Cinco dan Dos baru sahaja pulang setelah selesai membersihkan rumah baru buat Uno di Ampang. Ketika sedang melalui sebuah jalan berbukit, tiba-tiba enjin kereta yang mereka naiki mengalami masalah dan mati di tengah jalan.
"Haduh...buat hal lagi enjin kereta aku ni". Ngomel Dos dengan nada geram.
"Aku ingat kau dah pergi service kereta ni". Kata Cinco.
"Dah lah hari tu. Ni mesti jenis kedai kuat scam!". Bentak Dos.
"Dah-dah. Jom kita mintak bantuan kat orang sini je lah". Cadang Cinco
"Aku tengok, macam kawasan rumah banyak dah kena tinggal je".
"Alaaa check jelah dulu".
Mereka berdua keluar dari kereta dan menuju ke sebuah rumah banglo yang amat besar. Cinco menekan loceng yang terdapat di sisi pagar rumah banglo itu, namun tiada yang keluar.
"Hmmm takde yang keluar pun". Kata Dos.
"Hmmm jom masuk jelah ketuk pintu depan-depan". Kata Cinco. Dia membuka pagar rumah tersebut, ia tidak berkunci.
"Huish tak berkunci doh!". Kata Cinco.
"Ni mesti tuan rumah lupa nak kunci pagar ni. Cuai betul". Sindir Dos.
"Hish kau ni, apa sindir orang ni". Balas Cinco.
"Alaa gurau je". Balas Dos selamba. Mereka menuju ke pintu hadapan banglo tersebut.
Cinco mengetuk pintu rumah itu sebanyak tiga kali, namun tiada jawapan. Lalu, Cinco cuba untuk memulas tombol pintu pula, ternyata ia tidak berkunci.
"Wowowo, tak kunci lah pintu rumah dia". Kata Cinco.
"Haish ni mesti pemalas punya tuan rumah ni. Rumah tak berkunci, nanti kena masuk perompak macam mana". Kata Dos.
Bila mereka melihat dalaman rumah itu, ia sedikit gelap dan disamari cahaya lampu luar sahaja. Perabot-perabot rumah itu juga sudah ditutup dengan kain putih.
"Hmmm macam dah pindah je owner rumah ni". Kata Cinco.
"Apa lagi, jom cari barang sparepart. Dah tengah malam ni. Aku taknak duduk sini, karang ada yang muncul nanti". Kata Dos sambil membuat nada seram.
"Kau jangan macam²! Karang betul benda tu muncul macam mana!?". Bentak Cinco.
"Alaaa chill lah, bukan ada pape pun. Jom lah".
Mereka berdua mula memeriksa rumah banglo itu demi mencari sekotak sparepart untuk memperbaiki keretanya. Lalu, Dos menjumpainya di sebuah stor di tingkat dua.
"Jumpa. Dah jom belah". Kata Dos.
"Wei...aku rasa tak sedap hati lah". Kata Cinco dengan nada kerisauan.
"Wei kau relaks boleh tak!". Balas Dos.
Tiba-tiba, kedengaran bunyi suara seorang wanita bergema di tingkat dua itu. Suara itu amat menyeramkan. Lama kelamaan, suara itu macam makin dekat dengan mereka.
"Macam makin dekat je suara tu!?". Kata Cinco. Badannya mula menggeletar ketakutan.
"Dah dah jom!".
Mereka berdua melarikan diri sehingga tiba di pintu keluar. Dos cuba membukanya tetapi berkunci.
"Cepatlah!". Kata Cinco.
"Hish berkunci lah! Siapa bangang sangat pergi kunci pintu ni!?". Gertak Dos dan dia berpaling ke arah Cinco. Gadis berambut hitam purple gelap itu mula kaku bila melihat Cinco.
"Ka...kau kenapa ni? Wei! KAU JANGAN MACAM-MACAM!!!". Ketakutan Cinco semakin membuak-buak.
Lalu, gadis berambut perang itu merasakan ada sesuatu di bahunya. Dia memegang benda itu dengan tangannya. Ia rasa amat basah dan bila Cinco lihat tangannya, ia sudah dibasahi dengan darah.
Cinco secara perlahan kepalanya ke belakang. Ternyata ada sebuah kepala terapung dengan usus-usus dan organnya juga turut terapung.
"PENANGGAL!!!". Teriak Cinco.
Dos berusaha keras demi membuka pintu keluar dan akhirnya berjaya.
"Cepat lari Cinco!!". Kata Dos dan dia terus menarik tangan Cinco dan melarikan diri dari situ.
Sejak kejadian tersebut, Dos menceritakan apa yang berlaku terhadap mereka berdua pada Uno. Manakala Cinco pula mengalami demam panas selama seminggu dan badannya turut menjadi lemah bagaikan orang lumpuh. Mungkin kerana melihat penanggal secara depan mata.
P/s. Biasalah, siapa tak seram kalau tiba-tiba depan mata benda tu ada kat kita. Korang? Seram?
Btw Don't be scare. Allah is Almighty.
YOU ARE READING
EJEN ALI RANDOM STORY
Fanfic"Din Dong, ku datang padamu, mu boleh sembunyi, tapi gak bisa lari dariku.." Di atas muka bumi ini, bukan sahaja manusia yang tinggal. Ada lagi makhluk yang turut menetap di atas muka bumi Allah SWT ini. Himpunan cerita seram versi ejen ali dari say...