N

49 11 7
                                    

Aku hanya menulis kisah yang tidak diketahui dan dibicarakan oleh semua orang. Tetapi sebenarnya, ia adalah kisah yang perlu diketahui dan didengari.
-Ratna-

Setahun kemudian . . .

"Kamu nak ke mana, Ratna?". Tanya Puan Nirmala.
"Jalan-jalan". Jawab Ratna.
"Kamu baru je balik semalam. Takkan dah sehari duduk rumah, nak keluar berjalan-jalan pula. Kamu tak nak rehat lebih lama lagi ke?". Tanya Puan Nirmala dengan risau.

"Tak apa ibu. Ratna tak perlu rehat terlalu lama. Lagipun, sekejap je ibu, Ratna pergi. Tak lama pun". Jelas Ratna.

"Yalah. Hati-hati". Balas Puan Nirmala.
Ratna pun mengayuh basikalnya di sekitar kampung. Dia hanya mengayuh di kawasan yang berdekatan sahaja kerana hatinya masih belum bersedia untuk pergi ke tempat di mana ayahnya pernah membawanya mengembara.

Ratna terus mengayuh dan mengayuh sehinggalah dia tiba di depan 'pintu masuk' hutan. Kayuhannya terus terhenti.

"Ratna faham, ayah. Ratna faham ayah tak sempat nak teman Ratna terbitkan 'Tasik Biru' . Kalaulah, Ratna boleh beritahu ayah yang 'Tasik Biru' menjadi buku yang laris dijual dengan pantas. . . Sekarang, Tasik Biru kena dicetak lagi sebab ramai yang nak beli". Kata Ratna sendirian sambil menahan tangisannya.

"Ayah hanyalah pinjaman daripada Tuhan". Menangis Ratna.

☆☆☆☆☆☆☆✒☆☆☆☆☆☆☆

"Ibu kenal kamu, Ratna. Kamu mesti nak tengok lagi hutan tu walaupun, kamu bagi tahu ibu yang kamu redha ayah dah tak ada". Bisik hati Puan Nirmala.

Encik Mega telah pun meninggal dunia sebulan sebelum buku 'Terbit Biru' diterbitkan. Permergiaan Encik Mega menyebabkan Ratna terpaksa menahan rasa sedihnya apabila 'sumber inspirasinya' tidak berada di sisinya sepanjang buku 'Tasik Biru' dalam proses penerbitan.

Ratna menerbitkan bukunya sendiri atas bantuan arwah ayahnya. Arwah Encik Mega telah pun menyimpan wang yang agak banyak demi anaknya. Maka dengan itu, proses penerbitan 'Tasik Biru' menjadi lebih mudah apabila Ratna mendapat bantuan kewangan daripada ayahnya.

Ratna kemudiannya, menuju ke warung Pak Samad.
Tiba sahaja di sana, dia terserempak dengan Lan, Kasim serta Juwita. Mereka bertiga pada awalnya hendak berjumpa dengan Ratna namun disebabkan Ratna tiada di rumah, mereka bertiga pun duduk berbual dengan Puan Nirmala lalu pergi singgah pula di warung Pak Samad. Tanpa disangka, dapat pula terserempak dengan Ratna di sana.

"Ratna!. Mari,mari. Kawan-kawan kamu datang ni". Panggil Pak Samad lalu pergi ke meja lain sebaik sahaja ada pelanggan yang memanggilnya.

Ratna hanya berwajah dingin namun dia tetap sahaja berjalan masuk lalu duduk semeja dengan Juwita, Lan dan Kasim.

"Tahniah untuk perkahwinan kau dan Kasim". Ucap Ratna.
"Terima kasih. Aku nak jemput kau tapi. . ." Belum sempat Juwita menghabiskan ayatnya, Ratna terus mencelah ;
"Tak apa. Lagipun, aku tengah sibuk masa tu. Tapi, aku dah wakilkan 'Lan' ".

"Kenapa kau tak kahwin dengan Lan?". Tanya Juwita secara tiba-tiba.
Ratna pun terus menoleh ke arah Lan.
"Aku langit, dia bumi. Lagipun, dia dah ada calon isteri". Jawab Ratna.
Kasim dan Juwita menahan ketawa. Ratna hanya tersenyum palsu sahaja kerana dia masih bersedih akan pemergian ayahnya.

Meskipun, hubungan Ratna dengan mereka yang lain telah pun pulih, ia tetap tidak akan 'kembali' seperti biasa. Memang benar hubungan mereka sudah pulih namun untuk 'kembali' seperti yang sebelumnya agak mustahil.

YAZARIYIM (akan disunting)Where stories live. Discover now