《 ■ ●▪︎•✍•▪︎● ■ 》

47 14 1
                                    

Apakah perasaan yang terdetik dalam diri kau apabila aku bagi tahu kau yang impian aku ialah menjadi seorang penulis?. Ayat yang aku guna begitu mudah dan ringkas sekali iaitu;
"Aku mahu menjadi seorang penulis" .

Tapi, aku tak begitu faham mengapa kau seolah-olah tidak berasa bangga dengannya. Kau tak bangga ke?. Aku akhirnya menemui impianku.

Mungkin, aku tidak sehebat orang lain. Ketika semua orang berkata ;

"Aku mahu menjadi seorang penulis yang berjaya"

"Aku mahu menjadi seorang penulis yang berdedikasi".

"Aku mahu menjadi seorang penulis yang berjaya walaupun aku menghidap masalah yang melibatkan kesihatanku".

"Aku mahu menjadi seorang penulis yang boleh merealisasikan imaginasiku".

Aku pula hanya berkata;
"Aku mahu menjadi penulis".

Namun,aku tidak menekankan lagi betapa 'pentingnya' menulis itu bagi diriku.

Tapi,jika mereka berusaha untuk mendengari aku dan mengizinkan aku untuk berbicara dengan lebih lama dan damai, mereka pasti akan tahu bahawa betapa bermaknanya impian aku itu meskipun, dari hari ke hari impianku terasa semakin jauh.

Inilah kisah impianku.
Menggembirakan.
Mengharukan.
Menyedihkah.
Penuh dengan harapan.
Indah.

Jika aku berusaha dengan lebih gigih dan menyedari kewujudan impianku dengan lebih awal, apakah semuanya akan menjadi lebih jelas dan mudah?.

Tapi kenapa, dia sangat hebat?.
Aku berlatih menulis dan berusaha selama bertahun-tahun, tapi dia, dia berjaya melakukannya dalam sekelip mata. Adakah aku belum cukup baik?.

Dia kawan aku. Tapi, kenapa aku rasa seperti dia juga adalah pesaing aku?.

Sejak bila wujudnya ketegangan dalam persahabatan kami?. Perasaan ini terasa lain dan ia agak teruk.

~•☆☆☆•~

Juwita, tidak bolehkah kau berikan aku peluang untuk aku berbicara tentang impianku pula?. Macam mana kau boleh jadi sangat hebat?. Atau aku yang sebenarnya tiada bakat dan masih banyak kekurangan?

Seseorang yang gagal dan sentiasa terlepas banyak peluang seperti aku ini, tidak layak ke untuk mempunyai impian?.

Aku tak boleh berputus asa.
Walaupun, aku sudah berasa sangatlah letih.

Aku adalah seorang penulis.
Tetap seorang penulis.
Aku adalah penulis yang masih sedang mencari identitinya.


Ratna (11/1/2018)

YAZARIYIM (akan disunting)Where stories live. Discover now