11.Lembaga

126 13 2
                                    

Ejen Gheeta sedang melakukan kerja-kerja yang perlu disiapkan. Setelah selesai, dia mengemas pejabat di dalam akedemi dan ingin pulang.

Dia menarik nafas lega kerana berjaya menyiapkan kerja di shif malam. Namun dia seorang sahaja di Akedemi tersebut. Semua ejen sudah pulang ke rumah.

Semasa dia ingin mematikan sistem lampu di bilik kawalan, dia terdengar bunyi barang jatuh di dalam sebuah stor simpanan alat untuk ejen Tekno.

Gadis India itu terkejut dan dia memberanikan diri untuk memeriksa stor itu. Lampu suluh turut bersedia di tangan.

"Erhhh hello? Siapa tu?". Sapa Gheeta. Tangannya menyuluh setiap penjuru bilik simpanan. Namun semua barang dan alatan dalam keadaan bersih dan tersusun.

Memandangkan tiada apa-apa yang berlaku, Gheeta bingkas meninggalkan tempat tersebut.

Ketika melalui sebuah koridor, ada susuk seekor makhluk berwarna hitam dan berbadan besar melintasi koridor yang dilalui oleh Ejen Gheeta. Makhluk itu empat meter jauh darinya. Ia juga menembusi dinding ke dinding lain.

Meremang bulu roma wanita itu bila melihat benda tersebut. Dia cepat-cepat berlari menuju ke pintu keluar akedemi. Pintu juga sempat dikunci dengan password MATA sebelum meninggalkan tempat itu.

Ejen Gheeta berlari menuju ke bullet train. Dia berjaya memasuki ke dalam pengangkutan itu, namun bila dia cuba untuk menutup pintu, ia tidak berfungsi.

Makhluk berbadan besar dan hitam itu dari jauh memerhatikan Gheeta. Ia juga turut menghampiri wanita itu.

"Cepatlah tutup!!!". Gumam Gheeta dengan nada ketakutan sambil jarinya menekan-nekan butang bullet train.

Lalu, pintu berjaya ditutup. Lift itu memulakan perjalanannya dan meninggalkan pulau Akedemi MATA.

Sejak kejadian itu, Ejen Gheeta mengalami trauma dan dia tidak mahu lagi bekerja di shif malam. Jeneral Rama hanya membenarkannya bekerja pada shif siang sahaja. Wanita itu juga mengalami fobia yang terlampau bila berada di akedemi.

EJEN ALI RANDOM STORYWhere stories live. Discover now