Pada hari sabtu yang lepas, Rudy menyertai acara mendaki bukit 300 di Teluk Batik, Lumut. Acara tersebut disertai seramai 50 orang. Dia menyertai pun atas sebab bapanya yang turut mengambil tempat dalam pendakian itu.
Mereka memulakan acara. Ada yang sudah berada di tengah puncak, ada yang baru sahaja di bawah kaki bukit.
Rudy dalam hatinya ingin menunjukkan ketangkasan dan kegagahannya dalam pendakian tersebut. Dia pun mendaki bukit itu dengan pantas sehingga meninggalkan yang lain di belakang termasuklah bapanya.
Semasa di pertengahan puncak, Rudy berhenti dan berehat di sebuah anak sungai yang bersebelahan dengan jalan yang dibuat untuk para pendaki. Lelaki itu duduk santai di atas sebuah batu pada sungai tersebut.
Ketika sedang berehat, Rudy ternampak ada seorang pemuda yang berjubah dan berkopiah warna putih serta berkain rida di bahu sedang melalui di sebuah kawasan yang tidak jauh dari anak sungai itu. Pemuda itu juga turut memegang senaskah Al-Quran di tangannya.
Rudy berasak hairan dengan pemuda itu. Takkanlah di atas bukit ini ada perkampungan kecil? Untuk mengetahui dengan lebih terperinci, Rudy mengikuti pemuda tersebut tanpa dikesan.
Apabila tiba di sebuah kawasan, Rudy menyorok di balik sebatang pokok yang besar dan mengintai perbuatan pemuda itu. Dia juga amat terkejut kerana melihat ada sebuah surau dan turut dipenuhi dengan jemaah dan pelajar yang lain. Kesemuanya berpakaian serba putih seperti pemuda yang dia nampak tadi.
Turut kedengaran juga bunyi laungan azan dikumandangkan di surau itu. Jemaah di sana segera masuk ke surau untuk melakukan solat fardu berjemaah.
Rudy melihat jam di tangan. Jam menunjukkan baru pukul 10.00 pagi. Waktu Zohor masuk pada pukul 1.30 tengah hari.
Dia dengan berasa pelik dan tak sedap hati terus meninggalkan kawasan tersebut.
Namun lain pulak jadinya bila hendak pulang ke tempat mana dia berada, tiba-tiba Rudy hilang arah. Dia juga rasakan jalan yang dia guna itu hilang.
Rudy mula panik dan rasa gelisah. Peluh mula membasahi dahinya. Dalam hatinya juga turut berharap pada Allah SWT agar dia dapat jumpa jalan keluar.
"Assalamualaikum saudara". Sapa seseorang. Rudy terus memusingkan badannya ke belakang. Ternyata ia adalah seorang pemuda yang berjubah putih itu yang menegurnya.
"Wa... waalaikumussalam...". Ucap Rudy dengan nada menggeletar.
"Siapa saudara ini? Apa kamu buat di sini?". Soal pemuda itu sambil memperbetulkan ridanya di bahu.
"S...sa...saya nak...nak cari jalan...ke...keluar. Ta...tapi tak jumpa-jumpa". Ujar Rudy dan dirinya masih diselebungi dengan ketakutan.
"Hmmm kamu ikut sini, insyaallah kamu akan jumpa jalan keluar". Kata pemuda itu sambil menunding jari pada sebuah tempat dalam hutan tersebut.
Rudy akur dan dia terus meninggalkan tempat itu. Segala puji bagi Allah, lelaki itu akhirnya menjumpai anak sungai dan batu di mana dia duduk santai tadi.
"Rudy! Apa kamu buat kat situ!?". Sahut bapanya yang baru sampai di tengah puncak.
"Erhh jap ayah! Rudy saja-saja tengok kawasan anak sungai ni". Balas Rudy dengan nada gembira yang palsu. Mereka meneruskan pendakian.
P/s. Di dalam dunia ini, jangan lupa ye. Bukan manusia sahaja ada di atas muka bumi ini. Makhluk lain seperti jin, syaitan turut ada di sekeliling kita.
Jin pula ada dua jenis (macam kita jugak lah). Ada yang Islam dan ada yang kafir. Mereka hidup macam biasa, ada yang kerja, ada yang berkeluarga.
YOU ARE READING
EJEN ALI RANDOM STORY
Fanfiction"Din Dong, ku datang padamu, mu boleh sembunyi, tapi gak bisa lari dariku.." Di atas muka bumi ini, bukan sahaja manusia yang tinggal. Ada lagi makhluk yang turut menetap di atas muka bumi Allah SWT ini. Himpunan cerita seram versi ejen ali dari say...