2.Tingkat 20

299 22 3
                                    

Hujung minggu yang lalu, Jet menemani Rudy melawat rumah saudaranya di Flat Indah Permai di Ampang. (Rekaan je).

Mereka saling berborak dan bercerita tentang kerja mereka, apa yang ingin mereka lakukan lepas habis SPM nanti.

Mereka juga turut bercerita tentang kisah yang paling seram berkaitan dengan rumah flat di mana saudara Rudy tinggal. Dikatakan terdapat sebuah tingkat paling keras dan sering terjadi benda-benda aneh iaitu di tingkat 20 Flat Indah Permai.

Orang-orang yang menetap di flat itu juga menceritakan pada saudara Rudy bahawa 10 tahun yang lepas, pernah berlaku kes bunuh diri di tingkat 20 tersebut iaitu seorang wanita menggantung dirinya di sebuah rumah kosong yang terdapat di tingkat tersebut. Wanita itu membunuh dirinya kerana stress dengan kehilangan kerja dan suaminya juga turut meninggalkan dia. Jadi dia mengambil keputusan untuk bunuh diri. Notis amaran juga turut ditampal di lift flat itu agar masyarakat dilarang menuju ke tingkat tersebut lagi-lagi waktu malam.

Sebelum pulang, Rudy mengajak Jet untuk menuju ke tingkat 20 Flat tersebut. Rudy ingin merasai keseraman di kawasan itu.

"Wei, jom kita pergi ke tingkat 20. Manalah tau boleh jumpa benda tu ke".

"Kau gila ke, kan sedara kau dah cakap jangan pergi sana". Bantah Jet.

"Alaaa kau ni...lek lah, takde pape jadi punyalah. Lagipun kau ingat aku akan percaya cerita karut-marut sedara aku tu? Kalau hantu tu muncul pun aku takkan goyang". Ujar Rudy sambil memberi riak wajah yang berlagak.

"Hermmm...kau cakap di mulut je...nanti jumpa depan mata kita tengok. Siapa yang lari dulu". Kata Jet.

Mereka berdua menaiki sebuah lift dan menuju ke tingkat 20 flat itu. Setibanya di sana, pintu lift mula terbuka.

Keadaan di kawasan tingkat tersebut memang sunyi dan tiada sesiapa yang menetap di rumah yang berada di tingkat itu. Koridor tingkat itu juga turut dipasang oleh lampu.

"Wooo...syeram nih". Gumam Rudy. Tangannya mula memegang telefon sambil menghidupkan rakaman.

Mereka berdua mula berjalan di koridor belah kanan. Tiga minit mereka berjalan, namun masih tiada apa-apa.

"Wei, jom lah Cau dari sini. Aku tengah seram ni". Kata Jet dengan nada kerisauan.

"Hish sabarlah! Awal lagi kan". Balas Rudy pula.

KTANG!!!!

Tiba-tiba, mereka mendengar bunyi rod besi jatuh di lantai. Ia datang dari sebuah rumah yang terletak di hujung koridor tersebut. Rudy terus berlari menuju ke rumah tersebut.

"Wei tunggu lah aku!". Sahut Jet.

Rudy mula membuka pintu rumah itu. Ia tidak berkunci, lelaki itu mula menghidupkan lampu suluh telefonnya sambil merakam dalaman rumah itu.

"Huish bersepah jugak, betul takde sesiapa duduk kat tingkat ni". Gumam Rudy.

BOOM!!!

Pintu rumah itu tiba-tiba tertutup dengan sendiri. Rudy dan Jet amat terkejut dan mereka menoleh ke belakang di depan pintu itu.

"Wei siapa tutup tu!?". Soal Jet dan dia mula ketakutan. Badannya mula seram sejuk.

"Hoi kalau kau berani tunjuk muka kau sekarang!". Sahut Rudy.

"Hoi! Jangan cabar! Nanti dia muncul macam...".

HUUU~~~~

Belum sempat Jet ingin menghabiskan kata-katanya, tiba-tiba mereka terdengar bunyi suara seorang wanita di dalam sebuah bilik yang pintunya terbuka luas.

Mereka berdua menoleh ke arah bilik itu. Mereka melihat ada seorang wanita sedang tergantung di sebuah siling bilik tersebut. Rambutnya juga amat panjang sehingga menutupi mukanya.

"ARHHHH!!!!". Mereka berdua menjerit ketakutan lalu melarikan diri ke pintu keluar. Namun pintu itu terkunci.

"PINTU KUNCI WEI!!!". Teriak Jet sambil cuba membuka pintu keluar.

"BUKAKLAH GILA!!!". Bentak Rudy dalam keadaan ketakutan.

Lembaga itu mula keluar dari bilik tersebut. Tubuh badannya langsung tidak menjejak tanah. Lembaga itu terapung menuju ke arah mereka.

"CEPATLAH BUKAK!!!". Jerit Rudy.

Akhirnya Jet berjaya membuka pintu tersebut. Mereka berdua segera melarikan diri ke lift.

Sejak dari itu, Rudy mengalami demam selama seminggu. Lelaki itu juga turut bertekat agar dia tidak lagi ke Flat Indah Permai lagi kerana trauma dengan kejadian yang berlaku terhadapnya.

EJEN ALI RANDOM STORYWhere stories live. Discover now