15.Akai-Kami-Aoi-Kami

185 9 0
                                        

"Cepat halang dia Iman!." Arah Rudy.

"HIYARGHH!!."

"ARGHH!!." Teriak si Komeng apabila motornya tumbang akibat terkena libasan daripada senjata Iman.

"Bagus Iman." Balas Rudy.

"Ermm... sama-sama." Balas Iman. Pipinya mula blush bila Rudy memujinya. Maklumlah, crush dia kan.

"Iman! Jom cepat ambik barang tu. Janganlah tersenyum je." Sapa Moon pula. Iman yang mengelamun tadi terus tersedar dan kembali pada misinya.

***

Selepas berjaya membawa barang tersebut kepada MATA, ejen-ejen muda boleh pulang ke rumah mereka.

"Ermm Rudy, saya nak cakap...terima kasih...kalau awak tak tolong tadi, tak taulah apa jadi dengan saya tadi." Ucap Iman kepada crush dia.

"Stt aduh..." Iman mengusap kakinya.

"Kaki awak...ok ke tu?." Soal Rudy dengan nada yang risau.

"Takpe, saya ok je. Saya...balik dulu ye. Assalamualaikum." Balas Iman sambil jalan tempang ke arah Moon.

"Haih macam tak ok je. Nak saya teman ke?." Pinta Rudy. Iman mula tergamam dengan pelawaan jejaka tersebut.

"Ehhh jangan nak mengada ye. Aku tau dia adalah crush kau...tapi tak elok kalau dan dia pulang sama-sama nanti. Boleh jadi fitnah." Bebel Moon.

"Dah lah Moon, kami balik dulu ye awak." Balas Iman. Rudy hanya mengangguk.

***

Ketika mereka singgah di sebuah mesin kedegang, mesin air lah. Iman meminta izin pada Moon untuk ke tandas buat sementara. Moon hanya mengangguk.

Setelah selesai, Iman ingin meninggalkan tandas awam itu. Dia sempat mencuci tangan di singki.

"Iman~~."

Tiba-tiba, kedengaran suara bisikan misteri memanggil namanya. Paling mengejutkan buat Iman, bisikan itu tau akan nama dia juga.

"Ehhh!? Siapa...siapa tu!?." Sapa Iman. Dia juga mula berasa seram. Ikutkan dia sorang sahaja di dalam tandas awam itu.

"Iman~~."

Sapa bisikan itu lagi. Iman juga merasakan bisikan itu datang dari tandas hujung. Dia memberanikan dirinya untuk memeriksa tandas itu.

"Moon? Awak ke tu?." Sapa Iman.

Tangannya mula memegang pada tombol pintu tandas tersebut. Ianya tidak berkunci, namun Iman memberanikan diri untuk membuka pintu itu secara penuh.

"Moon!."

Iman melihat tandas itu kosong sahaja, tiada seorang pun berada di dalam.

"Huh? Pelik?." Gumam Iman.

Baru sahaja Iman ingin melangkah meninggalkan tandas itu, badannya terus ditolak masuk ke dalam tandas itu. Pintunya juga tertutup dengan sendiri.

"Erhh!!! Hello!!! Erhh!! Apahal berkunci pintu ni!!!?." Gumam Imam dengan nada yang panik. Dia cuba membuka pintu itu tetapi gagal.

"Iman...

Sapa suara itu lagi. Iman mula berasa seram sejuk. Bulu romanya juga mula menegak.

"Pilihlah antara dua warna kertas itu." Arah bisikan misteri itu. Iman melihat di atas flush tandas itu ada sehelai kertas merah dan sehelai kertas baru.

Iman tak tau apa-apa terus memilih warna biru. Asalkan dia dapat keluar dari sini.

"SEKARANG! LEPASKAN AKU LAH!!." Teriak Iman.

"Pilihan yang bagus." Kata bisikan itu.

"ERMPH...uhuk!! Uhuk!!."

Tiba-tiba Iman merasakan ada cecair keluar dari mulut dia. Bila dia mencalit cecair itu dengan tangannya, dia melihat ia adalah cecair merah iaitu darahnya sendiri.

"Uhuk! Uhuk!!." Paling mengerikan, semakin banyak Iman memuntahkan darahnya sendiri melalui mulutnya. Dia juga melihat, lantai tandas hanya dibasahi dengan darahnya sahaja.

"IMAN!!! IMAN!!."

Lalu, kedengaran Moon menyapa dia. Dia melihat wanita bertudung shawl kuning itu sedang berdiri di dalam tandas hujung bagaikan patung.

"Iman!! Apahal kau ni!?." Sapa Moon lagi.

"Ehh M...Moon!." Iman terus tersedar dan dia melihat kawannya itu sedang berada di sebelahnya.

"Apahal kau lama sangat? Penat kaki aku berdiri tunggu kau sahaja!." Bebel Moon.

Iman pula terdiam, dia melihat tangannya kembali. Tiada langsung kesan darah. Lantai tandas juga bersih. Mulutnya juga tiada darah yang keluar.

"Iman? Kau ok ke ni?." Sapa Moon.

"Erhh jom! Aku nak balik cepat!." Balas Iman dan dia terus menarik tangan Moon dan meninggalkan tandas awak itu.

"Ehhh kau ni dah kenapa Iman!?." Soal Moon. Dia berasa hairan dengan perangai wanita itu.

P/s. Tandas adalah port setan lepak. Jadi bacalah "Aku berlindung dengan namamu Ya Allah dari gangguan syaitan yang direjam."

EJEN ALI RANDOM STORYCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang