P

44 9 2
                                    

|Lan, Kasim & Juwita|

"Assalamualaikum,Kasim". Ucap Lan sebaik sahaja dia tiba di Restoran milik kawan baiknya itu.
"Waalaikumusalam, Lan!. Duduklah". Pelawa Kasim apabila dia melihat Lan telah pun tiba.

"Kau nak minum apa?". Tanya Kasim.
"Macam biasa". Jawab Lan.
"Ala. Pesanlah minuman lain pula. Asyik Teh O ais je. Aku ada buat minuman baru tau. Kau patut cuba". Kata Kasim.

"Tak nak aku. Tahulah aku ni kawan kau, tapi janganlah ambil kesempatan nak jual dengan harga mahal. Macamlah aku tak kenal kau". Omel Lan.
"OK. Aku gurau je. Mengalahkan perempuan betul kau ni" Ejek Kasim lalu pergi ke arah kaunter.

"Tolong siapkan pesanan ni ye". Arah Kasim pada Wafi.
"Baik boss". Balas Wafi.
Kasim pun kemudiannya kembali ke tempat Lan lalu duduk semeja dengan kawannya itu.

"Kau ni dah kenapa?. Senyum memanjang. Ada teman wanita lain ke?". Ejek Lan pula.
"Tak adalah. Aku dengan Juwita akan bernikah tak lama lagi". Kata Kasim dengan malu.
Lan terkedu. Sememangnya, jejaka hodoh itu masih lagi tidak mampu melupakan Juwita.

"Tahniah". Ucap Lan sambil tersenyum palsu.
"Terima kasih. Nanti,kau jadi pengapit aku". Balas Kasim.
Lan hanya mengangguk perlahan.
Keadaan menjadi agak janggal seketika. Namun, hanya untuk Lan kerana Kasim dapat menghilangkan kejanggalan tersebut kerana daripada tadi dia sedang asyik saling membalas pesanan teks dengan Juwita. Sungguh jelas sekali, kebahagiaan pada wajah Kasim. Jejaka manis itu tidak berhenti tersenyum dan ketawa kecil

Lan curi-curi pandang kawannya itu. Dia kemudiannya secara tidak sengaja menoleh ke arah seorang pekerja sambilan yang menggantikan Ratna. Namanya, Yana.

"Kau pandang siapa?". Kasim ingin tahu apabila melihat Lan seolah-olah 'terpegun'.
Dengan pantas, Lan segera menjawab pertanyaan Kasim dengan menunjukkan jari telunjuknya ke arah Yana yang sedang mencuci pinggan,mangkuk dan banyak lagi.

"Kenapa?. Kau minat eh?". Gurau Kasim.
"Tak adalah. Aku cuma teringatkan si Ratna". Kata Lan.
"Ratna?. Tiba-tiba pula, kau sebut nama dia. Kau minat Ratna eh?. Yalah sebab aku tengok kau pun asyik 'berkepit' dengan dia". Gurau Kasim sekali lagi.

"Kau pernah bayangkan, macam mana Ratna boleh kelihatan macam tak ada hidup yang baik sedangkan gadis yang selalu kelihatan selekeh dan pakaiannya yang sering kelihatan lusuh itu sebenarnya, mempunyai impian yang sangat besar?". Soal Lan secara tiba-tiba.

"Kau dah kenapa?!". Kasim mula hilang sabar.
"Kau tak menyesal ke?. Dengan apa yang kau buat?. Kalau betul kau sayang sangat dengan Juwita, perlu ke kau 'pura-pura' suka hasil karya Ratna?. Kau tak ada rasa kasihan ke?". Tanya Lan.

"Menyesal?. Kasihan?. Jadi, kau nak salahkan aku?. Habis, sebelum ni kau sendiri pun selalu je layan Ratna macam sampah. Bila dia nak 'bercerita' kau 'berambus' macam tu je". Marah Kasim.

"Si Ratna pun satu. Hanya sebab dia ada 'bakat' dalam penulisan, tidak bermakna menjadi seorang penulis adalah impian dia. Layak jadi hobi je". Tambah Kasim lagi.

Tiba-tiba, wajah Kasim disimbahi air.
"Kau dah kenapa, bodoh!". Jerit Kasim.
Lan hanya diam membisu, namun dia memandang Kasim dengan kemarahan.

"Kau nak aku buat apa?. Minta maaf?. Lepastu, bagi tahu yang Karya Juwita sebenarnya Karya Ratna?. Lan, budak tu dah lupa tentang benda ni. Dia tak minta apa-apa pun. Kau patut bersyukur sebab budak tu tahu dia tak layak. Kenapa kau tiba-tiba nak 'berpihak' pada budak tu?. Kenapa? kau suka dia ke?". Tambah Kasim lagi.

Lan terus berlari keluar dari Restoran.
"Memang betul kau suka Ratna. Kalau kau tak suka dia, kau tahu perkara apa yang paling menyakitkan hati?!. Bila dah 'buat' baru nak 'menyesal'. Kalau kau pergi dekat dia sekali pun, kau hanya akan dibenci". Jerit Kasim.

YAZARIYIM (akan disunting)Where stories live. Discover now