Sebelum COVID Melanda...
Kebiasaannya, di hari raya Aidilfitri semua orang akan ke kampung untuk pulang ke desa demi berjumpa dengan ayahanda dan bonda tercinta.
Ini adalah kisah Chris ketika dia berada di kampung halaman.
Pada belah malam, semua keluarganya sedang melakukan majlis rumah terbuka. Ramai yang hadir termasuklah kampung sebelah. Ini kerana atok Chris merupakan seorang yang berpengaruh iaitu seorang Wakil Rakyat.
Pada masa itu, mereka kekurangan bekalan seperti ais. Jadi atok Chris mengarahkan cucunya untuk pergi ke kedai untuk membeli sebungkus ais.
"Chris, kamu pergi kedai bila ais. Kamu pergi dengan sepupu kamu." Arah atoknya.
"Baik tok, Mamat jom! Teman Ambo kejap!." Sahut Chris.
"Haa jom, jadi siapa nak bawak motor?." Soal sepupunya Mamat.
"Hang lah bawak, nanti balik aku pula bawak ye." Kata Chris. Mamat bersetuju dengan cadangan itu.
***
Setelah mereka membeli sebungkus ais di sebuah kedai runcit yang dijaga oleh seorang lelaki India, mereka ingin pulang pula ke rumah.
"Haih, alhamdulillah ada kedai yang bukak." Kata Chris.
"Tu lah, kedai yang jauh dari rumah jugak yang bukak. Yang dekat-dekat semua tutup." Kata Mamat sambil memegang tangkai plastik berisi ais.
Memang, nak katakan semua kedai yang dekat dengan rumah datuk mereka kesemuanya tutup. Kecuali kedai yang mereka singgah tadi sahaja yang buka. Sudah lah jauh pula dari rumah.
"Haih aku tak taulah, karang sampai rumah ais yang cair dulu." Kata Mamat.
Ketika mereka melalui sebuah jalan yang sisi kanan dan kiri mereka hanyalah hutan, tiba-tiba enjin motor Chris tersangkut-sangkut.
"Ehh ehh...ke...kenapa ni?." Soal Mamat.
"Haduh!! Enjin motor buat hal!! Hermm sangkut jugak kita kat tengah jalan ni." Kata Chris. Mereka berdua menuruni motor itu dan Chris cuba untuk menghidupkannya.
"Erhh...erhh!!."
"Boleh tak tu Chris?." Soal Mamat.
"Haih...tak boleh. Dah banyak kali aku start, tak boleh jugak." Kata Chris dan dia juga mula rasa berputus asa.
Bukan itu sahaja, sudah lah enjin motor buat hal, tiba-tiba Mamat merasakan ada seseorang menampar dia dengan kuat. Tamparan itu membuatkan Mamat tersentak sedikit.
"Aduh!! Wei Chris!! Kau tampar aku ke!!?." Soal Mamat sambil mengusap pipinya
"Apa mu cakap ni!? Aku mana ada tampar mu!." Kata Chris.
"Habis? Siapa yang tampar aku?." Soal Mamat.
Entah kenapa tiba-tiba kawasan yang mereka duduki itu menjadi seram sejuk. Sudahlah kiri dan kanan mereka adalah hutan sahaja. Lagipun tiada sesiapa yang melalui jalan yang mereka berdua gunakan itu.
"Wei Chris? Tengok tu!!." Sapa Mamat sambil menunding jari pada sebuah objek yang terapung di hujung jalan yang mereka lalui.
Objek itu kelihatan dari jauh berdiri tegak tetapi tidak menjejak kaki ke tanah. Bukan itu sahaja, benda itu juga turut menuju ke arah mereka.
"WEI CHRIS!!! CEPAT HIDUPKAN ENJIN NI!!!." Arah Mamat dengan nada yang ketakutan.
"Ya Allah...tolonglah kami ya Allah." Bisik Chris dengan nada yang penuh berharap agar enjin motornya itu kembali hidup.
Setelah banyak kali mencuba, akhirnya motor mereka kembali berfungsi. Chris dan Mamat tanpa membuang masa masuk gear dan terus memecut meninggalkan jalan itu.
Sejak dari kejadian itu, mereka sanggup melalui jalan yang jauh agar mereka tidak lagi menjejakkan kaki ke jalan itu.
P/s. Dah lama jugak Author tak ke sini. Btw semoga terhibur dengan cerita yang saya buat.✨
Lagi satu, rindunya nak balik ke kampung halaman...ಥ‿ಥ
YOU ARE READING
EJEN ALI RANDOM STORY
Fanfiction"Din Dong, ku datang padamu, mu boleh sembunyi, tapi gak bisa lari dariku.." Di atas muka bumi ini, bukan sahaja manusia yang tinggal. Ada lagi makhluk yang turut menetap di atas muka bumi Allah SWT ini. Himpunan cerita seram versi ejen ali dari say...