A

49 12 4
                                    

Ratna tergelincir dan tersungkur beberapa kali kerana tanah yang dipijaknya agak licin dan agak susah untuk berdiri dengan stabil akibat jalan tersebut dipenuhi dengan batuan kecil dan akar pokok yang tumbuh besar sehingga terkeluar sedikit dari dalam tanah.

Banyak kali dia terjatuh, banyak kali itu jugalah dia berdiri dan teruskan bergerak meskipun susah.

Encik Mega pula, sudah pandai memijak tanah yang dalam keadaan stabil, memandangkan beliau adalah seorang yang berpengalaman. Encik Mega melihat anak tunggalnya itu, menjerit beberapa kali menahan sakit kerana sering terjatuh. Beliau sudah menasihati anaknya untuk berehat namun Ratna tetap berdegil dan mahu meneruskan perjalanan. Apakah daya, Encik Mega hanya mampu akur kerana beliau tahu sekiranya Ratna sudah begitu nekad, Ratna akan berusaha sehabis baik.

"Kamu boleh ke ni?". Tanya Encik Mega dengan risau.
"Ya. Ratna boleh". Jawab Ratna sambil menahan sakit.
"Jangan paksa diri. Berehat,Ratna. BEREHAT!". Tegas Encik Mega.
"Ratna dan cakap,Ratna OK. Ratna boleh buat". Balas Ratna.

Encik Mega hanya menggeleng-gelengkan kepalanya sambil mengeluh panjang. Beliau jalan di belakang anaknya. Beliau sedih melihat Ratna.

"Kaki kamu kena berehat Ratna". Encik Mega bertegas sekali lagi.
Ratna tetap berdegil. Tiba-tiba, Ratna terjatuh. Kali ini, Ratna jatuh dengan agak teruk sehingga menyebabkan Ratna mengerang kesakitan.

"Ratna!". Encik Mega segera berlari ke arah Ratna. Beliau kemudiannya,cuba untuk membantu anaknya itu berdiri namun Ratna menolak.

"Kamu dah kenapa?. Ayah nak tolong!". Marah Encik Mega.
Perlahan-lahan, Ratna kemudiannya berdiri dengan sendiri.
"Ayah sendiri cakap ; 'Kalau jatuh, bangun sendiri. Usahakan semuanya sendiri' ". Kata Ratna lalu menyambung semula perjalanan.

Encik Mega agak terkejut.

Ratna kemudiannya menoleh ke belakang sebaik sahaja dia menyedari yang ayahnya tidak mengikutnya.

"Ayah?. Kita akan teruskan perjalanan ke?". Tanya Ratna kehairanan.
"Ha?. Oh!. Ya,ya. Kita akan teruskan". Jawab Encik Mega dengan tergagap-gagap.

Setelah hampir berjam-jam berjalan,Ratna dan Encik Mega kemudiannya tiba di Kawasan Rehat. Tempat tersebut dibina khas untuk pengembara-pengembara yang sudah meneroka jauh. Di sana, terdapat juga pengembara yang lain. Jumlah mereka tidak begitu ramai malah tidak terlalu sedikit. Encik Mega kemudiannya mencari tempat duduk buat dirinya dan Ratna lalu memesan makanan dan minuman.

"Kamu jangan pula hairan tiba-tiba ada Warung". Kata Encik Mega.
"Kenapa perlu hairan. Bukankah memang ini kawasan perumahan juga?". Hairan Ratna.
"Ya. Betul. Kawasan perumahan orang asli". Balas Encik Mega.

Ratna hanya menganggukkan kepalanya tanda faham. Tidak lama selepas itu, Ratna pun melihat sekeliling. Matanya, kemudian melirik ke arah seorang lelaki.

"Macam kenal". Kata Ratna sendirian.
"Siapa?". Tanya Encik Mega apabila beliau secara tidak sengaja terdengar kata-kata Ratna.
"Uhmmm. . .lelaki yang duduk di sana tu". Jawab Ratna sambil menunjukkan kedudukan lelaki tersebut dengan memuncungkan bibirnya.

Encik Mega pun terus memandang lelaki tersebut. Rupa-rupanya, lelaki yang dimaksudkan oleh Ratna itu ialah Hakim.

"Eh?!. Dia anak Kamal!". Teruja Encik Mega lalu bangun dari tempat duduk beliau dan mencari gerangan orang yang disebutkan namanya itu.

"Kamal!". Panggil Encik Mega dengan gembira.
"Mega!". Sahut Encik Kamal.
Mereka berdua kemudiannya saling bersalaman dan berpelukan.

"Tak sangka, kau pun masih mengembara!". Kata Encik Kamal.
"Aku sebenarnya dah lama berhenti. Tapi, saja nak mengisi masa lapang aku dengan anak aku, Ratna". Jelas Encik Mega lalu memanggil Ratna.

YAZARIYIM (akan disunting)Where stories live. Discover now