R

46 12 0
                                    

"Jadi, kita memang akan mengembara?". Ratna masih seakan-akan tidak percaya.
"Mestilah. Mari, kita sambung pengembaraan kita". Kata Encik Mega.

Mereka terus berjalan dan berjalan.
Walaupun, Ratna lebih muda berbanding ayahnya, Ratna tidak mampu menandingi kecergasan ayahnya.

"Ayah dah berusia 47 tahun, bukan?". Tanya Ratna secara tiba-tiba.
"Ya. Kenapa?". Tanya Encik Sulaiman dengan hairan.
"Bukan apa. Ratna cuma kagum sebab stamina ayah masih kuat". Jujur Ratna.

Encik Mega hanya ketawa perlahan sambil mendengari nafas anaknya yang tercungap-cungap kerana sudah kepenatan.

"Mempunyai stamina yang kuat itu, tidak kira umur. Begitulah juga dengan, menjadi matang. Kita semua menjalani kehidupan yang berbeza dan mempunyai masalah yang berbeza". Kata Encik Mega.

Ratna hanya mampu mengeluh panjang.

"Kamu dan Juwita, mempunyai impian yang sama. Tapi, kamu dan dia mempunyai jiwa penulis yang berbeza-beza. Kamu ialah Ratna dan dia pula ialah 'Juwita Jelita'. Kenapa perlu menyerah, hanya kerana dia mengejar impian yang sama. Jadi, apa masalahnya kalau dia dah berjaya?. Kamu perlu ke beralah hanya kerana dia ialah kawan baik kamu?!". Encik Mega tiba-tiba mula bersuara.

Kata-kata Encik Mega membuatkan Ratna terus berhenti. Encik Mega terus menoleh ke belakang sebaik sahaja beliau tidak mendengar bunyi tapak kaki anaknya.

"Ya. Betul tu. Ratna bukan sahaja berhenti berimpian sebab Ratna ditindas dan selalu tidak ada peluang untuk bercakap tentangnya. Tapi, Ratna berhenti sebab Juwita. Ratna merasakan bahawa pekerjaan menjadi seorang penulis. . .adalah lebih sesuai dengan Juwita, lemparan senyumannya, kegembiraan setiap kali dia menang pertandingan menulis, menunjukkan yang menulis adalah cucur atapnya. Oleh sebab itu, Ratna berhenti. Lagipun, dia selalu cakap yang dia mahu menjadi seorang penulis yang berjaya. . dan dia sudah pun berjaya". Luah Ratna dengan panjang lebarnya.

"Ayah dah puas sekarang?. Ratna selalu beralah. Kadang, Ratna tak pernah rasa Ratna mempunyai impian. Ratna cuma rasa yang Ratna hanyalah 'Penyokong Impian'. Seseorang yang hanya menyokong impian orang lain. Itulah diri, Ratna". Kedengaran Ratna cuba untuk menahan sebak.

Encik Mega terkedu. Luruh hati Encik Mega apabila mendengar luahan anaknya itu.

"Bukankah, kita berdua nak cari Tasik Biru?. Kita perlu teruskan perjalanan,bukan?". Ratna cuba memecahkan suasana yang sunyi itu.

Dia kemudiannya meneruskan perjalanan dan berjalan selangkah ke hadapan. Manakala, Encik Mega pula mengikuti Ratna daripada belakang.

☆☆☆☆☆☆☆✒☆☆☆☆☆☆☆

Setelah hampir berjam-janm mereka berjalan, Encik Mega dan Ratna kemudiannya berhenti di sebuah kawasan yang sesuai untuk berkhemah dan menjadi tempat buat mereka untuk berehat sementara waktu. Encik Mega kemudiannya, memasang dua buah khemah. Manakala,Ratna pula membuat unggun api.

Selesai sahaja tugasan masing-masing, mereka berdua secara serentak menghela nafas panjang lalu duduk di atas batang pokok yang telah ditebang.

Encik Mega pada awalnya sedang asyik menyediakan makan malam iaitu Ubi Keledek Rebus itu perlahan-lahan melirik ke arah anaknya yang sedang termenung melihat unggun api.

"Ayah. . ." Panggil Ratna setelah hampir sejam mendiamkan diri dan hanya termenung jauh melihat unggun api.

"Ratna. . .ada impian,bukan?".
Pertanyaan Ratna membuatkan Encik Mega terkedu.

"Ratna banyak mengingat kembali memori-memori itu. Memori-memori di mana, Ratna hanya menjadi 'penyokong impian' ,mengucapkan tahniah, menjadi manusia yang paling gembira dan memberikan tepukan yang paling gemuruh. Seiring dengan berlalunya masa, penyokong impian itu juga mahu mempunyai impiannya sendiri. . . Tapi, tak sangka pula yang ia agak sukar. Ia bertambah sukar apabila Ratna lambat sedar bahawa hobi Ratna sebenarnya adalah impian Ratna". Luah Ratna.

YAZARIYIM (akan disunting)Where stories live. Discover now