Selepas menikmati percutian tiga hari dua malam di Johor Bahru, Dr Ghazali pulang ke ibu kota iaitu Cyberaya. Anaknya juga iaitu Ali turut mengikutinya dalam percutian tersebut.
Mereka bertolak selepas Isyak. Fikirkan Dr Ghazali jikalau ikut jalan lebuhraya utara-selatan sekarang, didapati lebuhraya itu tengah mengalami kesesakan sekarang.
"Haih, dah malam-malam cam ni pun jem jugak ke jalan tu". Gumam Dr Ghazali dengan nada hampa.
"Jadi ayah nak ikut mana?". Soal Ali.
"Hmmm ikut jalan Karak lah, cepat sikit sampai KL". Kata bapanya.
"Ayah...ayah tau tak jalan tu banyak kes yang orang kena kacau dengan Volkswagen kuning yg takde pemandu". Kata anaknya.
"Alaaa itu semua ngarut je tu. Takde papelah". Balas bapanya selamba.
Kereta yang dipandu oleh Dr Ghazali memecut laju memasuki ke lebuhraya Karak. Jam menunjukkan pukul 11.10 malam, keadaan lebuhraya amat lenggang.
"Haaa kan aman bawak kereta macam ni". Gumam Dr Ghazali di dalam hati. Manakala Ali pula sudah terlelap dibuai mimpi.
Lama-kelamaan, satu kereta pun tidak melalui lebuhraya itu. Hanya kereta Dr Ghazali sahaja yang melalui laluan itu. Hati lelaki tersebut bertambah gembira dan tenang dengan suasana lebuhraya Karak.
"Haaaa...sedap mata aku tengok jalan depan aku". Kata Dr Ghazali.
Lalu, ada sebuah cahaya kereta menyuluh ke arah cermin pandang belakang keretanya. Dr Ghazali terkejut juga dengan kemunculan cahaya tersebut.
Bukan itu sahaja, kereta itu turut membunyikan hon pada kereta Dr Ghazali. Lelaki itu membuka tingkap dan memberi isyarat tangan agar kereta itu bergerak melepasi keretanya. Sebuah kereta jenis Volkswagen kuning memotong kereta Dr Ghazali.
"Haahhh...apahal lah dengan kereta tu". Gumamnya dan dia menyambung pemanduan.
Apabila melalui sebuah jalan, sekali lagi Dr Ghazali dikejutkan dengan cahaya kereta yang sama memantulkan cahaya ke arah cermin belakang kereta lelaki itu.
"Ehh!? Tu kereta tadi!?".
Dr Ghazali mula berada hairan. Tidak silap dia baharu sahaja melihat kereta itu memotongnya tadi.
Macam biasa, kereta itu terus membunyikan honnya ke arah kereta lelaki itu. Dr Ghazali berasa berang dengan tindakan biadap tersebut. Sebagai balasan, dia hanya memperdulikan kereta Volkswagen tersebut.
Kereta itu mula bergerak dan menyebelahi dengan kereta Dr Ghazali. Lelaki itu menoleh ke arah kanan kereta itu.
Dia amat terkejut dan mula rasa seram. Tempat pemandu pada kereta itu kosong! Dalamannya pula gelap gelita.
Paling menyeramkan, Dr Ghazali melihat di tempat duduk belakang kereta kuning itu, terdapat seorang wanita berambut panjang dan berbaju putih lusuh sedang memerhatikannya secara tajam. Mukanya juga amat hodoh.
"Erhh ayah...dah sampai...ehhh ayah!!!! Jaga!!!". Ali yang baru bangun dari tidur amat terkejut bila melihat ada seorang budak lelaki berdiri di tengah jalan.
"ALLAHUAKBAR!!!". Ucap Dr Ghazali. Kakinya pantas menekan brek kereta.
Alhamdulillah. Dr Ghazali berjaya mengawal keretanya daripada terlanggar penghadang jalanraya. Kalau tidak, kereta yang dipandunya pasti terjatuh di dalam gaung.
"Haaa...haaa...haaa Ali ok ke!?". Soal Dr Ghazali dengan nada kerisauan.
"Erhhh Ali ok je". Balas anaknya. Ali menyentuh kepalanya, terdapat cecair warna merah iaitu darah meleleh di kepalanya. Semasa ayahnya melakukan brek secara mengejut, kepala Ali terhentak di cermin. Ia juga meninggalkan kesan retak.
"Sstt ayah...kepala Ali berdarah". Kata Ali sambil menyentuh kepalanya.
"Haa jap², ayah nak cari kalau ada R&R terdekat". Kata Dr Ghazali dan dia meneruskan perjalanan. Manakala Ali pula mengambil beberapa helai tisu demi menghalang pendarahan di kepalanya.
YOU ARE READING
EJEN ALI RANDOM STORY
Fanfiction"Din Dong, ku datang padamu, mu boleh sembunyi, tapi gak bisa lari dariku.." Di atas muka bumi ini, bukan sahaja manusia yang tinggal. Ada lagi makhluk yang turut menetap di atas muka bumi Allah SWT ini. Himpunan cerita seram versi ejen ali dari say...