7.Stor tingkat 3

225 9 0
                                        

Beberapa tahun yang lepas, Bulat mengalami sebuah pengalaman seram yang pernah berlaku pada dirinya semasa dia menetap di asrama kolej vokasional.

Pada waktu malam, ada sesetengah pelajar yang telah melelapkan matanya. Ada juga yang lepak di katil member mereka masing-masing. Manakala Bulat pula sedang leka bermain game di telefon.

Sedang leka bermain game, tiba-tiba perut Bulat terasa amat sakit. Dia bingkas keluar dari dorm lalu menuju ke sebuah tandas yang bersebelahan dengan dorm asramanya. Sebelum terlupa, dorm yang Bulat duduki adalah di tingkat dua.

Setelah selesai membuang hajat, dia ingin pulang ke bilik. Tiba-tiba, dia terdengar bunyi seseorang sedang menyeret kerusi di atas tingkat tiga.

Dari segi pengetahuan Bulat, di atas terdapat sebuah stor yang tidak digunakan dan dalamannya adalah kosong. Tetapi kenapa bunyi itu datang dari stor tersebut?.

Bulat berasa tidak sedap hati dan dia terus melarikan diri ke bilik asramanya.

EJEN ALI RANDOM STORYCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang