Selepas Moon menjalani masa latihan dan kerja yang panjang di akedemi MATA, dia segera tukar sut ke baju biasa dan pulang ke rumahnya.
Jam menunjukkan pukul 9.00 malam, mujur ibunya pulang bekerja pada jam 11.00 malam.
Setibanya di rumah, dia bingkas menuju ke bilik dan ingin membersihkan dirinya terlebih dahulu. Selepas itu, dia tidak membuang masa dan segera menuju ke atas katil untuk tidur.
Moon cuba melelapkan matanya tetapi gagal. Dari tadi dia asyik memusingkan badannya kiri dan kanan.
"Arghh...apahal tak boleh tidur ni, tadi rasa ngantuk sangat. Bila dah baring tak boleh lelapkan mata pulak". Ngomel Moon.
Dia melihat waktu di telefonnya, jam menunjukkan pukul 10.00 malam. Moon pula baring dalam keadaan khayal dan masih susah untuk dia melelapkan matanya.
Lalu, fikirinya teringat akan cerita kawannya iaitu sebuah lagu yang boleh membuatkan seseorang terlelap iaitu Nina Bobo. Moon mula membuka lagu tersebut melalui telefonnya.
Lagu tersebut membuatkan kedua kelopak mata Moon terasa berat. Dirinya sedang menghayati lagu tersebut. Beberapa minit kemudian, Moon pun tertidur.
Baru beberapa minit terlelap, tiba-tiba Moon terasa ada tangan yang menyentuh bahunya. Dia berasa sedikit terkejut dengan sentuhan tersebut.
Bila Moon melihat bahunya, keseraman mula menyelebungi dirinya. Tangan itu berwarna hitam bagaikan rentung dan kukunya juga bewarna coklat kehitaman.
Bukan itu sahaja, beberapa juntai rambut tergantung di hadapan muka Moon juga. Gadis tersebut kaku tidak mampu untuk bergerak bagaikan badannya ditahan.
Moon rasa ingin melihat rupawan seseorang yang sedang berada di belakang badannya. Namun dia tidak terdaya untuk melakukan demikian kerana terlampau seram. Tangan itu juga sempat membelai rambut Moon.
Bukan itu sahaja, makhluk itu sempat menyanyikan lagu yang Moon pasang di telefonnya.