Sebaik sahaja, Encik Mega menerima pesanan suara daripada anaknya iaitu Ratna, Encik Mega terus segera menempah tiket bas menuju ke Kuala Lumpur. Puan Nirmala,turut tahu tentang hal tersebut namun, wanita tua itu hanya mampu mendiamkan dirinya,berkurung di dalam bilik dan menangis melihat keadaan anak tunggalnya itu yang berusaha untuk mencapai impian.
Encik Mega terus bergerak ke Kuala Lumpur dan menempah tiket pergi dan balik. Beliau bertekad untuk membawa anaknya pulang. Tiba sahaja di sana, Encik Mega sudah berada di depan rumah sewa Ratna. Perkara menjadi lebih mudah apabila Lan banyak membantu beliau.
Banyak kali juga Encik Mega memberi salam dan banyak kali itu jugalah ucapan salam beliau tidak dibalas. Menyedari bahawa tiada sesiapa yang berada di rumah, Encik Mega pun pergi ke Restoran Kasim di mana anaknya sedang bekerja. Beliau masuk ke dalam Restoran. Perkara pertama yang beliau lihat ialah anaknya sedang mengutip pinggan demi pinggan menggunakan dulang dari setiap meja ke meja.
Dari raut wajah anak tunggalnya itu menunjukkan bahawa betapa penatnya dia. Sedang Ratna mengutip pinggan, dia terus melihat pintu masuk Restoran. Pada waktu itu,Ratna melihat sosok tubuh yang dia kenali. Perkara pertama yang Ratna lakukan apabila melihat ayahnya ialah melemparkan senyuman lalu sambung bekerja semula.
Encik Mega pula duduk di sebuah meja sambil melihat Ratna yang dari tadi 'bergerak' dan tidak 'berhenti'. Pelayan datang ke arah Encik Mega dan ingin mengambil pesanan beliau namun Encik Mega masih lagi melihat anaknya dan tidak menyedari akan keberadaan pelayan tersebut.
"Kalau Encik tak nak pesan apa-apa, Encik tak boleh duduk di sini". Kata Wafi. Namun, Encik Mega hanya mendiamkan dirinya dan masih lagi melihat anaknya itu.
Wafi terus mengeluh panjang lalu masuk ke ruangan kaunter.
"Lelaki tua tu tak nak pesan apa-apa...patut ke aku halau dia?. Tengok macam tak berduit". Wafi mengadu pada Qaisarah.Ratna yang sedang sibuk mencuci pinggan itu pun terus berhenti. Dia kemudiannya berjalan ke arah Wafi.
"Bagi je Kopi O panas, aku belanja". Ujar Ratna.
"Wah, nak belanja bagai. Cita rasa kau dengan lelaki tua eh?". Ejek Wafi.
"Taklah. Lelaki tua yang kau cakapkan tu ayah aku". Balas Ratna.Wafi terus terdiam. Qaisara pula ketawa perlahan lalu mula membancuh Kopi O Panas untuk Encik Mega. Ratna pula kemudiannya berjalan perlahan menuju ke meja ayahnya. Langkahan kakinya terasa agak berat. Sungguh susah sekali, Ratna mahu memandang mata ayahnya. Barangkali, dia risau ayahnya akan berasa kecewa terhadapnya kerana dia gagal menunjukkan 'kehidupan' yang lebih baik daripada yang sebelumnya.
"Ayah,minumlah dulu. Nanti, Ratna minta izin daripada bos untuk pulang awal". Kata Ratna. Encik Mega hanya membisu dan melihat saja anaknya itu.
"Ratna nak pergi sambung kerja". Kata Ratna sekali lagi lalu kembali ke ruangannya.Sejam kemudian. . .
"Ayah, dah selesai ke?. Kalau dah, jomlah kita balik". Kata Ratna.
Encik Mega hanya mengangguk perlahan lalu mengikuti anaknya itu. Mereka berdua berjalan pulang ke rumah. Encik Mega berada di belakang Ratna. Ratna pula berjalan di hadapan."Kamu memang sudah penat, tapi masih berpura-pura tiada apa-apa". Bisik hati Encik Mega sambil matanya memandang Ratna dengan sayu.
Setelah beberapa minit berjalan kaki,mereka berdua akhirnya tiba di rumah. Ratna menghidangkan Encik Mega beberapa potongan buah mangga.
"Ayah,makanlah. Maaf, itu je yang Ratna ada. Kalau ayah nak apa-apa, Ratna boleh belikan". Kata Ratna lalu melabuhkan punggungnya dan duduk di atas kerusi meja makan. Manakala, Encik Mega pula duduk secara berhadapan dengan Ratna.
"Rumah ini memang sesunyi ini ke?". Encik Mega akhirnya mula membuka mulutnya.
"Tak adalah. Tak adalah sunyi pun". Jawab Ratna.Ketika Encik Mega sedang menyuapkan potongan buah mangga ke dalam mulutnya,matanya secara tidak sengaja melirik ke arah tangan kiri Ratna. Kelihatan, tangan kiri anaknya itu mempunyai parut atau kelihatan lebih kepada lecuran kerana terkena api.
"Kenapa dengan tangan kamu?". Tanya Encik Mega dengan risau.
"Tak ada apa. Cuma, berlaku kemalangan kecil je di dapur. Lagipun,parut ni dah lama". Jelas Ratna.Keadaan kembali menjadi sunyi buat seketika.
☆☆☆☆☆☆☆✒☆☆☆☆☆☆☆
"Kamu penat bukan?. Kamu sudah berhenti berimpian?". Encik Mega memecahkan suasana sunyi tersebut.
Pertanyaan Encik Mega itu, membuatkan Ratna tersentak. Perlahan-lahan, Ratna mula menangis.Dia mula menangis sekuat hatinya. Meskipun, Ratna berusaha untuk tidak menangis dengan begitu kuat,melihat dari raut wajahnya sudah tahu yang dia dalam keadaan sedih.
"Ratna fikir, kalau Ratna mengalah, semuanya akan jadi lebih mudah. Tapi, tak sangka pula yang ia buatkan Ratna semakin menginginkannya. Rasa sakit sangat apabila melihat semua orang sedang berjaya mencapai impian masing-masing dan hanya Ratna sahaja yang masih dalam kesulitan. Sekarang, Ratna dah penat dan berputus asa, tapi dari lubuk hati Ratna, Ratna tidak mahu lagi berhenti, sebab. . . Ia adalah impian Ratna dan untuk berhenti daripada terus mencapainya, agak sukar". Luah Ratna.
Encik Mega rasa amat sedih melihat anaknya yang sentiasa bersemangat itu akhirnya kini, mula berasa penat dan ingin mengalah. Agak susah juga untuk Encik Mega memujuk anaknya.
"Ayah dapat tahu yang kamu makan sisa makanan orang. Tak baik, buat macam tu". Encik Mega agak marah.
"Ratna terdesak sangat. Demi jimatkan duit Ratna untuk terbitkan buku dengan sendiri, Ratna. . .jadi terlalu bodoh". Balas Ratna."Benda dah jadi. Kamu pun seharusnya jangan paksa diri. Ratna, kamu berhentilah bekerja dan pulang ke rumah. Ayah, akan tolong kamu". Kata Encik Mega.
"Ratna ni terlalu lemah ke sehingga perlu dapatkan bantuan daripada ayah?". Balas Ratna.
"Tidak Ratna. Orang yang berusaha keras pun mendapat bantuan melalui sokongan. Ayah nak sokong kamu. Sejak dari dulu lagi, kamu sudah berimpian, takkan kamu mahu berhenti di pertengahan?". Ujar Encik Mega.Ratna hanya menggangguk perlahan.
"Berhentilah bekerja,nak. Mari kita pulang". Kata Encik Mega.Tiga hari kemudian, barulah Ratna berhenti bekerja dan pulang ke rumahnya bersama-sama dengan ayahnya.
Mereka pulang ke rumah dengan menaiki bas. Ratna hanya termenung melihat ke luar tingkap dan berdiam diri. Manakala, Encik Mega pula memandang sayu anaknya itu.
"Ayah, Ratna minta maaf". Ucap Ratna.
"Untuk apa?". Hairan Encik Mega.
"Ratna beritahu ayah yang Ratna akan pulang ke rumah sebaik sahaja Ratna berjaya mencapai impian Ratna. Sekarang, tangan Ratna kosong. Ratna tak dapat nak bawa pulang apa-apa kejayaan". Jujur Ratna.Encik Mega melemparkan senyumannya lalu menggenggam tangan anak gadisnya itu.
"Tangan kamu tak kosong. Ibu dan ayah berbangga sebab kamu belajar berdikari dan menjadi matang dan kejayaan kamu ialah menjadi lebih tabah ketika rasa mengalah ingin mengawal kamu. Syabas. Kamu sudah bekerja keras". Balas Encik Mega.Perlahan-lahan, Ratna terus tersenyum sambil menitiskan air matanya.
"Terima kasih. Ratna fikir, Ratna dah gagal". Kata Ratna."Tak. Kamu sentiasa berjaya. Berjaya dalam mengharui kegagalan. Cuma, ayah silap dalam cara memberikan kamu semangat. Ayah terlalu kritik usaha kamu tapi sesungguhnya, kamu sebenarnya seorang yang berjaya. Jangan risau dan teruskan usaha". Balas Encik Mega.
"Kalau begitu, Ratna akan berusaha dengan lebih kuat lagi".
YOU ARE READING
YAZARIYIM (akan disunting)
Adventure•YAZARIYIM (AKU ADALAH SEORANG PENULIS)• Meskipun, pelbagai kesukaran yang harus dia hadapi,ia tidak menjadi penghalang buat Ratna untuk tetap berimpian menjadi seorang penulis.Walaupun,impiannya itu sering dicemuh oleh ayahnya,Mega. Manakala ibunya...