29🌸

386 58 36
                                    

hana's

sebaik aku masuk ke dalam perkarangan sekolah , ramai mata-mata memandang aku. agak hairan juga kenapa semua pandang aku macam aku baru lepas rogol anak teruna orang.

" yunho.. kenapa dorang pandang saya macam tu " soal aku

aku mengenggam tangan yunho erat. takut dengan pandangan tajam yang mereka lemparkan pada aku.

" abaikan je diorang tu. dah jom masuk kelas. larat tak naik ? ke nak saya dukung ? "

aku mengeleng. beg aku pun dia bawa. risau aku penat katanya.

" yunho saya ni baru mengandung sebulan lebih tau bukannya dah sarat sangat pun. boleh lagi berlari. yang awak risau macam saya dah nak beranak esok ni kenapa ? " aku bercekak pinggang.

" ala saya risau je. kalau awak jatuh macam mana ? " cebik yunho.

" im okay lah. jangan risau pasal saya. pandai lah saya jaga diri. " balas hana.

yunho tak membalas. dia memeluk pinggang hana lalu meletak dagu pada bahu hana.

" iye lah. jom masuk kelas " ajaknya.

kami berdua masuk ke dalam kelas. ramai mata-mata memandang ke arah kami. pantas aku tolak yunho yang masih memeluk pinggang aku ini.

" sayang ! kenapa tolak saya ! sakit tau " dia memandang aku geram. alahai comel betul.

aku abaikan dia dan duduk di tempat aku.

" hanaaaaaaa " panggil yunho meleret.

" yun behave la. kita kat sekolah , tak malu ke ramai orang tengok " tegur aku.

berubah terus air muka yunho selepas ditegur oleh aku sebegitu. lantas itu dia bangun dari kerusi disebelah aku dan meninggalkan aku lalu beralih ke tempat duduk chaeyong.

" chaeyong , kau duduk sebelah dia. aku nak duduk sini " arahnya. suaranya juga kedengaran dingin.

takkan lah dia marahkan aku ? aku tegur dia tadi pun sebab ramai mata-mata yang tengok kami. segan lah aku :')

" asal korang berdua ni ? tadi bukan main lagi sweet macam mintak kena potong kaki , gaduh ke ? " soal chaeyong sebaik duduk disebelah aku.

" ah molla ! " aku menyembamkan wajahku di meja. malas mahu pikir

" lantak korang lah " chaeyong yang sudah malas bertanya apa apa lagi itu hanya mendiamkan diri dan bermain dengan phonenya.

⊱ ━━━━.⋅ εïз ⋅.━━━━ ⊰

bunyi loceng menandakan rehat sudah berbunyi. guru kelas kami yang mengajar subjek sains sudah lama keluar dari kelas.

aku menoleh kebelakang untuk melihat yunho dan ingin mengajaknya berehat bersama tapi hampa apabila susuk tubuhnya langsung tidak kelihatan.

" cari yunho ke ? tadi aku perasan dia dah keluar " kata chaeyong seakan tahu aku mencari lelaki itu.

" eh tak lah. mana ada aku cari dia. dahla jom turun kantin " nafi aku. aku bangun dan meninggalkan chaeyong dibelakang.

[√] married student || yunhoWhere stories live. Discover now