh yunho dan hana untuk mengecapi bahagia pretty cover by echa art ♡