P

79 16 5
                                    

Sejak kecil lagi,Ratna sudah gemar menulis cerita . Meskipun,dia ialah seorang kanak-kanak yang normal namun dalam fikirannya,dia mempunyai pelbagai imaginasi yang orang lain tidak mampu miliki.  

Siapa sangka,pada awalnya menulis cerita hanyalah sekadar hobi akhirnya,kini menjadi impian si gadis yang kini sudah berusia 17 tahun.
Buku nota kecil dan sebatang pen miliknya akan sentiasa di bawa ke mana sahaja. Setiap perkara yang biasa dilihat oleh manusia lain seperti sinaran cahaya matahari, pejalan kaki, asap kenderaan mahupun titisan hujan, akan kelihatan 'luar biasa' dan istimewa di mata Ratna.

Setiap benda yang ada di dunia ini, mempunyai kisah yang Ratna mampu 'ceritakan'. Gadis itu sememangnya kurang bijak di sekolah. Namun,dalam penulisan, dia adalah yang paling berbakat.Sikap rendah hatinya dan sentiasa memberikan semangat itu,disegani oleh orang sekeliling. Meskipun begitu, 'tidak semua orang' mampu melihat bakat yang ada pada Ratna.

Setiap hari,gadis kecil itu berjuang sendirian untuk mencapai impian menjadi seorang penulis. Setiap cerita,setiap puisi sudah ditulisnya. Tapi,kadang ia tidak membuahkan hasil. Bakatnya kadang di sia-siakan.
Memang bakatnya jauh terpendam,luas terbentang tapi sayang,Ratna tidak pernah pergi dengan lebih jauh. Dia hanya akan tersekat dan kekal di tempat yang sama di mana dia bermula.

☆☆☆☆☆☆☆✒☆☆☆☆☆☆☆

"Layakkah aku menjadi seorang penulis?. Pelik,ini adalah impian aku. Adakah impian aku sendiri menolak kehadiran aku?". Bisik hati Ratna yang sedang berasa sedih dan kecewa kerana walaupun sudah berkali-kali dia berusaha,tetap saja tidak membuahkan hasil.

"Ratna?". Panggil Puan Nirmala yang dari tadi sedang melihat Ratna termenung sendirian di ruang tamu.
"Kamu ada apa-apa masalah ke?". Tanya Puan Nirmala lalu mengusap lembut kepala Ratna.
"Ini tentang nak jadi penulis ye?". Puan Nirmala menginginkan kepastian. Ratna hanya mengangguk perlahan.

Puan Nirmala terus ketawa kecil lalu memeluk erat anaknya itu.
"Tak ada apalah. Teruskan usaha kamu. Ibu pasti kamu akan menjadi seorang penulis yang berjaya. Kamu seorang yang tidak berputus asa,Ratna. Kamu sangat kuat". Pesan Puan Nirmala.
"Terima kasih ibu". Ucap Ratna sambil tersenyum.

Encik Mega,ayah kepada Ratna yang baru sahaja pulang daripada kebun itu terus mencelah
"Kalau kamu dah tahu yang kamu tak layak jadi penulis,kenapa berusaha lagi?. Belajarlah rajin-rajin pula dan dapatkan kerja yang bagus. Menulis bukannya boleh dapat duit pun". Tegas Encik Mega lalu menghirup secawan kopi yang sudah tersedia di atas meja.

"Bukan mudah nak jadi penulis. Kalau kamu dah tahu yang kamu tak layak. . .berhentilah". Tambah beliau lagi lalu segera masuk ke dalam bilik untuk merehatkan diri.
Senyuman yang terukir pada bibir Ratna terus hilang.

"Ayah memang tak pernah nak bagi kata-kata semangat pada Ratna". Luah Ratna pada ibunya.
"Tak apa. Ibukan ada?. Ibu akan sentiasa sokong Ratna!". Balas Puan Nirmala.

Puan Nirmala kemudiannya sambung mengemas rumah pula lalu beliau pun masuk ke dalam bilik tidur dan terlihat Encik Mega sudah berbaring di atas katil.

"Abang, tak bolehkah abang bagi sikit sokongan pada Ratna?. Susah sangat ke?". Puan Nirmala berasa agak marah dengan suaminya itu kerana sentiasa mencemuh impian Ratna.
"Saya buat apa yang patut!". Balas Encik Mega.

"Apa yang patut!?". Hairan Puan Nirmala. Encik Mega terus bertukar ke posisi duduk lalu mendekatkan wajah beliau pada isterinya.
"Awak pun. . .ragu-ragu dengan bakat Ratna. Awak pun tak nak dia terus berusaha untuk capai impian yang sia-sia tu. Saya kenal awak,Nirmala. Saya tahu awak pun sebenarnya tak nak Ratna jadi penulis. Cakap sahajalah benda yang benar daripada terus menipu". Jelas Encik Mega.

YAZARIYIM (akan disunting)Where stories live. Discover now