"Jadi ayah?. Bila kita akan jumpa Tasik Biru?". Tanya Ratna.
"Kamu akan tahu bila kamu sudah 'bersedia' ". Jawab Encik Mega.
Ratna hanya mampu mendiamkan dirinya hanya keluhan sahaja dapat didengari.Ketika, Encik Mega dan Ratna masih mencari Tasik Biru, cuaca yang pada awalnya bersuhu sejak akhirnya menjadi agak 'hangat' apabila matahari mula memancarkan sinarannya.
Encik Mega sudah jauh ke depan. Manakala, Ratna pula secara tiba-tiba menghentikan langkahan kakinya. Perlahan-lahan, Ratna membongkokkan badannya lalu mengeluh berkali-kali. Dia kemudiannya, menarik nafas dan menghembus nafas.
"Ayuh,teruskan".
Ratna memberikan semangat pada dirinya sendiri.
Encik Mega baru sedar yang Ratna tidak ada di belakangnya. Dengan pantas, Encik Mega segera berpatah balik. Beliau pun melihat anaknya masih lagi dalam keadaan posisi yang sama.Beliau kemudiannya berjalan ke arah Ratna lalu menarik lengan anaknya itu.
"Duduklah". Kata Encik Mega. Perlahan-lahan, Ratna pun duduk di atas tanah sambil berganti nafas berkali-kali."Minum air ni". Arah Encik Mega lalu menghulurkan sebotol mineral pada Ratna. Ratna pun kemudiannya meneguk air mineral itu.
Ratna meneguk air mineral tersebut sehingga habis."Kamu tak apa-apa?. Kamu betul-betul OK?". Tanya Encik Mega dengan nada suara yang risau.
Ratna hanya mendiamkan dirinya lalu segera berdiri dan meneruskan perjalanan. Encik Mega pula hanya mampu mengeluh panjang. Beliau tetap sahaja mengikut anaknya dari belakang.
Mereka terus berjalan dan berjalan. Ratna juga sudah mula membiasakan diri apabila berjalan di atas tanah yang lembap sehingga menyebabkan kakinya menjadi susah untuk bergerak kerana berat. Malah, dia juga sudah membiasakan diri dengan batu-batuan kecil yang turut menganggu perjalanannya.
Ratna memberhentikan langkahannya lalu menoleh ke belakang.
"Ayah, adakah ia adalah perkara yang 'normal' apabila kita tak berjaya nak capai impian?". Tanya Ratna secara tiba-tiba."Tiba-tiba sahaja?. Kenapa?. Kamu masih nak berputus asa?. Tak nak cuba lagi?. Masih mahu terus jadi diri kamu yang sekarang?". Balas Encik Mega.
"Cuma. . .Ratna hanya ingin tahu sekiranya Ratna akhirnya berjaya menjadi seorang penulis, apakah kehidupan Ratna menjadi lebih mudah atau ia hanya sama je. Jatuh, gagal, jemu, penat dan sedih". Luah Ratna.
"Anak. . .dalam hidup ini, tidak semua perkara adalah mudah. Setiap kesukaran, adalah pengalaman hidup yang paling berharga. Kamu patut 'gembira' kerana diberikan ujian. Ia adalah cara yang paling mudah untuk kamu lebih 'memahami' kehidupan. Apabila,kamu diuji lagi kamu hanya akan berkata; 'Baiklah, ini bukan apa-apa. Aku boleh buat!. Aku akan harungi kesemuanya sehingga akhir!' ". Balas Encik Mega.
"Kamu boleh buat. Jangan terus simpan jiwa pejuang mimpi kamu tu. Kamu berhentilah, terus hidup dalam sangkar kamu tu. Kamu kena berdepan dengan dunia. Jadi, kenapa kalau kamu menulis hanya untuk diri sendiri?. Kamu tak rasa yang karya kamu boleh saja menjadi 'mesej harapan' untuk seseorang?. Adakah kamu mahu terus hidup di sini dan hanya bercerita dengan kertas tentang kisah impian kamu?". Tambah Encik Mega.
Ratna hanya terdiam kaku namun anak matanya memandang tepat wajah Encik Mega.
"Kamu boleh jadi 'harapan' tapi dalam bentuk manusia. Karya kamu sangat berbeza dengan mereka yang lain. Kamu lebih suka menulis tentang kehidupan, realiti, impian dan harapan. Teruskan mengembara!. Kamu perlu mencari ketenangan apabila hendak memahami diri kamu. Kerana sesungguhnya, identiti penulis yang kamu cari ialah diri kamu sendiri. Itulah, yang ayah sedang cuba untuk bantu kamu selama ini". Jelas Encik Mega dengan panjang lebarnya.
YOU ARE READING
YAZARIYIM (akan disunting)
Adventure•YAZARIYIM (AKU ADALAH SEORANG PENULIS)• Meskipun, pelbagai kesukaran yang harus dia hadapi,ia tidak menjadi penghalang buat Ratna untuk tetap berimpian menjadi seorang penulis.Walaupun,impiannya itu sering dicemuh oleh ayahnya,Mega. Manakala ibunya...