Setelah Ali selesai menjalankan misi menghalang Komeng dan konconya daripada mencuri barang milik Cyberaya, dia bingkas pulang ke rumah.
Jam menunjukkan pukul 1.00 pagi, inilah waktu yang paling lewat Ali pulang ke rumah. Pandai-pandailah dia akan berikan alasan pada bapanya. Dia juga harus segera pulang kerana hari juga hendak hujan.
Dia sempat menyinggah ke Zali Mart untuk membeli maggie cup berperisa asam laksa. Selepas itu, dia menyambung perjalanannya untuk pulang ke rumah.
Tiba-tiba, hujan mula turun dengan lebatnya. Ali berlari dengan pantas tetapi rumahnya masih jauh. Lalu dia ternampak sebuah tempat untuk menunggu bas. Ali berteduh buat sementara di tempat awam tersebut.
"Nampaknya...kena tunggu hujan reda jugalah jawabnya". Gumam Ali dengan nada hampa.
Sedang dia duduk termenung di stesen menunggu bas itu, kelihatan seorang wanita yang berpakaian serba putih turut berteduh di bawah tempat tersebut. Wanita itu juga duduk bersebelahan dengan Ali.
Setengah jam Ali duduk di bawah tempat itu, hujan masih tidak berhenti. Wanita itu juga dari tadi mendiamkan diri. Ali pun menyapa wanita tersebut.
"Ermm assalamualaikum cik". Sapa Ali.
"Waalaikumussalam nak". Balas wanita itu dengan nada sopan.
"Cik ni...tunggu siapa tengah-tengah malam ni?". Tanya Ali.
"Kak tengah tunggu suami dan anak akak ambil akak kak sini. Selalu akak datang sini sebab nak tunggu mereka lah". Ujar wanita tersebut namun wajahnya masih tertunduk menghadap lantai.
"Ouh macam tu. Ermm...selalu ke akak datang sini? Lagipun saya tak pernah nampak wajah akak kat sini". Kata Ali.
"Ye nak, akak selalu di sini untuk menunggu suami dan anak akak ke sini".
"Hmmm berapa lama akak tunggu diorang?". Soal Ali lagi.
"Lama jugak nak, sudah genap 10 tahun akak kat sini. Mereka tetap tak sambut kepulangan akak". Kata wanita tersebut dan nadanya mula bertukar kepada nada yang sedih.
Ali pula rasa tidak sedap hati. Tambahan pula suasana yang sejuk membuatkan Ali bertambah seram sejuk. Bulu romanya mula menegak.
"Ermm...baiklah Kak, saya balik dulu ye. Hujan pun dah berhenti ni. Semoga suami akak sampai dengan secepat mungkin". Ucap Ali dan dia mula melangkah untuk meninggalkan kawasan tersebut.
Namun wanita itu dengan pantas memegang pergelangan tangan kiri Ali dengan erat. Jejaka itu terkejut dengan tindakan wanita itu. Badannya mula menggigil ketakutan.
"Temanlah akak nak...". Rayu wanita tersebut. Dia mula menampakkan wajahnya untuk Ali.
Jejaka itu terkebil-kebil memandang wajah wanita itu. Wajahnya amat hodoh dan terdapat ulat belitung mengerumuni wajahnya juga.
Ali dengan sepenuh kudrat menarik tangan kirinya. Apabila dia berjaya terlepas dari genggaman wanita itu, Ali terus melarikan diri pulang ke rumahnya.
Beberapa hari kemudian, Ali menceritakan kisah seramnya itu kepada bapanya tentang wanita yang dia jumpai di stesen menunggu bas tersebut.
Bila Dr Ghazali mendengar seluruh kisah seram anaknya, dia pula menceritakan kisah wanita itu pada anaknya. Sepuluh tahun yang lepas, terdapat kes langgar lari di hadapan stesen bas tersebut. Seorang wanita mati dilanggar oleh sebuah kereta jenis Myvi di kawasan tersebut. Pada waktu pagi, barulah mayat wanita itu dibawa ke hospital.
YOU ARE READING
EJEN ALI RANDOM STORY
Fiksi Penggemar"Din Dong, ku datang padamu, mu boleh sembunyi, tapi gak bisa lari dariku.." Di atas muka bumi ini, bukan sahaja manusia yang tinggal. Ada lagi makhluk yang turut menetap di atas muka bumi Allah SWT ini. Himpunan cerita seram versi ejen ali dari say...