A

43 11 2
                                    

5 jam kemudian, Ratna dan Encik Mega pun tiba. Kepulangan mereka disambut oleh Puan Nirmala.

Sebaik sahaja Ratna turun dari bas. Perkara pertama yang dia lihat ialah senyuman manis daripada ibunya. Tidak hanya itu, Ratna juga dihadiahkan pula dengan pelukan erat daripada ibunya.

"Mesti sukar,bukan?. Tidak mengapa. Kamu sudah bekerja keras. Ibu bangga dengan kamu". Kata Puan Nirmala sambil menangis.

Ratna hanya mampu tersenyum.

Sebaik sahaja,mereka sekeluarga tiba di rumah, Puan Nirmala pun terus menghidangkan makanan kegemaran Ratna. Tidak lama selepas itu,mereka sekeluarga kemudiannya, bersama-sama menjamu selera.

Meskipun, Ratna berasa lega kerana ibu dan ayahnya tidak berasa kecewa malah tidak marah padanya, Ratna tetap berasa agak tidak begitu gembira kerana dia tidak mampu pulang dengan 'hadiah'.

Selesai sahaja menjamu selera, Ratna pun terus masuk ke dalam bilik dan merebahkan dirinya di atas katil. Dia merenung ke arah siling sambil mengeluh panjang dengan berkali-kali.

"Ratna?". Panggil Puan Nirmala sambil masuk ke dalam bilik anaknya itu. Ratna yang pada awalnya berbaring di atas katil itu pun terus bertukar ke posisi duduk.

"Ada apa ibu?". Tanya Ratna.
"Tak ada apa-apa. Ibu saja nak tengok muka anak ibu ni". Kata Puan Nirmala.

"Maaf,ibu sebab dah 3 tahun Ratna tak balik hanya disebabkan Ratna sibuk kejar impian Ratna". Luah Ratna.
"Tak ada apalah". Balas Puan Nirmala.

"Sekarang, Ratna dah tak ada impian. Ibu rasa, apa je yang Ratna boleh buat kat sini?". Ratna ingin tahu.

"Ayah tak bagi tahu lagi ke?". Hairan Puan Nirmala.
"Ha?. Bagi tahu apa ibu?". Tanya Ratna lagi kerana kehairanan.
"Kamu ikut ayah mengembara. Masuk hutan. Macam berkhemah". Jelas Puan Nirmala.

"Ayah?. Mengembara?". Ratna seolah-olah tidak percaya dengan kata-kata ibunya.

"Ye. Ayah kamu tu dulu pengembara tau. Eloklah kalau kamu ikut ayah. Dapatlah, segarkan balik minda kamu tu dan kembalikan semula semangat kamu". Kata Puan Nirmala.

"Takkanlah. . .Ratna baru je balik". Ratna masih lagi tidak percaya.

"Ratna, ayah kamu pun macam kamu juga. Seorang pemimpi. Tapi, lepas dia berkahwin, dia korbankan segala-galanya demi membesarkan kamu dengan lebih baik. Sebab, kalau dia terus mengembara, mesti dia tak ada di sisi kamu sepenuh masa. Jadi, jangan terlalu ambil hati dengan segala kata-kata ayah kamu yang buatkan kamu patah semangat. Ayah kamu tu, sebenarnya nak jadikan kamu lebih bersemangat". Jelas Puan Nirmala dengan panjang lebar.

"Ya. Betul juga. Kadang-kadang, Ratna fikir hanya Ratna seorang sahaja yang mempunyai impian dalam dunia ni. Ibu pun mesti ada impian juga kan?". Tanya Ratna.

"Betul. Ibu dulu, nak buka butik tapi memandangkan ibu dah terbiasa di sini dan lahirkan kamu, ibu hanya ambil baju orang dan jahit dan kemudian dapat upah". Balas Puan Nirmala.

"Ibu dan ayah ada impian. Tapi, beralah sebab Ratna?". Ratna ingin tahu.

"Kelahiran kamu adalah suatu anugerah dan kehidupan yang paling bermakna. . ."

Puan Nirmala kemudiannya menggenggam erat kedua-dua tangan anaknya.

". . . .ia adalah sesuatu perkara yang paling berbaloi. Kamu impian kami. Pejuang impian kami".

Sebaik sahaja Ratna mendengar kata-kata manis yang dilontarkan oleh ibunya, dia terus tersenyum gembira dan mula mempunyai harapan untuk tetap meneruskan perjuangannya dalam mencapai impian.

YAZARIYIM (akan disunting)Where stories live. Discover now