Ketika Iman sedang lepak bersama dengan kawan-kawannya di ruangan utama Akedemi MATA, masing-masing menceritakan kisah silam indah mereka.
"Hahaha, lawak betul lah kisah kau Khai! Hahaha." Kata Moon dengan tawa yang terbahak-bahak. Manakala Iman pula tertawa sopan sahaja.
"Haaa Iman, kau takde ke kisah yang nak diceritakan pada kitorang?." Soal Khai.
"Ermm...ada je. Tapi bukan cerita lawak lah. Tapi cerita seram." Kata Iman.
"Huish, macam best je. Cerita lah kat kitorang." Kata Moon.
"Baiklah, cerita dia bermula macam ni." Iman pun memulakan ceritanya.
***
Pada beberapa tahun yang lepas, Iman menetap di rumah ibu saudaranya buat sementara. Ini kerana kedua ibu dan ayahnya pergi ke luar negeri atas sebab kerja.
Bukan itu sahaja, rumah yang diduduki oleh ibu saudara Iman juga adalah kawasan kampung. Tapi Iman tidak kisah dan dia amat menyukainya kerana bila menjelma waktu malam pula akan menjadi sejuk suasana rumah.
"Iman, tadi mak lang dapat call dari ibu kamu. Esok dia dah habis kerja, jadi kamu bolehlah kemas siap-siap untuk malam ni." Kata ibu saudaranya.
"Baiklah mak lang." Balas Iman. Dia segera menuju ke bilik dan mempersiapkan begnya.
Pada jam 12.00 malam, Iman leka menonton movie melalui telefonnya. Tambahan pula, hari juga hujan di luar rumah.
"Haaa...dahaga lah pulak." Gumam Iman dan dia segera ke dapur demi mendapatkan segelas air suam.
Setelah dia selesai, dia ingin pulang ke biliknya. Tetapi, ada sesuatu yang membuatkan Iman membatalkan hasratnya untuk pulang ke bilik.
KREK~~ KREK~~
"Ehh!? Siapa...siapa yang cakar pintu rumah malam-malam ni?." Gumam Iman.
Pada masa itu, dia mendengar suara sesuatu yang mencakar pintu belakang rumahnya.
Ini membuatkan Iman berasa hairan dan dalam pada masa yang sama, bulu romanya mula menegak. Ikutkan belakang rumahnya adalah ladang sawit sahaja, tiada benda lain dah.
Nak katakan binatang buas tidak juga. Sebab belakang rumah dia turut dipasang pagar agar babi hutan tidak menceroboh masuk.
Kerana sifat ingin tahu, Iman memberanikan dirinya mengintai di tingkap dapur untuk memeriksa, siapakah yang mencakar pintu rumahnya.
Pada masa itu Iman hanya melihat tiada sesiapa pun melainkan keadaan ladang sawit yang gelap sahaja.
"Hmmm takde sesiapa...ehh!?."
Tiba-tiba Iman kaku seluruh badan. Dia melihat ada sosok tubuh sedang berdiri di sisi sebatang pokok sawit. Ia berwarna putih.
Bila Iman perhatikan betul-betul, sosok itu keadaannya bagai dibungkus dengan kain kafan. Baru Iman faham bahawa benda yang dia lihat itu adalah seekor pocong.
Tanpa membuang masa, Iman segera ke biliknya dan terus menyelimutkan diri. Mulutnya juga tidak lekang membaca ayat kursi dan hatinya berharap agar Allah melindungi dirinya.
***
"Jadi? Benda tu ada lagi ke?." Soal Moon.
"Tak, esok pagi aku tengok benda tu hilang. Bukan tu je, bila aku cek pintu rumah, takde langsung kesan dicakar." Ujar Iman.
![](https://img.wattpad.com/cover/262779454-288-k942633.jpg)
YOU ARE READING
EJEN ALI RANDOM STORY
Fiksi Penggemar"Din Dong, ku datang padamu, mu boleh sembunyi, tapi gak bisa lari dariku.." Di atas muka bumi ini, bukan sahaja manusia yang tinggal. Ada lagi makhluk yang turut menetap di atas muka bumi Allah SWT ini. Himpunan cerita seram versi ejen ali dari say...