Tepat jam 6 petang, Ratna pun pulang ke rumah dan terus berehat. Mujurlah, Fadilah dan Qaisarah sudah pun berpindah keluar. Maka,tinggalah Ratna seorang diri. Rumah tersebut sentiasa dalam keadaan bersih memandangkan dua gadis pemalas itu sudah kembali tinggal di Universiti.
Sebelum Ratna kembali menggunakan semula tenaganya untuk digunakan pula pada pukul 9 malam nanti, Ratna mengisi perutnya yang dari tadi menahan lapar itu dengan Maggi Kari dan sebiji telur rebus sambil dilengkapi pula dengan segelas air suam.
Selama tiga tahun tersebut,sudah lama Ratna tidak memakan makanan yang sedap dan menyihatkan. Malah,gadis penulis itu juga tidak kembali ke kampung langsung kerana sibuk bekerja. Tambahan pula, Restoran Kasim tidak ditutup meskipun pada bulan Puasa kerana pelanggan Kasim juga biasanya terdiri daripada orang yang bukan beragama Islam.
Setelah hampir 3 jam berehat dan menunaikan solat Isyak, Ratna kemudiannya berjalan kaki menuju ke Restoran Kasim dan kelihatan Restoran itu sudah penuh dengan pelanggan yang sedang menunggu makanan.
"Hari ni kau sampai awal. Kalau lambat lagi,memang setinggi gununglah dekat dalam sinki tu". Kata Wafi sebaik sahaja melihat Ratna masuk ke dalam Restoran.
Ratna hanya mendiamkan dirinya dan langsung tidak memandang Wafi,hanya berjalan terus menuju ke ruangannya.
"Dah kenapa pula dengan dia tu?". Bisik hati Wafi.
Ratna memulakan rutin hariannya seperti biasa. Masa demi masa berlalu,bilangan perkakasan yang harus dicuci akan sentiasa bertambah dan bertambah.
Para pelanggan juga tidak berhenti-henti keluar dan masuk, masuk dan keluar.
Pada jam 1:50 pagi,para pelanggan mula berkurangan dan Restoran juga akan ditutup tidak lama lagi. Malah bilangan perkakasan yang harus dibasuh itu mula berkurangan. Ratna juga mula mengisi perutnya dengan sisa makanan pelanggan yang masih boleh dimakan itu sebelum membasuh pinggan tersebut.
Tanpa disangka, Lan secara tidak sengaja ternampak Ratna yang sedang memakan sisa makanan kerana pada waktu itu,Lan hendak baru sahaja keluar daripada tandas dan tandas pula berdekatan dengan ruangan Ratna iaitu bedekatan dengan pintu belakang Restoran yang sering terbuka.
Lan melihat gadis itu dengan pandangan yang sayu sambil mengeluh panjang. Dia pun dengan segera berlari ke arah Gerai Burger yang berdekatan lalu membelikan satu burger ayam untuk Ratna. Ketika,Lan sudah kembali semula, Ratna pula menghilang. Malah,apron Ratna juga sudah di gantung.
"Dia dah balik ke?". Bisik hati Lan lalu segera berlari ke arah pintu masuk Restoran sambil mengharapkan dia dapat terserempak dengan Ratna di sana. Seperti yang diharapkan,Ratna rupa-rupanya baru sahaja keluar dari Restoran.
"Kau lagi". Kata Ratna dengan nada suara yang menyampah.
"Kau masih marahkan aku ke?. Sebab aku bagi tahu ayah kau dan ibu kau tentang syarikat HopeS tu?". Lan ingin tahu.
Ratna hanya berdiam diri."Dah tiga tahun Ratna. Takkan kau nak marahkan aku lagi?". Tambah Lan. Namun,Ratna tetap berdiam diri.
"Tak apalah. Kalau kau nak marah aku,marahlah. Nah,makan ni. Sampai bila kau nak habsikan sisa makanan orang lain?". Kata Lan lalu menghulurkan bungkusan yang mengandungi burger yang dibelinya tadi.
Ratna segera memandang Lan dengan pandangan yang cuak sebaik sahaja dia mendengar Lan berkata ; "sisa makanan orang lain" .
"Kenapa? Kau tak nak ke?". Hairan Lan apabila melihat Ratna yang memandangnya dengan pandangan yang cuak.
"Kau dah tahu. . ." Belum sempat Ratna menghabiskan ayatnya,Lan terus mencelah.
"Walaupun,kau nak capai impian kau tu, kau jagalah diri kau baik-baik". Pesan Lan.
YOU ARE READING
YAZARIYIM (akan disunting)
Adventure•YAZARIYIM (AKU ADALAH SEORANG PENULIS)• Meskipun, pelbagai kesukaran yang harus dia hadapi,ia tidak menjadi penghalang buat Ratna untuk tetap berimpian menjadi seorang penulis.Walaupun,impiannya itu sering dicemuh oleh ayahnya,Mega. Manakala ibunya...