Sebaik sahaja Ratna tiba di rumah, dia akan sambung melakukan rutin hariannya iaitu mengemas rumah. Setelah itu,dia pun memanaskan semula lauk-pauk yang dia ambil.
Selesai sahaja dipanaskan,Ratna terus makan untuk mengisi perutnya yang sudah bekeroncong itu.Dia habiskan makanan yang cukup hanya untuk dirinya seorang secepat yang mungkin, agar Fadilah dan Qaisara tidak tahu-menahu akan hal tersebut.
Tepat jam 4 pagi, Ratna pun masuk tidur dan bangun semula pada pukul 6 pagi untuk memulakan kembali rutin hariannya yang biasa.
☆☆☆☆☆☆✒☆☆☆☆☆☆
Tepat jam 7 pagi, Ratna baru sahaja tiba di depan pintu restoran. Namun, dia terhenti di situ buat seketika apabila melihat Juwita sedang menunggunya di depan pintu restoran.
"Juwita?. Kau buat apa kat sini?. Bukan ke kau patut ada kat . . ." Belum sempat Ratna menghabiskan ayatnya, Juwita terus mencelah.
"Kau dah buat manuskirp awal-awal kan?. Tak nak terus mulakan?".
"Macam mana kau tahu?".
"Aku kenal kau,Ratna". Kata Juwita sambil tersenyum manis.
"Tapi,kau tak rasa ke semua ini berlaku secara tiba-tiba?. Semalam aku dapat tawaran,hari ni pula aku boleh terus masuk kerja kalau manuskrip yang aku hantar, diterima". Jujur Ratna.
"Kau lupa ke?. Kau akan terus ke puncak dan tak perlu bersusah payah nak mendaki. Jom. Aku hantar kau. Impian kau akan jadi kenyataan dalam 30 minit lagi".
Ratna kemudiannya terus memutuskan untuk menghantar manuskrip miliknya setelah diyakinkan oleh Juwita.
Setibanya Ratna di sana,dia dapat melihat Syarikat HopeS yang berdiri megah di tengah-tengah bandar raya. Para pekerja yang keluar masuk kelihatan indah di mata Ratna lebih-lebih lagi buku-buku yang tersusun rapi di satu sudut untuk diterbitkan. Ratna tersenyum dan matanya tidak berhenti-henti melihat sekeliling.
Ratna dan Juwita kemudiannya menaiki tangga untuk pergi ke Pejabat Penerbit. Setibanya tiba di sana, Ratna dapat melihat para pekerja atau sebenarmya para penulis tidak berhenti-henti menulis cerita dengan menggunakan komputer untuk menghasilkan manuskirp terlebih dahulu sebelum penerbit mengesahkan dan menerima hasil kerja mereka, barulah manuskirp mereka boleh dibukukan lalu diterbitkan.
Ketika,Ratna berjalan di ruangan tersebut untuk menuju ke Pejabat Penerbit, mereka semua memandang Ratna disebabkan itu,Ratna segera berusaha untuk mengelak daripada terus dipandang oleh mereka.
Tidak lama kemudian. . .
Ratna dan Juwita akhirnya telah pun tiba.
"Masuklah.Tuan Farid ada kat dalam. Semoga berjaya" . Kata Juwita sebelum meinggalkan Ratna. Ratna hanya menghadiahkan senyuman lalu terus masuk ke dalam Pejabat setelah mengetuk pintu dan diizinkan masuk.
☆☆☆☆☆☆✒☆☆☆☆☆☆
"Jemputlah duduk". Pelawa seorang lelaki yang sudah berusia dalam lingkungan 50 tahun itu.
"Terima kasih". Ucap Ratna."Jadi,kamulah Ratna. Seorang gadis penulis yang selalu diceritakan oleh Juwita. Baiklah,melihat keputusan SPM kamu ni sebenarnya, kalau diikutkan kamu patut ada sijil untuk bekerja di sini. Tapi,memandangkan bakal menantu saya malah penulis yang berjaya mengikut jejak langkah Hamka Fauzi cadangkan Ratna untuk bekerja di sini,saya pun cubalah untuk menerimanya". Jelas Tuan Farid.
"Oh. Begitu" .
"Baiklah,Ratna sekiranya benar kamu adalah seorang penulis dan berjaya diterima masuk ke sini,kamu perlu buktikan kepada Juwita dan saya sendiri yang kamu sememangnya layak. Manuskirp kamu ni saya akan bacanya kemudinnya. Insya'Allah dalam minggu ni kamu boleh tahu keputusannya". Kata Tuan Farid.
YOU ARE READING
YAZARIYIM (akan disunting)
Adventure•YAZARIYIM (AKU ADALAH SEORANG PENULIS)• Meskipun, pelbagai kesukaran yang harus dia hadapi,ia tidak menjadi penghalang buat Ratna untuk tetap berimpian menjadi seorang penulis.Walaupun,impiannya itu sering dicemuh oleh ayahnya,Mega. Manakala ibunya...