Pada hari Sabtu, SMT Cyberaya mengadakan kem jati diri selama dua hari satu malam. Ali, Viktor, Alicia dan Mia menyertai kem tersebut.
Pelbagai aktiviti yang dilakukan sepanjang aktiviti tersebut berlangsung. Paling best iaitu di waktu malam, mereka bermain permainan mencipta sarang labah-labah gergasi, berlakon dan sebagainya.
Apabila masuk jam 12.00 malam, semua pelajar pun menuju ke kelas yang telah ditetapkan sebagai tempat tidur. Blok A merupakan tempat tidur lelaki manakala Blok B adalah tempat tidur perempuan.
Sebelum tidur, Alicia sempat menghidangkan Maggie cup untuk dia dan kawannya Mia.
"Wei aku nak cuci tangan jap, kau nak ikut tak?". Tanya Alicia.
"Tak, aku nak layan drama Korea aku. Kau pergi jelah". Balas Mia sambil menonton drama itu di telefonnya.
"Herm yelah".
Alicia terus menuju ke tandas yang terletak di blok B. Dikatakan terdapat banyak kisah seram yang terjadi dalam tandas itu. Namun Alicia meremehkan perkara tersebut.
Setelah dia mencuci tangannya, gadis itu pulang ke kelas. Namun terdetik di hatinya untuk mengetahui apakah yang seram di sebalik tandas ini. Dia mula mengeluarkan ayat-ayat yang mencabar makhluk tersebut.
"Hei hantu keluarlah. Kau ingat aku goyang ke?". Cabar Alicia. Namun masih tiada jawapan.
"Ceh, mesti hantu penakut. Chi sei!". Gumam Alicia dengan senyuman sinis. Ketika dia ingin keluar dari tandas itu, tiba-tiba pintu tertutup secara mengejut.
Alicia terkejut dan dia cuba membuka pintu itu tetapi berkunci. Banyak kali dia cuba untuk membukanya tetapi gagal. Hatinya mula rasa gementar.
"HOI BUKAKLAH PINTU HOI!!!". Teriak Alicia. Namun takde seorang pun yang berada di luar.
"Alicia~~".
Lalu ada sebuah suara misteri yang menegur nama gadis itu. Alicia memalingkan wajahnya pada arah setiap tandas tersebut.
"Hoi siapa tu?! Kau keluar lah!?". Gertak Alicia dengan nada ketakutan.
"Hehehehehe~~~".
Daripada suara yang menegur namanya, tiba-tiba suara itu mengilai pula dengan kuat. Alicia mula ketakutan dan tangannya dari tadi memulas tombol pintu tandas namun gagal untuk dibuka olehnya.
"Marilah ke sini Alicia~~".
"AAAAA!!!!!". Jerit Alicia. Kakinya ditarik dan dibawa masuk ke tandas hujung. Pintunya juga ditutup dengan sendiri.
Alicia terbaring di atas lantai tandas itu. Kedua kaki dan tangannya ditahan oleh tangan yang tidak tahu datang dari mana.
"Lepaskan akulah!!!". Jerit Alicia sambil meronta untuk dilepaskan.
"Alicia~~~".
Gadis itu mula kaku. Seekor makhluk berambut panjang menampakkan wajahnya di hadapan wajah Alicia. Wajah makhluk itu seinci dengan Alicia.
"AAAAA!!!!!". Jerit Alicia. Dia tidak mampu lagi untuk bergerak. Mampu untuk menjerit sahaja.
"Hahahahaha!!!". Makhluk itu menutupi muka Alicia dengan rambutnya. Gadis itu tidak tahu apa nasib yang akan menimpa dirinya.
Pada keesokan harinya, digemparkan bahawa Alicia dijumpai dalam keadaan tidak sedarkan diri di tandas hujung. Gadis itu segera dibawa ke bilik rawatan sekolah.
YOU ARE READING
EJEN ALI RANDOM STORY
Fiksi Penggemar"Din Dong, ku datang padamu, mu boleh sembunyi, tapi gak bisa lari dariku.." Di atas muka bumi ini, bukan sahaja manusia yang tinggal. Ada lagi makhluk yang turut menetap di atas muka bumi Allah SWT ini. Himpunan cerita seram versi ejen ali dari say...