" cepatlah hanaaa.. aku lapar dah ni "
" sabarlah cipanzi, tak nampak aku tengah kemas barang ni "
hana menjeling chaeyong yang sudah memuncung sedepa bak mulut itik itu. perut kalah tong drum, asyik nak makan saja. lambat sikit mula lah merungut. bukannya nak tolong hana kemas barang.
" hana rehat dengan aku hari ni. kau pergilah makan dengan teman lelaki kau kat kantin tu "
serentak hana dan chaeyong berpaling ke arah seorang lelaki tinggi lampai yang baru saja sampai kelas. orang dah rehat dia baru nak masuk kelas. hana menahan senyum apabila lelaki itu sampai.
" awww tenkiu yunho, aku ingat kau tak datang harini so aku teman minah ni makan. MEH SINI KISS MEH aigoo "
chaeyong berlari kearah yunho dengan bibir memuncung berniat ingin mencium jejaka itu.
" WOI SEBELUM AKU BALING KERUSI NI DEKAT KAU BAIK KAU BLAH ! " jerkah hana sambil mengangkat kerusi, tunggu masa je nak baling. yunho pula yang seram tengok bini dia naik hantu.
" WADUH GURAU JE ! "
terus chaeyong berlalu pergi dari situ. bukan apa nanti dia jeles tengok kemesraan pasangan tu. sudahlah kebelakangan ini jimin layan dia nak tak nak sebab cemburu chaeyong ramai secret admire.
" tadi kata sakit perut lah apa lah pastu tibe muncul ni kenapa ? yun masuk sekolah macam mana ? " omel hana. wajah yunho dijeling.
pagi tadi punya lah banyak alasan lelaki itu beri sebab tak mahu ke sekolah. malas katanya. ya sejak dua menjak ni perangai mereka berdua berubah.
kalau dulu hana lah yang malas nak pergi sekolah dan belajar kini beralih pada yunho. kemain liat nak pergi sekolah dia tu. hana pula makin lama makin rajin ke sekolah, prestasi akademik dia pun makin baik.
katanya dia taknak tunjuk contoh tak baik dekat anak dia yang masih didalam perut itu.
" bosanlah, dekat rumah isteri takde nak bagi belaian kasih sayang. yun panjat tembok belakang sekolah tu " yunho membalas persoalan yang diajukan oleh hana padanya.
hana mendekati yunho lalu mencekup muka jejaka itu sehingga termuncung bibir yunho bak ikan buntal.
" alololo sian dia tak cukup kasih isteri " yunho menjeling hana yang seakan memerlinya.
" dah, jom "
" pergi mana ? "
" rooftops "
✧ ✧ ✧ ✧
hana memerhatikan tingkah laku yunho yang sedang mengeluarkan sesuatu dari beg sekolah nya. hampir terletus tawa hana apabila yunho sedang mengeluarkan bekal makanan dan botol air dari dalam beg itu.
" jangan nak gelak sangat lah sebab bekal ni untuk hana. yun yang masak okie "
yunho tersenyum bangga, bersusah payah dia tengok resepi dekat pakcik google tadi. penat juga lah berperang dengan dapur sampaikan 3 kali juga dia cuba masak dan mujur kali keempat menjadi masakannya.
" ye ke ? bukan beli dekat kedai ? " soal hana ragu-ragu. bukan dia tak tahu suaminya ini bukan pandai sangat masak.
" iyalah sayang. yun masa ni special untuk sayang tau "
disebabkan tidak sabar ingin merasai air tangan sang suami, tangan hana laju membuka bekalan dihadapannya itu.
bersinar matanya apabila makanan yang terdapat didalam bekal itu adalah makanan kegemarannya iaitu fettucini carbonara. biarpun simple tapi sedap.
![](https://img.wattpad.com/cover/211581599-288-k228353.jpg)
YOU ARE READING
[√] married student || yunho
Romance[ COMPLETE ] + berkahwin pada usia muda bukan lah satu pilihan yang tepat meskipun atas aturan keluarga, pelbagai dugaan yang perlu dilalui oleh yunho dan hana untuk mengecapi bahagia pretty cover by echa art ♡