U

45 12 2
                                    

Meskipun begitu,Puan Nirmala tidak begitu setuju untuk melepaskan Ratna.
Bagi beliau,Ratna masih lagi anak kecil yang harus dijaga dan dibantu apabila membuat keputusan. Manakala,Encik Mega pula bersetuju dan dengan senang hati beliau akan menghantar satu-satunya anak gadisnya itu ke Kuala Lumpur.

"Betul ke abang nak hantar anak kita ke Kuala Lumpur?". Puan Nirmala berasa ragu-ragu.
"Kuala Lumpur tu bukannya bahaya pun dan hanya sebab Ratna tinggal di kawasan pendalaman,tak bermakna dia tak ada pengalaman. Ratna tu bukan lemah orangnya". Jelas Encik Mega.

"Mana awak tahu dia tak lemah?. Setiap hari awak asyik cemuh impian dia nak jadi penulis!". Marah Puan Nirmala.
"Saya tahulah. Saya ayah dia!". Balas Encik Mega.
"Saya tak kira. Saya nak juga anak kita tinggal di sini. Dia tak perlu nak pergi mana-mana. Saya akan jaga dia. Kalau dia nak kahwin pun,kahwin je dengan Lan". Puan Nirmala tetap berkeras.

"Awak biar betul?". Encik Mega seakan-akan tidak percaya dengan kata-kata isterinya itu.
"Habis awak ingat saya main-main?". Balas Puan Nirmala.
Tanpa disangka,Ratna mendengar kesemuanya.

"Kamu nak pergi mana Ratna?. Beg besar macam ni?". Risau Puan Nirmala.
"Lan dah bagi tahu yang Kasim terima Ratna bekerja. Lan cakap rumah dah disediakan cuma kena bayar sewa rumah juga". Jelas Ratna.

"Marilah,Ratna. Ayah hantarkan kamu". Kata Encik Mega. Ratna hanya mengangguk perlahan lalu menyalami tangan ibunya.
"Kamu mampu ke,Ratna?". Puan Nirmala menginginkan kepastian.
Ratna hanya mendiamkan dirinya dan hanya melemparkan senyuman sahaja.

Puan Nirmala terus terdiam. Ratna kemudiannya pergi meninggalkan rumah. Dia dihantar oleh Encik Mega di sebuah perhentian bas. Sebaik sahaja tiba di sana,Ratna kemudiannya menyalami tangan ayahnya.

"Jaga diri". Pesan Encik Mega.
Ratna hanya tersenyum palsu lalu segera menaiki bas yang membawa ke Kuala Lumpur.

Lambaian 'Selamat Tinggal' oleh Encik Mega tidak berhenti. Selagi,anak gadisnya itu memandangnya selagi itulah beliau terus- menerus memberikan lambaian sambil melemparkan senyuman.

Bas akhirnya mula bergerak. Perlahan-lahan,Encik Mega mula menghilang daripada pandangan Ratna. Ini adalah kali pertama,Ratna berjauhan hampir 5km dari kawasan perumahannya. Ratna mula berasa sedikit gelisah. Dari lubuk hatinya,ngin sahaja Ratna turun dari bas dan berpatah balik. Tapi,dia tetap yakinkan dirinya bahawa dia akan hidup dengan baik-baik sahaja di Kuala Lumpur.

☆☆☆☆☆☆✒☆☆☆☆☆☆☆

"Hidup,akan selalu begini bukan?. Kita takkan pernah tahu,bila kita akan tinggalkan rumah dan bila kita akan pulang ke rumah. Tapi,kadangkala. . .kita sebenarnya mungkin sedang mencari 'rumah'. Aku sudah pilih hala tujuan ini. Ketika kesemua kawan aku berjaya membawa diri ke Universiti, aku akan membawa diri ke Kuala Lumpur dan cuba membawa pulang kejayaan nanti". Bisik hati Ratna sambil termenung jauh melalui tingkap bas.

Bas yang dinaiki oleh Ratna akan berhenti ketika waktu makan. Kemudian, bas itu langsung kembali bergerak semula setelah semua penumpang selesai menjamu selera dan seumpanya.

Setelah memakan masa hampir 6 jam perjalanan, Ratna akhirnya tiba di sebuah stesen perhentian bas dan dia kini menjejakkan kakinya di Kuala Lumpur. Setibanya Ratna disana,dia disambut oleh Lan yang sudah menunggunya 30 minit lebih awal.

"Lan?". Terkejut Ratna.
Lan hanya melemparkan senyuman yang manis.
"Jom. Aku bawa kau balik rumah sewa dulu lepastu jumpa Kasim". Jelas Lan.
Ratna hanya mengangguk perlahan.
Lan kemudiannya membawa Ratna ke arah motorsikal miliknya.

"Kau biar betul? Takkan nak bawa aku naik motor?". Kata Ratna dengan nada yang menunjukkan bahawa dia berasa tidak selesa.
"Kenapa?. Motorsikal aku buruk eh?". Hairan Lan.
"Bukan masalah buruklah. Kau bukan abang aku". Jelas Ratna.

YAZARIYIM (akan disunting)Where stories live. Discover now