14.Phi Kong Koi

119 13 4
                                        

Di musim cuti ini, M.A.T.A bercadang untuk membawa semua ejen muda untuk mempelajari cara hidup di dalam hutan. Aktiviti ini bagus dilaksanakan agar mereka lebih memahami dan dapat bertahan hidup ketika berada di tengah hutan belantara.

"Baiklah, dengar sini. Sebelum saya melakukan aktiviti yang seterusnya, saya ingin membahagikan kumpulan dahulu." Ucap Jeneral Rama buat seluruh ejen muda.

"Khemah pertama. Ali, Khai, Rudy dan Chris." Ujar Jeneral Rama.

Manakala Ali pula terkejut dan terus ternganga luas. Sememangnya dia tidak suka dengan lelaki berambut landak itu.

"Wutt!? Apahal saya kena duduk dengan Rudy pulak!?." Soal Ali dengan nada tak puas hati.

"DEY! Saya bagi arahan, kamu ikut!." Balas Jeneral Rama. Ali terus terdiam. Manakala Alicia pula mengerut dahinya. Menyampah dengan perangai Ali yang kebudak-budakan itu.

"Ceh! Siapa suruh melawan." Balas Rudy dengan sindiran.

"Apa kau cakap!?." Soal Ali seraya menggenggam penumbuk.

DUSH!!

Satu tumbukan terus dilepaskan pada bahu Ali.

"Kau ni, cuba jadi matang sikit!." Marah Alicia. Ali pula terus menyilangkan tangannya dan buat muka merajuk. Ini lagi membuatkan Alicia bertambah menyampah dengan perangai AliAli

***

Pada waktu malam, Ali dan kawan-kawannya yang lain sedang menikmati kehangatan kayu api di luar khemah. Mereka juga sedang rancak bersembang.

"Haaa...siapa nak dengar kisah aku ni?." Sapa Rudy.

"Haaa gapo dia Rudy? Citolah kat kitorang." Kata Chris. Semua sedang fokus untuk mendengar cerita Rudy, kecuali Ali yang sedang bermain telefon itu.

"Ehhh bagi balik lah!!." Kata Ali bila telefon dia dirampas oleh Rudy.

"Peraturan pertama, jangan ada aktiviti melibatkan gajet kat sini ye adik." Balas Rudy.

"Btw daripada kau layan benda tak berfaedah ni...baik hang dengar cerita aku je." Balas Rudy lagi. Ali pula mencebik bibirnya.

"Baiklah, korang tau tak siapakah Phi Kong Koi?." Soal Rudy. Semuanya hanya menggelengkan kepala sahaja.

"Ia adalah sosok hantu yang mempunyai satu kaki sahaja, ia akan melompat di tengah malam sambil berkata (Kong Koi). Dia sedang berlegar di tengah malam demi sesuap darah seseorang. Hahaha..." Ujar Rudy sambil membuat nada yang seram.

Semua yang mendengar kisah Rudy itu berasa seram. Kecuali Ali, dia hanya menguap sahaja bila mendengar cerita Ali.

"Huwarghh...ermm aku nak buang air kejap." Pinta Ali.

"Hati-hati Ali...manalah tau dia akan..

"Ye ye ye, aku malas nak dengar kisah karut kau tu." Balas Ali dan dia terus meninggalkan mereka.

Ketika itu, dia bukannya nak buang air. Ali sedang berdiri di sebelah pokok yang besar dan di hadapannya ada sebatang sungai.

"Haih tenang hati aku bila duduk sini. Malaslah aku nak lepak dengan geng karut tu." Gumam Ali.

Ketika Ali sedang menikmati pemandangan sungai, tiba-tiba dia melihat ada sosok sedang berdiri di hujung sungai. Ali melihat sosok itu bewarna putih dan rambutnya panjang serta hitam.

"Haih...ini mesti plan Rudy nak takutkan aku. Kau tak payahlah nak buat prank bodoh kau tu!." Sahut Ali. Namun sosok itu masih berdiri tanpa memberikan sebarang ucapan.

"Hoi Rudy! Kau tak payahlah nak acah-acah jadi hantu kat situ!." Sahut Ali lagi.

"Kong Koi~~"

Balas makhluk tersebut. Bukan itu sahaja, makhluk itu turut menuju ke arah Ali. Bukannya dalam keadaan berjalan, tetapi melompat.

"Rudy! Kau jangan sampai aku bagi flying kick kat kau!." Balas Ali.

"Kong Koi~~." Kata makhluk itu dan lompatan dia semakin laju menuju ke arah Ali.

Tiba-tiba, bulu roma Ali menegak. Dia juga berasa seram sejuk.

"Wei! Jangan main-main lah!!." Sahut Ali. Akibat terlampau takut, Ali terus melarikan diri dari situ dan menuju ke arah kumpulannya.

"Haaa...haaa...haaa..."

"Haaa balik pun kau! Kau pergi mana lama sangat ni!? Kalau kau hilang aku yang kena sound dengan Jeneral Rama!." Marah Rudy.

"Haaa...haaa kau memang tak guna kan!." Bentak Ali tiba-tiba. Semua orang terkejut termasuklah Rudy.

"Apahal kau ni!? Tetiba je marah ni apahal?." Soal Rudy.

"Kau yang jadi hantu tu kan!? Tak payah nak tipu aku lah!." Soal Ali. Rudy berasa pelik, termasuklah yang lain.

"Apa kau merepek ni?." Soal Rudy.

"Aku tau! Kau lah hantu tu kan!?." Soal Ali lagi.

"Wei Ali, Rudy dari tadi kat sini jelah." Balas Khai.

"Haah, Rudy dari tadi kat sini je Ngan kitorang." Balas Chris pula.

Ali pula.....mula bertanya buat diri sendiri. Jadi siapa yang melompat ke arah dia tadi kalau bukan Rudy?

EJEN ALI RANDOM STORYCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang