1. Siapa?

488 25 2
                                    

Kedengaran bunyi tembakan senjata di dalam bilik Ali. Remaja dalam lingkungan 15 tahun itu sedang leka bermain permainan atas talian yang popular iaitu PUBG. Dia juga turut dalam talian bersama dengan sahabatnya viktor.

"Sikit lagi....".

TRRTT!!! TRTT!!!

"YEAH!!! Chicken Dinner lagi!!".

"Wah, cayalah Ali. Dah masuk lima round kita main kau asyik dapat Chicken Dinner!". Puji sahabatnya Viktor dengan nada gembira.

"Haha...Don't mess with me!". Gumam Ali dengan nada acah-acah hebat.

Sedang dia menikmati kemenangan tersebut, Ali terdengar seseorang mengetuk pintu biliknya. Bunyi ketukan tersebut membuatkan Ali sedikit terkejut.

"Ehh ayah dah balik ke? Bukan ayah balik pukul 12.00 malam ke, ni baru pukul 10.00". Kata remaja lelaki tersebut dengan reaksi kehairanan.

"Wei aku off dulu Viktor, cau".

"Ok cau". Mereka berdua menamatkan permainan video mereka.

Ali bingkas membuka pintu biliknya, namun tiada seseorang pun yang berada di luar. Ali melihat kiri dan kanan laluan di hadapan biliknya, juga tiada sesiapa.

"Ehh tadi ada orang ketuk pintu. Takkanlah Comot, dia ada je dalam bilik aku". Gumam Ali.

Lelaki tersebut terus menuruni anak tangga rumahnya dan memeriksa di kawasan ruang tamu. Keadaan masih sunyi dan ruangannya gelap yang disamari cahaya lampu tangga rumah.

Namun bila Ali menoleh ke bahagian dapur, dia melihat ada sosok seorang lelaki sedang berdiri di hadapan singki dapur. Lelaki tersebut merupakan ayahnya iaitu Dr. Ghazali. Dia terus menyapa bapanya.

"Ayah, awal balik. Kata pukul 12.00". Sapa Ali. Namun sapaan itu tidak dibalas oleh sepatah perkataan pun oleh bapanya. Lelaki tersebut diam membatu.

"Ayah? Ayah...ok ke ni? Badmood je hari ni. Nak Ali buatkan kopi untuk ayah?". Tanya anaknya.

Dr Ghazali mengendahkan pelawaan anaknya itu dan terus menuju ke tangga. Ali berasa amat pelik dengan perangai bapanya itu. Sudahlah tidak bercakap apa-apa, riak wajah pun macam orang putus cinta pulak tu.

"Dah kenapa dengan ayah aku ni, macam kalah judi je". Gumam Ali. Dia segera mengikuti bapanya dari belakang.

TOK!! TOK!! TOK!!

Ali tidak sempat mengikuti bapanya, seseorang mengetuk pintu rumah dari luar. Ali terus membuka pintu tersebut.

"Haaa Ali...tak tidur lagi ke?".

Ali tergamam. Di hadapannya adalah ayahnya iaitu Dr Ghazali.

"Ehhh ayah!? Bukan tadi ayah kat dapur ke?". Soal Ali.

"Apa kamu merepek ni, ayah kan kerja. Mesti banyak berangan ni". Balas bapanya dengan sindiran sambil dia melangkah masuk ke dalam rumah.

Manakala Ali pula....berdiri dalam keadaan kaku dan badannya rasa seram sejuk. Siapakah lelaki yang dia tegur tadi?

P/s. Sejak dari itu, Ali mengalami demam panas selama tiga hari. Alicia sempat melawat bagi sekotak coklat pada Ali. Lol.

EJEN ALI RANDOM STORYWhere stories live. Discover now