Semasa sesi cuti persekolahan yang lalu, Iman menghabiskan waktu percutiannya di kampung demi menghilangkan rasa stress yang telah tersimpan lama akibat tekanan di sekolah.
Gadis bertudung shawl kuning itu menikmati cutinya dengan menolong atok di dusun buah, menolong nenek memasak dan sebagainya.
Dalam berseronok menikmati percutian di kampung, Iman juga turut mengalami sebuah kisah seram yang tak pernah berlaku dalam dirinya.
Di waktu malam, Iman sering menghidu bau asap yang datang dari dapur. Rupanya atok sedang mengasap keris. Dia juga berasa hairan kerana atoknya juga sedang membacakan sesuatu. Namun Iman tidak ambil tahu hal tersebut dan dia terus menuju ke bilik untuk tidur.
Tengah malam, Iman rasa tidak boleh tidur. Lalu dia ingin ke dapur untuk meneguk segelas air kosong.
Bila dia ingin pulang ke bilik, dia melihat ada sesuatu yang melintas di hadapan bilik tidurnya. Iman meneliti objek itu. Ia adalah sebilah keris yang atoknya asapkan tadi.
Yang membuatkan Iman naik seram ialah keris tersebut dalam keadaan terapung bagaikan seseorang sedang memegang senjata tradisional itu.
Iman yang mula naik seram terus menuju ke bilik dan menyelimutkan dirinya.
Dia hanya menunjukkan riak wajah biasa sahaja semasa melalui di hadapan keris tersebut. Mujur senjata itu tidak menyerangnya.
Beberapa minggu kemudian, dia menceritakan kisah itu pada ibunya. Lalu ibunya menceritakan bahawa atok memang ada membela saka penjaga. Saka itu selalu pegang keris atok sebagai senjata untuk mengawal rumah dan ia tidak akan mencederakan orang yang dia kenal.
P/s. Peringatan buat semua, jangan cuba² nak bela saka ye. Itu adalah perbuatan syirik dan Allah pun dah pesan agar jangan kita berkawan dengan SYAITAN.
YOU ARE READING
EJEN ALI RANDOM STORY
Fanfiction"Din Dong, ku datang padamu, mu boleh sembunyi, tapi gak bisa lari dariku.." Di atas muka bumi ini, bukan sahaja manusia yang tinggal. Ada lagi makhluk yang turut menetap di atas muka bumi Allah SWT ini. Himpunan cerita seram versi ejen ali dari say...