Pada hari ini,Ratna akan pergi ke pusat membeli belah untuk membeli buku catatan yang baharu memandangkan buku catatan yang lama sudah pun habis dan penuh dengan 'cerita' yang ditulis olehnya.
Ratna menunggu ketibaan bas di perhentian bas. Keadaan di sekeliling agak janggal buat Ratna kerana dia adalah seorang yang gemar duduk di rumah sahaja. Namun,demi membeli buku catatan yang baharu,Ratna sanggup pergi ke Pusat Membeli-Belah.
Ratna yang jenis introvert itu ingin sahaja meminta Juwita yang jenis extrovert, menemaninya pergi ke Pusat Membeli-Belah namun,tidak boleh kerana Juwita sedang menghadiri kelas Tuisyen.
Bas akhirnya tiba setelah hampir 20 minit menunggu. Ratna pun kemudiannya menaiki bas dan segera duduk di tempat yang telah disediakan. Badannya mengigil malah tapak tangannya berpeluh. Barangkali,kerana Ratna memang jenis yang suka sangat duduk di rumah sehingga tidak terbiasa dengan keadaan luar. Banyak kali juga,Juwita sudah berpesan untuk selalu keluar rumah agar Ratna boleh menyelesakan diri dengan keadaan sekeliling.
Bas kemudiannya berhenti di Perhentian yang lain pula. Maka,munculah sekumpulan lelaki yang sebaya dengan Ratna. Mereka berempat menaiki bas sambil berbual dengan gembira malah turut ketawa lalu duduk berdekatan dengan Ratna.
Sudah tentulah,Ratna berasa tidak selesa kerana dia lebih menyukai dengan suasana yang sunyi. Ratna pun terus memandang ke luar tingkap semula kerana dengan cara itu sahaja dia dapat 'mengasingkan' dirinya daripada 'realiti'."Aku menggigil. Setiap kali aku keluar rumah,aku akan berasa sangat asing. Aku tidak biasa dengan dunia luar. Aku sepatutnya dengar cakap Juwita. Kalau,dia ajak keluar aku memang selalu menolak sebab aku suka duduk di rumah. Sekarang,aku berada di dalam bas. Mereka semua kelihatan 'aneh' pada aku atau,aku yang kelihatan 'aneh' pada mereka?. Bas terasa seperti bergerak perlahan. Entah,bila aku akan sampai ke destinasi. Sebab itulah,aku benci bila aku berasa sangat gelisah kerana semakin aku gelisah,semakin lambat waktu berjalan. Masa pun tidak menyebelahi aku". Bisik hati Ratna.
"Tak apa. Aku nak pergi beli buku catatan je. Lepastu,aku baliklah". Kata Ratna dengan sendirian. Tidak lama selepas itu,Ratna akhirnya tiba di destinasi. Dengan pantas,Ratna terus turun dari bas.
"Kenapa kaki aku terasa berat dan seolah-olah tidak memijak tanah?. Aku rasa seperti aku berjalan di angkasa lepas. Aku rasa terapung. Dunia ini mempunyai graviti. Adakah kerana aku sudah terbiasa dengan graviti di rumah sehingga tidak biasa dengan graviti di luar rumah?. Aku bukannya angkasawan. Aku seorang gadis biasa. Tak sangka,nak berjalan dengan selesa pun susah". Bisik hati Ratna sambil berjalan perlahan.
Dia akhirnya berjaya menaiki bas lalu pulang ke rumah. Setibanya,dia di rumah,Ratna terus merebahkan dirinya di atas katil sambil memegang erat buku catatan baharu yang dibelinya.
"Walaupun,aku sudah menghasilkan begitu banyak sekali karya penulisan aku, aku tetap rasa yang aku bukanlah seorang penulis. Seolah-olah, menulis hanyalah layak menjadi hobi aku tapi bukan impian aku". Ratna mengeluh panjang. Perlahan-lahan,dia mula melelapkan mata lalu terus dibuai mimpi.
☆☆☆☆☆☆☆✒☆☆☆☆☆☆☆
Sebulan sebelum bermulanya SPM, Ratna dipilih oleh Pengetua sebagai wakil pelajar kelas 5 Orkid untuk memberikan ucapan pada hari keluarnya keputusan SPM bukan sahaja kelas 5 Orkid malah kesemua kelas Tingkatan 5 turut dipilih untuk menjadi wakil. Pada mulanya,Ratna menolak dan mencadangkan Juwita akan tetapi Pengetua tetap memilih Ratna. Ratna pun terpaksa menerima keputusan Pengetua.
Bulan berganti bulan, hari berganti hari. . .
Lampu bilik Ratna sering terbuka setiap pukul 3 pagi. Gadis itu sememangnya bertekad untuk lulus dengan cemerlang. Malah,dia melebihkan waktu mengulangkaji berbanding waktu tidur.
Kini,tibalah saat yang dinanti-nantikan, peperiksaan akhirnya bermula dan berjalan dengan lancar. Ratna kelihatan bersemangat dan sangat fokus menjawab setiap soalan yang diberikan. Titisan peluh yang menitis daripada dahi gadis itu,menunjukkan bahawa betapa dia sangat ingin menjawab kesemua soalan dengan betul. Namun,Ratna tetap Ratna. Dia tetap kalah dengan subjek Matematik walaupun dia sudah melakukan begitu banyak sekali latihan.
Ratna menamatkan kertas peperiksaan dengan rasa yang agak memuaskan. Meskipun,dia 'kalah' juga dalam peperangan. Sekurang-kurangnya,dia tahu yang dia telah pun berusaha keras.Setelah peperiksaan SPM akhirnya tamat, ramai pelajar tingkatan 5 mula mengambil haluan masing-masing begitu jugalah dengan Ratna dan Juwita yang kini hanya sedang menunggu keputusan SPM masing-masing.
☆☆☆☆☆☆☆✒☆☆☆☆☆☆☆
Bulan berganti bulan . . .
Bekas pelajar tingkatan 5 hadir semula ke sekolah untuk mengambil keputusan SPM . Ramai juga yang kelihatan seronok dan berpuas hati tapi ada juga yang kelihatan kecewa dan sedih. Juwita mendapat 'Straight A' walaupun dia hanyalah pelajar kelas aliran Sastera. Namun,lain pula bagi Ratna. Apakah daya, Ratna mendapat 4B+ , 2B- ,1C+ dan 1G .Meskipun begitu,Pengetua masih lagi menyuruh Ratna untuk memberikan ucapan dan hanya Ratna seorang sahaja yang mendapat gred 'G' sedangkan kesemua wakil kelas yang lain semuanya lulus.Seorang demi seorang,masing-masing memberikan ucapan yang mengharukan. Kini,tibalah giliran Ratna pula. Tepukan para penonton tidak sekuat seperti tepukan mereka pada wakil kelas yang lain. Ratna hanya mampu menghela nafas panjang sambil berasa gemuruh lalu menaiki ke atas pentas.
"Aku sudah cakap yang aku tidak layak tapi Pengetua tetap mahu aku yang berikan ucapan". Bisik hati Ratna. Mikrofon sudah pun disediakan,Ratna dekatkan sedikit mulutnya dengan mikrofon agar para penonton dapat mendengar suaranya dengan jelas. Kedua-dua belah,tangannya sudah pun memegang sehelai kertas yang mengandungi isi ucapan yang telah pun ditulis sendiri oleh Ratna.
Sebelum memberikan ucapan,Ratna memandang dahulu kesemua orang yang berada di sekelilingnya dan dia dapat melihat ibunya,Puan Nirmala yang sedang tersenyum memandangnya.
☆☆☆☆☆☆☆✒☆☆☆☆☆☆☆
"Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Saya,Ratna Binti Mega,wakil pelajar dari kelas 5 Orkid ingin menyampaikan sedikit ucapan buat kali yang terakhir di sekolah ini.
Secara jujurnya, saya tidak tahu sekiranya saya layak untuk berdiri di atas pentas ini dan memberikan ucapan serta menjadi wakil untuk kelas saya.
Saya, telah pun berusaha keras. Kami, semua, telah berusaha keras. Sekolah ini, adalah seperti rumah saya yang kedua.Saya masih ingat hari di mana, saya datang ke sekolah ini dengan berjalan kaki sambil mempunyai azam agar saya dapat menjadi seseorang yang boleh diharap.Saya sentiasa menghajatkan perkara yang sama setiap kali saya melangkah masuk ke dalam sekolah. Tapi, saya tidak boleh lari daripada menjadi seorang yang membebankan.
Masa tetap berjalan ke hadapan. Jadi,saya tidak akan menoleh ke belakang. Saya mungkin akan merindui sekolah ini tapi saya lebih merindui waktu rehat saya. Saya, tidak tahu sekiranya saya sudah berusaha tapi hanya kerana saya mengalami banyak kesulitan,itu tidak bermakna saya gagal.
Tambahan pula,tidak ada yang bersifat kekal begitu juga dengan masalah saya. Saya sudah tidak tahu dan hilang harapan untuk terus melangkah ke hadapan tapi,saya tetap tamatkan setiap pertempuran yang saya sedang dan 'akan' saya hadapi serta mungkin hasilnya tidaklah sehebat orang lain sekurang-kurangnya, hasilnya sama baik dengan usaha yang telah saya curahkan.
Saya mengaku bahawa saya ingin menjadi 'harapan' tapi saya hanyalah manusia biasa yang mempunyai banyak kelemahan. Pada akhirnya, saya mengalami kesulitan tapi tetap berusaha untuk berjalan. Sekiranya,cabaran datang dan mengajak saya untuk berlawan lagi, sudah tentu saya akan terima dengan semangat seperti seorang pejuang ". Ucap Ratna dengan panjang lebarnya lalu melemparkan senyuman sambil matanya sedikit berkaca apabila melihat ibunya sedang tersenyum padanya.
Pengetua sekolah pula memberikan tepukan yang gemuruh. Beliau tahu Ratna bukanlah seorang pelajar yang sangat cemerlang mahupun aktif dalam aktiviti kokurikulum namun semangat Ratna itu yang membuatkan Pengetua sangat kagum dengan Ratna.
"Dia memang tidak pandai nak berputus asa". Kata Juwita sendirian.
YOU ARE READING
YAZARIYIM (akan disunting)
Adventure•YAZARIYIM (AKU ADALAH SEORANG PENULIS)• Meskipun, pelbagai kesukaran yang harus dia hadapi,ia tidak menjadi penghalang buat Ratna untuk tetap berimpian menjadi seorang penulis.Walaupun,impiannya itu sering dicemuh oleh ayahnya,Mega. Manakala ibunya...